Khamis, Januari 29, 2009

Sweet Toothsie

Hello Sunshine 5

Arini Juice nak bercerita tentang online shopping. Sejak ber blogging Juice mula berjinak2 membeli stuff secara online. Banyak stuff yang Juice suka tapi masalahnya Juice tak ada kredit kad so sangat susah nak beli stuff dari luar. So sebagai permulaan Juice membeli local stuff, ermm barangan buatan Malaysia m: jugak tau lebih2 lagi handmade stuff.

Apa itu Sweet Toothsie?
Sweet Toothsie adalah nama beg yang Juice beli secara online, ia fully handmade. Its pinky, unique and very nice.




Inilah Sweet Toothsie. Beg ini telah diubah warna ribbon dan saiz mengikut citarasa Juice. Asalnya warna ribbon tu putih, Juice nampak cam biasa sangat so Juice mintak tukar ngan warna pink.



Yang paling Juice suka seller beg ni sertakan sekali hadiah percuma. Dengan murah hati dia membuat pillow kecil berbentuk hati siap ada nama JUICE. Waahh Juice sangat suka tau, fabrik polkadot cantik ada plak si jantung hati JUICE. Pada button Juice lekatkan eraser bentuk cakes dan pin bentuk epal, Juice beli kat Thailand. Kebetulan nampak cantik bila dilekatkan kat beg ni, tak ar nampak kosong sangat.

Bila dari jauh beg ni nampak agak unik coz Juice tak penah jupe beg design camni kat mana2 kedai.

Juice memang suka membeli beg, bila Juice dah berkenan ngan sesebuah beg tu kan memang lama Juice akan pakai. Bila dah koyak atau kotor baru Juice beli yang lain. Juice tak suka beli banyak2 coz takut tak terpakai nanti kan sayang tu. So Juice lebih suka amalkan sikap membeli yang baru bila stuff sedia ada dah rosak
17

So kepada sesiapa yang berminat klik this pinky sheep 14
Have a nice day to all Juicy blogger 20

Rabu, Januari 28, 2009

BBQ Di Malam Hari

Hello Sunshine 5

Dua hari lepas Juice ikut family Bee buat BBQ kat pantai Kg Kempadang, dekat2 ngan sekolah rendah Juice dulu. Tak tahu ar kenapa diorang pilih pantai kat situ coz kawasan tu berdekatan ngan kubur tau. Tapi bila dah duk ramai2 hilang rasa takut.

Actually family Bee tak rancang pun nak wat BBQ just secara spontan kuar idea dan terus gi beli ayam. Dahla ayam cuma 2 ekor jer yang makan tu ramai, kira merasa sikit sorang jer.



Bee tengah hidupkan unggun api, Juice dan adik2 Bee cari ranting kayu banyak2 termasuklah Ellyda sibuk jgk cari ranting kayu. Bila api semakin besar Ellyda happy hingga terlompat2.



Lama jgk baru unggun api tu menyala, Juice berpeluh2 kutip ranting kayu. Unggun api tu besar dan cantik, kami ramai2 duduk keliling unggun api rasa cam ber camping plak.



Errmm ayam sangat yummy 18 , memang best ayam bbq yang ma Bee buat. lain kali Juice nak beli ayam banyak2 dan buat bbq camni lagi biar makan sampai pengsan.


Ini abah dan adik2 Bee, diorang mkin mesra ngan Juice. Mase mula2 dulu malu2 jgk nak bertegur sapa ngan Juice tapi sekarang kami dah macam adik beradik. Insyaallah bakal adik ipar Juice, doakanlah m:.

Ini plak bakan Ibu Mertua ku, kusyuk tul baca sms orang ambik gambar pun tak sedar. Ma sangat baik ngan Juice, selalu bagi Juice buah tangan dari umah m:. Kadang2 kuah, buah dan kadang2 Ma jemput makan malam. Ma selalu cakap biasakan diri ngan umah Ma nanti nak duk lama kat sini, erm ayat cam dah terima Juice jadi menantu dia jer 19 ish perasan tul ar Juice ni.

