Selasa, Mac 24, 2009

Working Station

Hello Sunshine 37

Dah lama Juice tangguhkan entry ini. Kalau diikutkan tak pernah terfikir pun nak wat entry pasal tempat kerja Juice, tapi atas permintaan adik kecayangan Juice si RaraCandyFloss 6 so juice tunaikan permintaan beliau.

Here we go lets find out 28


Inilah working station Juice setiap hari. Kat sinilah Juice selalu borak2 ngan kawan2 blog Juice dan kat sini jugaklah Juice update entry blog Juice. tempat kerja Juice simple je coz dalam ofis cuma ada Juice sorang je hikhik...sangat bebas.
Kadang2 kalau bos Juice ada barulah meriah sikit ofis ni ngan k
awan2 bos Juice. kalau dia tak ada memang sunyilah.

Ini pandangan dari depan, besar gedabak meja Juice kan. Working station Juice ni berada di sudut ruang tamu tau, setiap hari sambil wat kerja Juice akan menghadap balkoni. Setiap hari Juice intai buah mempelam yang semakin ranum, pokok tu betul2 berada depan balkoni. kadang2 kalau boring sangat Juice akan lepak depan balkoni tu sambil tengok orang lalu lalang. bestkan kerja Juice, dahlah kerja sorang2 je boleh plak lepak2 ambik angin. tapi yang pasti kerja memang banyak.


Ini plak kerja Juice setiap hari, kemaskini resit2 beli barang dan klipkan mengikut tarikh. Besarkan kalkulator Juice, sengaja beli yang besar coz senang nak tekan. Juice sentiada gunakan kalkulator so mestilah yang selesa digunakan. pas klipkan semua resit Juice masukkan jumlah yang ada dalam akaun harian. Kadang2 pening jugak tengok nombor banyak sangat, kalau dah pening Juice ber blog walking lah cari kawan ramai2. Yang penting botol air pink Juice mesti sentiasa ada.

Ini menu yang Juice gunakan semasa terima tempahan. Juice tak suka ambik tempahan tau coz juice tak suka layan kerenah pelanggan yang cerewet. Kalau dapat yang baik memang senang wat kerja, semuanya mesti berjalan ngan lancar. Tapikan kalau pelanggan cerewet sangat mesti ada saja masalah. Apa yang dirancang selalu tak jadi. Kalau korang kebetulan datang ke Kuantan singgahlah kat restoran Santai ni. Hah korang nak Juice belanja??? ermm diskaun boleh kot tapi mengikut harga pasaran lah hikhik...


Ok sampai kat sini saja, inilah tempat kerja Juice setiap hari bermula dari kul 3 petang hinggalah kul 8 malam. Sekarang ofis Juice sangat sunyi, kan dah hampir maghrib ni so hari semakin gelap kat ofis pun cuma Juice je yang ada. erm bilalah juice nak merasa ada ofis mate.

Have a nice superb day to all juicy blogger
14

Sabtu, Mac 21, 2009

Big Bear

Hello Sunshine 37

Sepanjang perjalanan Juice ke Terengganu, cuaca mendung jer. Tiba saje ke sana hujan turun tanpa berhenti. Terasa cam musim hujan 35

Walaupun hujan dan jalan becak, Juice tetap bersemangat. Bila Juice sampai kat Pasar Payang, memang susah nak cari tempat park kereta coz jalan sesak sangat. Nasib baik Bee tahu tempat park kereta m: berbayar 9

Keadaan dalam Pasar Payang sesak ngan orang ramai tumpang berteduh. Dahlah tempat tu pasar of course lah sangat basah. Even tempat jual kain baju pun sama basah ngan pasar kat tingkat bawah. Habis kotor kasut Juice yang cute tu.

Bila mata terpandang teddy bear yang banyak terus Juice lupakan kasut
Juice yang kotor. Sian kat Bee dengar Juice merungut sepanjang jalan.

