Ahad, Jun 06, 2010

Apa citer Juice???

Lame giler tak update entri, rasa dah tak reti nak bercerita kat sini. Kalau diikutkan setiap minggu Juice online tapi just layan facebook langsung tak ambil port pasal blog.

Hari ini terasa rindu plak nak aktif semula.Juice sangat bosan sekarang ni sebab kedai Juice terpaksa ditutup, erm kena serbu dengan pihak kesihatan. Lantai di belakang kedai agak berlumut sikit, ala kedai lama biasala. Pihak kesihatan suruh simen baru dan cat kedai supaya kelihatan baru. Aduh leceh betullah, sekarang ni musim cuti sekolah agak rugilah bila kedai ditutup tetapi tak apa Juice fikir takder rezekilah tu...



Selain bosan Juice jugak agak berserabut dan berdebar2. Yelah hari bahagia bakal menjelma ( ayat drama kuar dah). Lagi 4 bulan Juice akan berkahwin ngan my lovely Bee. Masalahnya Juice belum buat preparation pun lagi, yang ada just 4 kotak bunga telur sebagai permulaan. Sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana. Baju kahwin belum beli lagi, ingat nak shopping kat masjid india je, taknaklah sewa sebab Juice nak simpan baju kahwin as my sentimental value. Apa lagi? erm canderamata, pelamin, jurufoto dan semualah...ish macam banyak je keje nanti. Lagi memeningkan kepala Juice risau kalau2 semua tu terpaksa Juice uruskan sendiri. Memang ada sedara mara tapi tak rapat cam orang lain. Dahlah lupakan jela...

Sekarang ni mak Juice ada kat hospital, mak Juice kan ada macam2 penyakit. Latest news kaki mak yang sebelah lagi terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa mak. Even abah berkeras tak kasi tapi doktor beri pilihan pada abah sama ada sayangkan kaki mak atau nyawa mak. Juice hanya mampu berdoa agar mak sentiasa selamat.


Oleh kerana dah lama tak bersenang lenang camni, Juice pergi memancing semalam ngan bakal mak mertua dan Bee kat explanade kuantan. Punyalah rmai orang kat situ terutamanya mat rempit. nak memancing pun semacam bingit telinga. Sebab tu tak dapat ikan, ikan pun tension dengar bunyi bising sangat. Yang syoknya mat rempit tu excident hehehe kelakar tul bila mat rempit tu lari tinggal moto dia..malu siot jatuh moto yelah mula2 tunjuk hebat kat orang last2 jatuh depan orang ramai...kahkahkah

Mase ni Bee tension tali pancing dia putus, mancing kat area kapal karam dekpon mahu tak putus. Kalau nak tahu kat tepi benteng dulu ada sebuah kapal besar tau, sempat jgk jadi restoran tapi kapal tu dah karam.

Bee betul2 degil tau, dah suruh berenti merokok. Aritu Bee muntah2 dan sakit dada masa tengah kerja kat gebeng. Bos dia hantar balik ofis terus. Risau jugak Juice, terus bawak gi klinik. Doktor cakap dalam badan Bee banyak angin dan kuat sangat merokok sebab tu sakit dada. Juice sendiri dah tak tahu camner nak nasihat heavy smoker macam Bee nih...

Saje jek nak selitkan budak2 ni, dah besar anak buah Juice. Bila tengok diorang ni membesar depan mata, membuatkan Juice teringin nak ada anak sendiri. Juice rasa sunyi dan bosan duk seorang diri. adakah itu tanda Juice dah mula bersedia untuk ada komitmen? mungkin jugak..

Apa2 pun doakan juice bahagia ngan Bee, harap kebahagiaan yang Juice rasakan sekarang ni kekal dan Juice yakin ngan sepenuh hati yang Bee betul2 jodoh Juice dan lelaki yang terbaik untuk jaga Juice. Bukan senang nak jumpa soulmate, tapi juice yakin bee lah soulmate Juice...


Rabu, Mei 12, 2010

Kerja Baru bisnes Baru

Sudah lama kan Juice x update blog, terasa semacam kekok plak nak mulakan kisah.
Sekarang Juice tengah layan facebook kat kaunter sorang diri. Kaunter mana??? bukan kaunter pertanyaan tau.

Juice sekarang dah bekerja semula, just handle family business. Family Juice ada sebuah restoran, betul2 kat depan rumah. Dulu bagi sewa kat orang Thailand tapi Abah Juice dah ambik alih So Juice jaga bahagian kewangan, beli barang basah dan akaun kedai. Penat jugak, yelah juice tak biasa kerja berat tau selalu duk rumah main games jek.

Juice sibuk sangat dan kadang2 tak ada masa nak online. Nanti Juice akan update sekali ngan gambar, kamera Juice adik bwh ke shah alam...

Thats all for now...

