Sabtu, Februari 28, 2009

Miss My JuicySweetyFun

Hello Sunshine 5

Rindunya ngan JuicySweetyFun. Sudah agak lama Juce tak ber online kanm: Telekom buat hal tau, Bos Juice dah lama settle kan bil Telekom tapi still disconnect. Bos plak ke KL punyer lah lama, baru kelmarin dia balik dan dia boleh terkejut phone line still tak leh guna. So ngan Juice sekali jadi mangsa coz tak dapat ber online.

Selama beberapa minggu tak ber online nie, Juice mengalami transformasi yang amat ketara. Maybe imej Juice yang dulu sudah takder lagi, sekarang Juice ber imej baru.


Sedikit sebanyak usia banyak pengaruhi Juice dalam membuat keputusan. Entahlah mungkin Juice fikir sudah tiba masa Juice berubah memandangkan Juice akan menjadi seorang suri. Bee banyak juga mempengaruhi Juice. Dia selalu menasihati Juice hingga Juice terbuka hati untuk berubah.

Ape ek yang Juice bebelkan nie
22
Actually Juice memutuskan untuk memakai tudung, rasa dah la
ma Juice tinggalkan tudung. Dulu Juice pakai tudung pun semata2 kerana study, yela rules student polisas diwajibkan pakai tudung ke kuliah.



Sekarang ke mana saja Juice akan bertudung. Juice minta pendapat korang semua ok tak Juice berimej baru nie m:

Isnin, Februari 09, 2009

Futsal Lagi

Hello Sunshine 5

Semalam Juice bercuti lagi, kerap betul Juice cuti kan. Juice serabut ngan kerja yang banyak so Juice decide untuk bercuti dan lapangkan minda.

Actually tujuan Juice bercuti semalam adalah untuk teman Bee10 Kebetulan semalam dia ada tournament futsal kat Arena indera Mahkota, anjuran KVI-FC. Wahhh futsal semalam sangat meriah tau coz ada penyertaan dari luar kuantan. Ada dari Terengganu dan KL, Terengganu saja ada lebih kurang 4 team dan yang lain2 dari KL serta Kuantan.

Kali ni nama team Bee dah tukar jadi Point FC, dulu Xtra FC. Ermm sebut pasal nama kan, memang ada team yang letak nama cute dan kelakar tau. Yang paling menarik ada satu team tu letak nama Mat Gadis-Gadis, sangat comel kan nama tu 22 ada jgk yang letak nama puteri mandi, erm cam nama kuih jer 22

Tournament kali ni team Bee main bersungguh2 coz hadiah yang ditawarkan agak lumayan, juara dapat wang tunai RM3500. maybe sbb hadiah lumayan penyertaan luar bertambah jgk.


Diorang ni tunggak utama team Bee, yang baju putih tu ex classmate Juice mase sekolah menengah dulu. Nama dia Jefryzal, dulu mamat ni memang nakal sangat tapi sekarang sudah berubah maybe coz dia dah kawin so perangai nakal dibuang jauh2.


Pengadil sedang layan perasaan, maybe dia penat layan karenah peserta yang pelbagai. Masa ni team Bee baru nak lawan first game. Bee lawan team dari Mercedes Terangganu, kata Bee diorang ni sangat bagus dan jarang kalah. Paling koman pun tempat ketiga, tapi kan honestly diorang ni xlah bagus mana coz diorang ni main slow jer sbb tu ar diorang kalah. First game team Bee menang 4 3 - 1.

Peringkat demi peringkat team Bee menang hinggalah layak ke separuh akhir. Team Bee lawan ngan team dari Kl. Juice tak suka ar ngan diorang ni coz sangat berlagak tau, dah tahu ada kat tempat orang pandai2lah bawak diri.

Rugi sangat team Bee kalah kat separuh akhir, kawan2 Bee dah semakin penat sbb tu tak main betul2. Team KL muda2 lagi so banyak tenaga sbb tu diorang hyperaktif. macam tak penat jer diorang ni, pelik tu
22


Akhirnya team Bee cuma berjaya di tempat ketiga saja. Boleh tahan ar tu, dah banyak kali masuk tournament tak pernah menang apa2. Tean Bee dapat hadiah wang tunai RM 800, trofi dan medal.

Ahad depan ada lagi tournament futsal, tak tahu nak pegi ke tak coz Juice dah banyak kali cuti ni. Kalau Bee suruh pegi Juice ikut jer,.

Valentine Day dah dekat, Juice meybe tak sambut kot coz Bee tak suka...
Kla have a nice day to all juicy blogger
m:

Rabu, Februari 04, 2009

Kerja Kerja Kerja

Hello Sunshine 5



Hari ini Juice sangat sibuk ngan kerja. Dah 2 bulan komputer kat ofis rosak, baru semalam siap dibaiki. Juice terpaksa settle kerja untuk 2 bulan tau, nak wat untuk sebulan pun dah kira banyak inikan plak 2 bulan. Memang tension tahap gaban tau, tahap kamen raider pun ada. Yang paling leceh Juice nak kena settle akaun untuk bulan Disember dan Januari dalam minggu ni jugak 13 kalau tak makin menggunung kerja Juice. Apa2 hal pun GAJI mesti didahulukan, biar akaun serabut asalkan slip gaji dah siap.



Inilah kerja Juice tiap2 hari, wat masuk perbelanjaan dalam akaun. Dah 2 bulan Juice sibukkan diri ngan kerja2 tempahan dan bil2 pembayaran yang lain. Sekarang masa untuk seimbangkan akaun. Juice dah pening lalat tau tengok resit2 yang tersusun ni, rasa nak balik tido pun ada ni.



Walaupun kerja banyak tak boleh bersungguh sangat nanti kena migrain, sambil2 wat kerja
Juice tengok anime apa yang terbaru untuk di download. Sekarang ni Juice tengah download anime berjudul ITAZURA NA KISS. Juice baru tengok 2 episod, citernya best jugak. Ia kisah sorang budak pompuan nama Kotoro sangat admire10 ngan senior dia Naoki. Naoki ni genius kat sekolah dia, so untuk dapatkan perhatian Kotoko study sungguh2 untuk sama level ngan Naoki. Kotoko siap bagi surat cinta pada Naoki tapi depan2 dia kena reject. Naoki ni memang bajet best, konon2 genius sangat minah tak berapa cerdik tak pandang. Satu hari rumah m: Kotoko runtuh, sementara nak wat rumah baru ayah Kotoko tumpang rumah kawan lama dia. Kebetulan kawan ayah Kotoko tu ayah kepada Naoki.
Juice sempat tengok mase rumah tu runtuh je, saat2 Kotoko kat rumah Naoki tengah download. Panjang tau anime ni ada 25 episod, Juice baru download 13 episod.

Dah dekat kul 8, Juice nak berkemas2 dan balik. Sakit tul pinggang Juice seharian duk ngadap komputer, mata pun dah kuar nombor macam kat mesin slot coz banyak sangat tengok nombor.
Kat rumah nanti Juice nak betulkan pinggang sambil tengok ITAZURA NA KISS...