Wah juice sangat suka ngan teddy bear, tak kira kecik atau besar. Kali ni Juice jumpa teddy bear yang besar dan murah. even kualiti tak setanding yang mahal tapi teddy bear ni tetap comel dan best dipeluk.
Kebetulan plak ada teddy bear yang besar dan berwarna pink. wah comel sangat2 tau. Juice tak fikir panjang terus jer beli. Bear ni besar tau, rasa janggal plak peluk teddy bear besar. Bila Juice wat teman tido terasa cam ada orang jer kat tepi, xper Juice bayangkan Bee m: jela kat sebelah bluwek.

Ada lagi patung besar tapi bukan teddy bear. Yang ini Juice belikan untuk my sweet Ellyda. Katak yang sangat comel untuk Ellyda yang sweet. Katak ni besar tau, lebih besar dari Ellyda. Juice suka tengok Ellyda peluk katak ni wat teman tido. Ellyda just peluk kaki jer coz perut katak tu besar. Ellyda cakap perut katak tu ada baby coz sama besar ngan perut mummy dia yang tengah pregnant tu. Hikhik memang lawak Ellyda ni.


Tak dilupakan Juice membeli 2 ekor kura2 untuk cousin Juice. Hish bukan kura2 betullah, tapi patung bentuk kura2. Sekarang cousin juice duk kat umah, kebetulan diorang ada Juice belikan souvenir. Juice beli warna pink dan biru, yang pink untuk Shafieka dan biru untuk Diera.

Erm ada lagi, Juice beli kipas yang comel dan klasik tau. Juice sengaja bel
i banyak coz Juice nak hiaskan dinding bilik Juice ngan kipas2 tu.

Juice suka ngan corak2 pada kipas kecil ni, sangat comel bila digantung kat dinding tau. nanti juice nak beli lagi lah. Juice beli 5 jer, memang cantik m:

Lagi satu Juice beli yang warna hitam. Yang ini agak klasik coz warna kipas hitam berlatarkan bunga2 berwarna terang. Bunga yang ada pada kipas tu nampak serasi dan cantik. Juice beli 2 jer itupun Bee yang belanja.

Last sekali Juice beli jam dinding, erm macamlah kat Kuantan xder jam kan. tapi Juice tertariklah ngan corak pada jam tu ada cawan dan teko air. Harga pun murah cuma RM10 jer.

Sekarang ni Juice sangat sibuk tau, kerja sentiasa banyak. Erm semalam Juice terima tempahan wat surprise birthday party. Penat betul beli barang sorang2 , pastu kena hias plak. Party tu untuk 2 orang , Juice wat simple jer coz xder idea lah. Lagipun banyak keje lain nak wat so malas nak hias beriya sangat. harap2 customer tu sukalah.

Have a nice weekend everyone
m: daa m:

Isnin, Mac 16, 2009

Jom Ke Terengganu !!

Hello Sunshine37

Hai semua, Juice nak ajak my fren semua ke Terengganu. Jumaat lepas Juice ke Terengganu tau, Juice ber holiday ngan family boifren Juice. Wah memang happy sangat coz Terangganu ni best jugak untuk dilawati. Dari segi permandangan, makanan dan tempat ber shopping memang bestm:


Hari jumaat Juice tak ke Kuala Terengganu terus, Juice singgah dulu kat Kijal dan tido semalaman kat umah m: mak sedara Bee. Petang tu kami sempat singgah kat pantai batu penunjuk, wah pantai ni best sangat ooz air laut sangat bersih dan jernih. Kami panjat batu2 besar dan ke kawasan air jernih, tengok tu adik bee tengah mandi manda. Yang ramai2 tu plak kami tengah tangkap anak ikan yang terperangkap di alur air. Adik2 Bee sibuk main kejar2 anak ikan. Kat pantai ni ada banyak batu2 besar, dari jauh leh tengok air menghijau dan ombak memutih. Tak macam kat kuantan air keruh jer dahlah banyak pasir memang tak best nak mandi.


Keesokan harinya Juice bertolak ke Kuala Terengganu, tiba ke sana tempat pertama yang Juice tuju adalah Pasar Payang. Wah memang ramai sangat pelawat dari luar, pasar pun sesak jer. Yang paling Juice tak tahan bila tengok banyak sangat patung2 bergantungan. Gambar di atas bukan Pasar Payang tapi bangunan bersebelahan Pasar Payang. Juice tak tahu apa nama tempat tu, Juice snap pic bangunan tu coz ukiran dan bentuk bangunan tu sangat klasik.