Sabtu, Mac 06, 2010

Hampir Terbakar!!!!

Minggu ini Juice sangat sibuk. Juice dah mula bekerja dan kerja ini sangat memenatkan. Anyway entry kali ini Juice nak kongsikan pengalaman yang hampir dahsyat. Belum dahsyat lagi tapi hampir...

2 hari yang lepas rumah Juice hampir terbakar. Api tercetus denga
n sengaja, kawasan yang terbakar plak betul2 dihadapan bilik Juice. Mahu tak cuak, kalau api merebak confirm bilik Juice dulu yang kena. Paling risau camne nak selamatkan koleksi hello kitty Juice yang banyak tu dan paling menakutkan Juice sedang tido semasa kebakaran berlaku.

Juice terdengar kakak Juice menjerit, dah lah tengah tido kepala pun mamai jek. Bila buka pintu tengok ada api kat tepi almari. Tanpa fikir panjang Juice terus ambil selimut dan cuba padamkan api, erm habis selimut kesayangan Juice terbakar.

Sofa kat luar habis dijilat api, sofa tu bercirikan plastik sebab tu bila kena api dia terus cair sampai berlubang. almari juga terbakar dan yang palling teruk dinding. Dinding menjadi hitam legam dan sangat buruk.

Bila tengok camni memanglah tak teruk sangat, tapi masa tu api dah menjulang sampai ke siling tau. Kami betul2 panik, tapi nasib baik abah Juice bertindak pantas. Kat rumah Juice ada pemadam api, abah Juice jenis yang agak caution sebab tu dia stand by pemadam api untuk kecemasan. kalaulah tak ada menda tu memang terbakarlah rumah Juice.

Nak tahu siapa punya angkara semua ini????


Inilah makhluk kecil yang cuba membakar rumah sendiri...

Salah mummy dia jugak sebab belikan Ellyda lighter besar gedabak, apelah belikan budak besar ni lighter sebagai mainan. nasib baik Ellyda bertindak bijak, masa api makin besar Ellyda kejutkan mummy dia yang tengah tido jugak yelah kami baru je balik dari pasar dan masing2 tengah berehat.

So pengajaran pada semua, tolonglah jangan biarkan budak2 main lighter. Kakak Juice nyesal gile belikan menda alah tu. Yang peliknya lighter besar camtu dijual di kedai mainan tau. Ish berhati2lah...

Juice nak sambung rehat, kul 5 nak masuk kerja.

Babai all....



Selasa, Februari 23, 2010

Juicy HK Collection

Hye there!!!!

Agak lama Juice abaikan blog kesayangan Juice ni, sejak akhir2 ni Juice makin sibuk sbb mak Juice terpaksa berdepan ngan proses Dialisis yang agak memenatkan. Erm mak Juice disahkan menghadapi masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu. Kesian tengok keadaan mak yang makin kurus dan kesakitan coz perut dan atas dada mak tela
h ditebuk bagi menyalurkan tiub untuk proses dialisis. Doakan mak Juice akan sembuh dan menjalani dialisis dengan sabar dan tabah....

kali ini Juice semacam ada mood untuk bercerita tentang koleksi terbaru Hello Kitty Juice. Dan sangat mengejutkan coz Bee memberikan sokongan moral yang amat Juice nantikan. Kalau dulu Bee selalu marah juice bazirkan duit beli HK stuff tetapi sekarang dah tebalik, Bee plak yang belikan Juice macam2 HK stuff. Gembirakan????

Juice suka mengumpul barangan HK untuk lappy Juice dan kesemua Bee yang belikan. Kadang2 stuff yang tak perlu dia beli jugak...its ok im still love you darling...


Lappy Juice sudah banyak kesan calar sejak dihantar baiki screen yang adik Juice pecahkan. Sebab tu Juice mencari lappy skin yang cantik untuk menjaga lappy Juice. Dengan suka hati Juice jalan2 ngan Bee dan terjumpalah ngan lappy skin yang sangat comel dan membuatkan Juice excited teramat. harga pun sangat berpatutan, tanpa fikir panjang Bee terus beli dan tampalkan pada lappy Juice ngan berhati2...hehehe takut tampal senget...

Then Bee belikan Juice HK usb fan yang boleh pusing kiri kanan. Dah lama Bee belikan tapi baru sekarang nk update...erm dah out of date pun but still sweet to share...

Juice pun tak sangka Bee nak beli fan ni sbb Juice berkenan ngan barang lain, erm Bee dh hadiahkan so Juice terima ngan hati yang terbuka luas.