Juice dah nak balik ni, cayang semua
10

Ahad, Januari 25, 2009

Happy Holiday

Hello Sunshine

Semalam Juice bercuti secara sakan. Hari2 Juice sentiasa sibuk kan, so
sometimes kena release tension jugak.
Semalam seharian Juice keluar berkelah dan bershopping. Tak beli apa2 pun, just teman kak jaja.



Juice berkelah kat air terjun Panching, selalunya once a month mesti Juice datang ke sini bermandi manda sampai kulit kecut. Juice sangat suka mandi kat air terjun tau, kat pantai juice tak suka sangat.



Yang paling happy sudah tentu si kenit Ellyda, wah excited sangat bile tengok air sungai yang mengalir indah. Turun dari kereta terus Ellyda melompat sakan, oleh kerana terlalu excited Ellyda beria nak tolak mini troli yang penuh ngan barang2, Ellyda sangat suka tolak troli nie tau. Kalau pegi mana kak jaja suka bawak troli nie coz senang nak taruk barang, so Ellyda lah si tukang tolak walaupun barang banyak.



Tak sabarnya nak mandi, bila tengok je air sungai tu Juice terus campak barang2 merata2. Kak jaja membebel cam mak nenek kata Juice macam budak2, erm whatever lah yang penting Juice nak berendam puas2.

Ellyda memang lawak sangat, masa mula2 turun dari kereta bukan main excited lagi tapi bila dah sampai Ellyda takut nak mandi. Juice tarik dia ke tengah, macam kena histeria dia nangis. Budak2 nie memang excited je yang lebih tapi takut. Last2 Ellyda dan si ibu mengandung just main kat tepi2 je.


Juice berendam tak ingat dunia, sampai nak makan pun rasa malas. Kak jaja membebel lagi ajak makan sama2. Penat sangat 3jam main sungai, kak jaja pun dah tak larat so ajak Juice balik.

Pas balik dari Panching kitaorang jalan2 kat Megamal dan makan2 kat Restoran Garden Seafood.

Semalam memang hari yang memenatkan, kul 12 malam baru sampai ke rumah tau. memang becuti secara sakanlah.

Berdekatan ngan rumah Juice ada funfair tau. Erm nanti Juice nak berjoli sakan kat situ, nak tikam banyak2 sampai habis duit.

Kla have a nice day to all juicy blogger out there...




Jumaat, Januari 16, 2009

Lets Dancing

Juice sangat bz sekarang, tido selalu lewat. Juice bz ngan sosial life, keja cam biasa amat memboringkan.

Dah 2 hari Juice bercuti tau, erm nak tahu tak apa aktiviti Juice kat umah
m:m:
Juice menari-nari kegirangan tau.



Dah lama tau Juice beli dance pad untuk playstation 2 nie. Dulu masa Juice tak keja hari2 Juice terkinja2 main menda nie. Wahh masa tu Juice agak slim dan montok gara2 bermain dan exercise setiap hari. Kelmarin Juice terpandang dance pad nie dan terfikir nak menari semula lah. Boleh kurangkan lemak yg berkrim disukai ramai nih.

Yang paling Juice suka pasal dance pad nih, ianya amat lembut tak keras macam yang kita biasa main kat Capcom tuh. Yang penting ada satu game dipanggil Dance Revolution, ada satu segmen untuk membuang kalori. Misal kata kita target nak hilangkan 100kalori kita just setting game dan ia akan membuat kita menari sampai kita habiskan 100 kalori tuh. Bilangan kalori yang hilang tuh memang dah siap kira, kita just tengok berapa lagi yang tinggal. Wahh sangat bestkanm:



Cara bermain sangatlah mudah , kita just follow da song beat and dance. Ikut jer arahan kat dalam game tuh dan mula menari sampai berpeluh. Bila Juice dah start berpeluh memang susah Juice nak berenti coz badan mula rasa segar. Dulu Juice terlampau obses ngan menda nie sampaikan habis sakit kaki Juice. So Juice slowkan menari, ermm bila dah asyik tinggal jer Juice jadi malas dan badan mula menjadi comel 17 semula.