Ala gambar kaburlah, erm geramkan bila tengok banyak anak2 patung. Harga plak memang sangat murah tau, puas hatilah. juice ada beli teddy bear warna pink tau. nanti juice wat entry apa yang juice beli kat sana.


Bee sibuk pilihkan tudung untuk Juice tau, bee cakap nak Juice beli tudung sama banyak ngan anak patung yang Juice beli. Aduss memang kena beli banyak helailah tudung. Tapikan tudung2 kat sini sangat mahallah harganya, tudung biasa jer tapi harga mencecah RM80 tau.

Pas beli barang2 kat tingkat atas Juice ke tingkat bawah plak, kat bawah banyak dijual barang2 basah macam buah, kuih dan paling best ada keropok lekor. Keropok lekor kat sini panjang2 tau, rasa kagum pun ada sbb sebatang tu baru jer RM1, kalau kat kuantan tak ada keropok panjang camtu tau.

Yang ini paling best, beca warna PINK. wah comel sangat tau, Juice cepat2 snap gambar beca ni. Juice nak ambik gambar ngan beca ni tapi bee dah tinggal Juice so kena kejar dia plak. Nasib baik sempat snap gambar beca saja. Comel kan 22

Untuk adik2 blogger selamat bercuti sekolah
m: babai cayang 10


Rabu, Mac 11, 2009

Lets Fishing

Hello Sunshine 5

Hai semua, sekarang baru Juice ada masa ber update entry. Juice nak bercerita aktiviti Juice kelmarin. Juice dan family Bee ber planing pergi memancing, Juice pun ambiklah cuti, nanti berasa hati plak bakal abah mertua kan.

Ikut perancangan Juice nak ajak memancing di Kg Penor, kat hujung pantai ada muara tau. So mengikut maklumat orang ramai kat situ banyak ikan siakap putih dan pari. Tapi memandangkan hari semakin meninggi, rancangan tu tak menjadi.

Puas kami meronda2 cari port memancing, mula2 ke taman MPK kat belakang ofis besar MPK, sekali mai aih ramainya orang. Yang memancing ada, yang dating ada, yang bersuka ria membuat bising pun ada. Pastu kami patah balik ke Tanjung Api plak. Niat nak mancing kat pantai taman Gelora, mak aih ramai jugak orang. Juice dah fedup cari port, last2 Juice dan Bee wat keputusan nak mancing kat pantai Tanjung Lumpur jer. kat situ ramai jugak tapi diabaikan jer coz dah letih cari port ni.

Suriani tengah posing ngan joran, dia tak mancing pun just posing jer lebih. Suriani baru form 4, dia memang suka bergambar dan kadang2 ske wat aksi pelik2. Dia ni gile2 sikit tapi kalau dah badmod memang bergegar rumah.

Sementara tunggu dapat ikan, Juice dan adik2 Bee wat menda2 pelik dulu. Yang penting joran tak lepas dari tangan Juice. Tu ha adik2 Bee wat aksi tutup anggota muka, Juice pilih tutup hidung tapi sebenarnya tengah tahan gelak.

Tengah syok bergurau senda tiba2 joran Juice terasa berat, agak2nya ada ikan kot. Juice pun apa lagi terus tarik joran lah, boleh tahan jugak penat mancing ni. tapi sangat bebaloi coz Juice dapat ikan ibu gelama, tak lah besar sangat tapi still dalam kategori ikan yang besar coz saiz ikan gelama paling besar camtu jer. Juice tak lepaskan peluang berposing ngan ikan yang Juice dapat, Bee tabik spring kat Juice coz bejaya naikkan ikan yang agak best.

Juice pandai tangkap jer tapi takut nak wat kuar mata kail, si jantung hati lah jadi mangsanya. Dia jugak yang tolong casting kan coz Juice tak pandai. Juice suruh dia casting jauh2 baru leh dapat ikan besar. Dalam plastik hijau tu dah ada 2 ekor ikan tau, sekor lagi ikan duri yang tu Bee yang dapat.