This one Bee belikan hari ini kat East Coast Mall, ada booth dari Bubbles. Mula2 kami singgah di Al-Ikhsan, pas usha kasut adidas yang so super cute Bee ternampak booth bubbles. Dalam byk2 stuff Bee suka ngan cik tetikus yang kecil molek ni. Bee dah mula tahu taste Juice, bila Bee pandang dan angkat kening Juice faham dia tanya nak ke tak so Juice senyum super cute jgk erm tanda naklah. Bee pun terus suh amoi bungkuskan, tapi kena test dulu so amoi tu pinjam lappy tokei booth sebelah untuk test dan da mouse berfungsi ngan baik. So im on happy mood today...

Here my collection so far...kiranya yang paling latestlah. Alamak jam kecik tu Juice tak sempat tukar bateri lah sbb tu timer dah lari hehehe... Yang panjang tu payung tau, umbrella case. Juice sayang nak buka so Juice biarkan dia camtu jek. Kat belakang tu bekas air, ada besar satu dan kecil satu. Bee cakap Juice kena rajin minum air putih, nak bagi Juice semangat sikit minum air putih dia belikan bekas air tu. Juice kurang minum air putih, erm pasni kena berubahlah. Tak apa bagus cara Bee beri semangat tu umpan ngan HK jek berbaloi kalau berubah pun.

Koleksi semakin bertambah, bilik pun makin ceria. Actually agak beruntungkan bila kekasih hati memahami minat dan hobi kita. Seperti Juice, Juice jgk memahami hobinya yang suka main futsal dan badminton. Keserasian dapat dipupuk bila sama2 saling memahami.

Latest news!!!

Juice menceburkan diri ngan ONLINE bisnes, Juice akan cuba serius dan mengubah hidup Juice. Sesiapa yang nak tahu bisnes apa you all boleh lawati web Ads4bucks.com for more information. Juice akan updatekan entry tentang bisnes ni...

Have a super nice days...

Sabtu, Februari 06, 2010

Facebook Bring Us Together

Sekarang ni Juice sangat addicted dengan Facebook. Selalunya Juice beronline just utk berblogging dan downloading things. Tapi sekarang Juice sangat sukalah main games kat facebook dan for sure gets connected with my old friends.

Juice dah lama lost contact ngan kawan2 Juice mase study kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dulu. Di POLISAS Juice menimba ilmu dan pengalaman yang amat berha
rga. Sekarang kawan2 Juice ramai yang dah kawin, cuma bestfriend Juice yang sorang ni jek still mencari kot.
Tak sangka ngan facebook Juice dapat berhubung dengan kawan2 yang Juice sangat rindu.



Ini Aishah, kawan baik Juice sejak tingkatan dua. Dari dulu hingga sekarang Aishah still tak berubah. Dulu Juice dan aishah sangat nakal kat sekolah, erm suka kenakan cikgu dan kadang2 buli kawan2. Tapi still control ayu lah...Aishah more feminin than me, dulu Juice agak lasak dan kasar. So apa saje berkenaan dengan hal kewanitaan Juice refers pada Aishah. wah banyaklah kenangan yang amat nakal dan pelik berlaku. Sekarang Aishah bertugas di sik kedah sebagai seorang cikgu...dah kawin dan ada baby boy. Semoga aishah sentiasa sucsess dan bahagia di samping family. She my bestfriend forever.



Zahrul Huzairi...kawan baik Juice mase kat polisas. Zahrul ni sangat skema tapi cerdik. Juice sukalah kawan dengan dia, dulu dia selalu panggil Juice budak montel, nakalkan? tapi Juice tak kisah. Zahrul banyak bantu Juice dulu, dari segi masalah emosi, peribadi dan pelajaran. Setiap hari Juice spend time ngan dia, just friend key... Juice suka courage dia utk cari girlfriend, tak tahulah dia rimas ke tak tapi Juice suka. Pas habis belajar dia sambung study so hampir lost contact lah. Just bile masing2 tukar no kami masih ingat utk remind each other. Dengan facebook kami blh berhubung dengan lebih kerap, boleh tahu perkembangn diri masing2.


Kak Zura...she like a sister to me, Juice agak rapat dengan kak zura dulu mungkin sebab kak zura lebih tua dari Juice so Juice selesa bermanja dengan dia. kalau ada masalah kak zura lah tempat Juice meluahkan perasaan. sekarang kak zura dah kawin dan ada baby boy, Juice suka tengok kak zura bahagia.

Selain gets connected dengan kawan2, Juice juga suka main games kat facebook. Juice sangat suka main games...dengan ps2, psp, pc games dan sekarang melalaui Facebook. Paling Juice suka games CAFEWORLD...selain dapat kawan2 dari serata dunia game ini juga agak simple dan unik. Juice perlu masak makanan dan hanya perlu menunggu mengikut tempoh masa yang diberikan, bila dah masak Juice perlu angkat untuk dijual. Dengan duit tu Juice boleh beli macam2 untuk decorate cafe Juice. Cafe Juice bertemakan warna pink, comel tak? kepada blogger yang ada Facebook mesti main game ni tau dan add Juice as a neighbour.