Sekarang Juice tak nak obses sangat, cukuplah sekadar melengkapkan jadual bersenam 3 kali seminggu dan makan makanan sihat ( contoh kfc dan pizza). Ala cukuplah bersenam jer, kita buat cam orang lelaki diorang makan bagai nak rak tapi sentiasa bersenam. Hooorreyy mari semua ikut amalan Juice ini.

Ahad, Januari 11, 2009

Jom Sihatkan Badan

Mari kita sihatkan badan. Selalunya Juice nie suka sangat makan tapi malas bersenam sebab tu badan pun chubby jer. Kawan2 Juice selalu cakap kalau kita terlampau obses nak kurus kita akan kehilangan salah satu nikmat hidup iaitu MAKAN m:

Honestly Juice tak pernah malu ngan rupa fizikal Juice coz semua itu adalah kurniaan tuhan. Erm kebanyakan pompuan luar sana semua nak kurus bukan kerana kesihatan sangat tapi lebih kepada nak mamikat lelaki...betul tak? kalau Juice salah sila bagitau Juice.

Masa zaman sekolah dulu kawan2 Juice yang perasan cantik selalu membangga diri konon2 diorang kurus ramai peminat. Walaupun ramai peminat tapi sangat malas nak belajar dan jadi sangat bodoh, pastu ada hati nak ngorat budak2 lelaki yang cerdik pandai.

Actually entry kali nie Juice nak citer pasal gi joging ngan Bee. Bee ada selection untuk pemain bola so kena ar sentiasa fit.

Bee ajak Juice gi joging kat Taman Gelora, port joging paling famous kat Kuantan. Bee ajak Juice joging tapi Juice sangat pemalas. So terpaksalah Bee la
ri sorang2.


Juice yang pemalas nie cuma duduk dan ambik gambar jer. Dahlah ramai yang lalu lalang kat tempat Juice duduk tu, erm memang agak malu sebenarnya lepak2 jer. Actually ramai jugak pompuan yang chuby2 datang joging kat sini, tapi Juice tak ambik port Juice teruskan misi mencuci mata sambil bertepuk tangan bagi Bee samangat. Merah padam muka Bee bila Juice tepuk tangan setiap kali dia lalu depan Juice m:


Sangat kesian tengok Bee berlari sorang2. Susah jugak ek jadi budak bola nie, badan kena selalu fit dan stamina perlu sentiasa ada. Juice selalu ikut Bee main futsal kan, Juice sangat takut tengok diorang bermain coz sangat ganas dan menyakitkan. Bee plak penjaga gol memang ngeri bila tengok Bee dirembat. Kalau stamina takder nak tangkap bola pun tak larat tau sebab tu Bee sangat rajin berjoging.


Lepas Bee dah penat joging, dia ajak Juice teman dia jalan2 kat sekitar Taman Gelora. Kalau jalan2 takper Juice boleh terima tapi kalau berlari memang Juice lari balik ke rumah m: Hampir 10 minit berjalan2 Bee tarik tangan Juice ajak gi tempat pijak batu. Adoi nilah yang paling Juice takut, Juice nie jenis tak tahan sakit so kena apa2 sikit jerit jer yang lebih. Bee plak ajak pijak batu2 kecil nie, Bee cakap kalau kaki kita sakit masa pijak batu nie mesti dalam badan kita banyak penyakit. Juice pun follow Bee dari belakang, adoi memang sakit gila 8 tapak kaki Juice. Juice tarik2 tangan Bee ajak balik, tak nak pijak lagi tapi Bee paksa jugak.



Batu nie sangat ajaib tau, masa mula2 pijak kaki terasa cam kena cucuk ngan jarum. Tapi pas 15 minit Juice rasa seronok plak coz tiba2 tapak kaki Juice seakan diurut. Badan jadi segar dan makin lama Juice jadi makin selesa. Maybe sebab pengaliran darah lancar badan pun terasa sangat segar. Lain kali kalau Bee datang lagi ke Taman Gelora, Juice nak pijak batu2 kat sini dan biarkan Bee joging sorang2.

Khamis, Januari 08, 2009

Bubble

Korang penah rasa tak terasa sangat sedih bila manusia yang korang rasa sangat baik depan kita sebenarnya talam dua muka? Mesti penah kan...