Pas dapat ikan gelama Juice cuba sekali lagi, mana tahu ada rezeki lagi. Hari semakin lewat, air pun dah surut so Juice suh Bee casting wat kali terakhir. Suriani temankan Juice berborak sementara tunggu dapat ikan lagi, agaknya syok sangat berborak sampai Juice dah xder mood nak mancing lagi so Juice just pegang jer joran tu.

Agak lewat gak kami balik, maybe kat2 kul 12 tengah malam. Malam ni nak mancing lagi tau, memancing ni dah jadi aktiviti Juice di malam hari. Walaupun penat tapi sangat menyeronokkan lebih2 lagi bila kita dapat tangkap ikan, sekarang Juice faham kenapa kat Malaysia ni ramai kaki pancing. rupanya kepuasan bila dapat ikan tu memang seronok m:

Happy Wednesday everyone
25

Khamis, Mac 05, 2009

Late Parcel

Hello Sunshine37

Syukur alhamdulilah akhirnya parcel yang Juice tunggu sampai jugak. Juice hampir putus harapan gara2 parcel itu Juice syak sudah hilang. Bayangkanlah, dah 2 bulan tau parcel tu di hantar kepada Juice tapi baru kelmarin Juice terima.

Parcel yang sampai dari Rara di Johor tau. Camner dah 2 bulan send kelmarin baru sampai, rupanya Rara tersalah tulis alamat umah m: Juice, Rara terbalikkan nombor umah Juice. Dah parcel tu sampai ke umah orang lain, nasib baik tuan punya alamat tu kenal abah Juice. Dia plak takda masa nak ke umah Juice sbb tu sampai 2 bulan Juice tunggu.

Juice dan Rara beria duk salahkan abang posmen, konon2nya abang posmen ambik parcel tu. Ermm kasihan sama abang posmen yang tak bersalah, maafkan daku21

Jom tengok apa yang Rara send untuk Juice m:


Nampak tak kat alamat tu, patutnya lot 425 tapi Rara tulis lot 452. Bila abah Juice kata ada barang untuk Juice, memang terkejut sangat coz tak sangka parcel Rara masih selamat dan dalam keadaan yang elok.


First Rara bagi Juice chocolate mirror, tapi Juice sangat sedih coz mirror tu dah pecah berderai. yang tinggal just sikat yang yummy tu jer. Juice sukelah sikat rambut ngan sikat chocolate tu, erm rasa nak makan coklat je.

Lagi Rara ada bagi hk star paper dan Singapore keychain. Sekarang keychain tu Juice letak sekali ngan kunci kereta, thanks Rara Kak Juice suka sangat ngan keychain tu.

Yang ni Juice sangat suka, Rara bagi Juice hanging mirror yang sangat comel. Cermin boleh dibuka sisi kiri dan kanan, kat belakang cermin tu ada sikat kecil.


Lagi lagi apa Rara bagi, erm Rara cam tahu jer Juice suka ngan doraemon. So Rara bagi sharpener bentuk kepala doraemon ni, kecil dan comel m:

Ada jugak sticker cute Marie, cat yang kecik Juice dah lekatkan kat lappy. Cute sangat sanpai Ellyda sibuk nak jugak sticker tu nak lekatkan kat basikal dia. Ellyda siap tanya tau kenapa tak beli untuk dia satu, ish banyak cakap tul budak kecik ni.

Juice dah pun lekatkan sticker yang besar tu kat meja lappy Juice. Juice lekatkan pada almari betul2 bersebelahan soft toys Juice.

Masa Juice tengah snap picture Ellyda sibuk membelek2 stuff yang Rara bagi, merengek2 nak jugak stuff tu. Untuk pujuk hati dia Juice ajak bergambar, padahal sengaja nak alihkan perhatian dia. Ellyda kalau bergambar memang suka wat aksi pelik2lah.

Juice nak sambung wat kerja
25
happy thursday to everyone m: