Isnin, Ogos 31, 2009

Happy Moment

Hello Sunshine

Selamat berpuasa kepada semua kawan2 Juice. Agak terlewat untuk Juice ucapkan. Lama jugak Juice tak berblogging, kawan2 pun maybe dh lupakan Juice. Juice agak sibuk di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Juice wat entry kali ni just sekadar meluahkan rasa gembira Juice sejak menjadi tunang orang ni. Apa saje aktiviti mesti ada Bee, hidup makin bermakna dan masa lebih berhar
ga.

Ganasnya Juice, suka buli Bee. Bee just redha je ngan perbuatan smack down Juice. Time ni Juice tengah tunggu kereta naza sutra kak jaja di servis. oleh kerana kebosanan melanda Juice pun wat ar menda2 di luar batasan Juice.


Harap Juice berkekalan selamanya ngan Bee tersayang
Mencintai Bee tak terluah oleh kata2 hanya perasaan meluahkan segalanya
Cinta Bee mungkin hanya satu untuk Juice
Hanya Bee yang mampu membahagiakan Juice
...ecewah ter jiwang plak

Alahai hepinya Bee masa ni, bila dah gelak bergema ruang menunggu tu ngan gelak tawa Bee. Rindunya ngan moment masa tu, bila Bee ketawa Juice rasa bahagia sangat.

Jahatkan Juice sesuka hati wat ngenat kat Bee, tapi salah Bee jugak sapa suruh wat ngenat kat Juice dulu...haha kan dah kena

Bee suka sangat bergurau n main2kan Juice tau. Yang paling Juice geram Bee suka main tarik2 tudung Juice tau, satu hal plak nak kena repair tudung ni, bila Juice merajuk mulalah menyesal.

Syawal tahun ini adalah yang kedua untuk Juice dan Bee. Harap2 tahun depan kami dapat menyambut Syawal sebagai suami isteri.
Semoga Syawal korang membahagiakan dan menjadi moment indah untuk korang.

Next week Juice baru nak cari baju raya, maybe tahun ni sedondon ngan Bee. Juice nak pilih theme colour untuk raya tahun ni adalah warna ungu. Korang pun pakailah warna sedondon jugak, syok tau...


Wish you all have a happy ramadhan and have a good time always...

Selasa, Ogos 04, 2009

Akhirnya Juice Bertunang

Rindu Juice ngan blog kesayangan Juice.
Tanggal 18 Julai 2009 Juice bertunang, akhirnya terikat jugak Juice ngan Bee.

Juice baru jer siap makeup, tak biasa tengok diri sendiri coz Juice tak pernah makeup selalu natural beauty jer. Wani pakaikan keronsang kat bahu, wani lah yang makeup kan Juice.

Berseri - seri je Juice kan, tapi dalam hati berdebar sangat2. kat ruang tamu padat ngan tetamu, lagilah jantung berdegup kencang.

Juice just jemput sdara terdekat jer, yang ramai datang sdara mara Bee. Abah Juice cam happy sangat2 kan, tersenyum jer abah sepanjang masa. Anak kesayangan bertunang mestilah happy.

Juice terkejut bila cousin juice cakap tok kadi dah sampai, aik macam nak nikah pulak. Rupanya tok kadi tu mewakili keluarga Bee. Bee suka wat surprise tau, ke tak sabar nak kawin??
Nanti kalau Juice kawin maybe dia yang jadi tok kadi...

Happy jer cousin2 Juice ni, masing2 sibuk nak bertunang jgk coz macam best jer. Mok Ton kena bersedialah anak2 dara dia yang ramai ni nak kawin sekaligus. Kalau kawin sekali jimat sikit belanja heheh...

Pasangan bahagia Umie dan Ayie, tak lama lagi akan bertunang jugak. Banyak dugaan diorang lalui sepanjang bercinta. Harap2 pasni takda orang ganggu hubungan Umie dan Ayie lagi. Mok Ton sangat merestui hubungan diorang, yelah restu ibu sangat penting dalam hubungan.

Rombongan family Bee dah sampai, wah meriah tul diorang ni. Time ni Juice intai diorang kot tingkap bilik, erm jantung bagai nak luruh. Manalah tak nervous hampir 10 family yang datang mewakili Bee.

Saat yang paling bermakna dalam hidup Juice tatkala ma Bee sarungkan cincin ke jari manis Juice. Ma tersenyum meleret- leret, yelah nak dapat menantu sulung lah katakan.

Majlis sarung cincin dah selesai, tiba masa menjamu selera tetamu. Kami jamu tetamu ngan nasi ayam yang sangat yummy. Dulu mak Juice buka restoran, pas dia sakit terus tutup. Nasi ayam mak mmg famous dulu hinggakan ada yang meniru resepi mak.

Mak Ngah dan Mok Ton sibuk melayan tetamu tapi sempat berposing maut..

Kenangan kami bergambar sekeluarga, Bee cam malu2 nak bergambar. Bee memang tak suka bergambar tau. Pasni Bee akan manjadi part of family so mesti sesuaikan diri. Harap2 Juice akan kekal hingga ke jinjang pelamin. Doakan kebahagiaan Juice tau...