Kita selalu anggap dia ihklas berbuat baik dengan kita tapi kat belakang kita habis semua umpat dan keji keluar. Manusia camni sangat patut merangkak dalam neraka.

Yang sangat tak patut bila depan orang lain bukan main sweet lagi, bermulut manis dan buat seolah kita nie besfren forever nak sangat tunjuk dia nie sweet dan terlampau baik tapi hakikatnya dibelakang kita mulut dia lebih busuk dari najis.

Juice maksudkan siapa ek??? ermmm adalah seorang manusia yang amat hipokrit dan bermati-matian cuba sembunyi keburukan diri sendiri. Juice bukan jenis suka mengaibkan orang macam dia nie, kalau Juice nak marah Juice tak bagitau secara terang2an, Juice jugak tak kutuk orang tu depan2 contoh ' muka ko nie macam mi
nah indon' or 'gigi ko jongang ada hati nak tiru aku'. Sangat malu bila perasan kita nie terlampau comel hinggakan insan ciptaan Allah swt kita kutuk2 sesuka hati. Kalau nak diceritakan keburukan perangai dia, rasa2 ramai tak percaya dan mungkin boleh terkejut sampai pecah kepala.

Lupakanlah manusia hipokrit tu. Cuma Juice nak pesan kepada blogger di luar sana... dont jugde a book by its cover...even cover buku tu tersangatlah comel ( or perasan comel) tak semestinya isi kandungan buku itu secomel luarannya. Dan tolong buang jauh2 sikap drama queen yang sangat melampau serta memualkan. Even an good actress tak melampau camtu...

Even kita nak sangat perasan comel, didiklah sika
p dan mulut kita secomel rupa luaran kita.
Dengan hati yang bersih, jujur dan sentiasa berbaik sang
ka barulah kebahagiaan akan selalu dampingi kita.

Pedulikanlah manusia camni, biarkan dia berterbangan seperti buih dan hilang dalam udara yang tenang.


Ahad, Januari 04, 2009

Shopping Day

Hello Sunshine 5

Sejuknya... hujan m: tak henti2 turun di Kuantan. Sekarang hujan sudah berhenti namun cuaca masih lagi sejuk. Arini Juice nak citerkan pasal shopping2 kat Thailand, actually kak ja yang banyak sangat beli barang. Juice cuma beli sikit2 jek.


Juice ajak kak ja ke mall yang agak famous kat Pattani iaitu BIC C. Tempat parking keretam: dan bangunan Big C sama macam Giant kat Kuantan. Setiap kali Juice ke Big C cuma satu menda yang Juice cari, iaitu donut m: yang sangat sedap.


Juice sangat suka donut perisa coklat tu, Juice tak ngat lah apa nama donut nie tapi yang pasti rasanya sangat sedap dan tak sama macam donut kat malaysia. Kat Kuantan Juice suka beli Big Apple donut, donutnya agak lembut tapi donut kat Big C nie rasanya agak kenyal. Bila tengok gambar nie terasa nak makan lagi lah.


Juice bergambar dengan Ellyda dan anak sepupu dia. Kat ruang legar Big C ada banyak dijual cute staff, rambang mata dibuatnya.


Ini di antara barang2 yang Juice beli. Yang paling Juice suka ialah sikat berbentuk girl, sangat comelkan. Strawbery socks, hello kitty candies yang sangat rangup dan yummy, sikat, spray perfume yang sangat cute, hello kitty small frame, hello kitty paperpin dan notepad. Selain tu Juice ada beli beberapa keping poskad.



Inilah pintu gerbang selalu ada di setiap bandar. Ia melambangkan budaya thailand, setiap pintu gerbang ni mesti ada gambar raja thailand bersama permaisuri. Juice sangat suka dengan rekaannya.


Juice tak tahu nak panggil gambar ni apa, tugu boleh takm: Setiap kampung dan bandar mesti ada tugu ni. Menurut kata sepupu kak ja sekarang raja thailand sedang sakit so tugu ni diorang letak setiap tempat supaya rakyat sentiasa mengingti dan mendoakannya.


have a nice day dear