Facebook is da best...Juice harap pasni Juice berpeluang bertemu dengan kawan2 Juice yang dah lama Juice tak berjumpa lebih2 lagi dari Polisas dulu.

Jumaat, Januari 29, 2010

Kuasa Warna Pelangi

Kali ini Juice nak berkongsi tentang keunikan disebalik WARNA.

Sesetengah orang percaya warna boleh memainkan peranan besar dalam menyemarakkan aura diri kita. Juice cadangkan kite kenakan rona tertentu dan bangkitkan keanggunan diri.

MERAH

Daya hidup, keberanian dan keyakinan. Gunakan bila berdepan hari yang sukar atau rasa kurang bertenaga. Warna merah juga melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong semakin cepatnya denyutan nadi. Warna merah juga mempengaruhi produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

JINGGA
Kegembiraan, keyakinan dan panjang akal. Mood untuk berkerja pasti lebih ceria disamping menambah selera untuk kehidupan. Warna jingga sememangnya stimulasi emosi yang hebat.

KUNING
Kebijaksaan, kejelasan dan kerhormatan. Minda lebih jelas dan merangsang minat. Kuasa rona kuning ada kaitan dengan kemampuan untuk memahami. Ia juga melambangkan sifat spontan dan tolenrasi.

HIJAU
Keseimbangan, cinta dan kawalan diri. Membantu merelakskan otot, saraf dan pemikiran.Rona pepohon ini memberi sambungan pada cinta abadi.

BIRU
Pengetahuan, kesihatan dan daya membuat keputusan. Ia membantu kita relaks kerana memberi kesan kepada sistem saraf. Sesuai kepada sesiapa yang imsomnia.

INDIGO
Gerak hati, mistik dan pemahaman. Tenaga rona indigo menyambungkan kita kepada kawasan paras sedar. Boleh jadi peransang daya imaginasi.

UNGU
Kecantikan, kreativiti dan inspirasi. Pembersih minda dan perasaan selain penyambung kekuatan dalaman. Ia juga tingkatkan daya kreativiti dan kesenian.


Apakah warna anda? Pada Juice selain warna pink Juice juga sukan warna purple. Warna lembut dan sedap mata memandang. Disebalik warna kegemaran kita pasti terselit makna yang tersendiri, mungkin hadir dalam hidup kita tanpa disedari.

Kepada visitor blog Juice, pilih warna dan kita kongsikan bersama.

Rabu, Januari 20, 2010

Why I Like It Longer?

Ada orang kata 'longer is better'

kenapa?

Bila kita sebut nama seseorang tu dan tiba-tiba dia muncul sure orang akan kata

"ishh panjang umur budak ni"

See? that's Why I Like It Longer...

Kalau panjang boleh muat ramai-ramai.
Adik beradik ramai, besar plak tu.

Time jalan-jalan semua nak ikut.
Ish mesti tak muat ni.

Sebab tu advice kat abah beli Toyota Alphard yang panjang baru seronok jalan ramai-ramai.

That's Why I Like It Longer


Bila nak jalan-jalan Juice tak suka jalan bengkok macam ular, pening lah.
Juice suka ke Cameron Highlands tapi tak tahan dengan jalan yang selalu buat Juice muntah hijau ( bluwek).
Kan sangat bagus kalau jalan ke sana lurus dan panjang.
Relaks dan tenang sambil tengok permandangan.


That's Why I Like It Longer

Mengadap bilik Juice ada banyak pokok kelapa yang tinggi dan panjang.
Bila angin tiup pokok kelapa mengikut rentak angin.
Sangat menggamit perasaan.
Mendamaikan hati yang sedang bergelora ( ingin miliki sesuatu)

Pokok kelapa bukan sahaja panjang tapi banyak kelebihan.
Dari bawah hingga ke atas semua boleh digunakan dalam hidupan harian.


That's Why I Like It Longer


Juice suka makan coklat lebih-lebih lagi coklat bar.
Makan mengikut kotak secara memanjang...wah nikmat.

That's Why I Like It Longer


Long lasting love...

Juice impikan cinta yang panjang dan berkekalan.
Bahagia mencipta kenangan dalam hidup yang masih panjang ini.
Juice impikan menbina keluarga dan miliki anak-anak panjang berderet.

That's Why I Like It Longer


Belum pernah Juice terfikir akan ada phone yang panjang begini.

Macam mane agaknya rupa LG CHOCOLATE ni di jari Juice yang pendek...heheh
Panjang dan banyak kelebihannya.
Screen lebih lebar untuk bersiar-siar di laman web kegemaran sambil nikmati coklat.
Dengan screen selebar 4inch, nikmati video di mana sahaja.
Kamera 5.0 megapixel, snap gambar secara sakan.

LG Chocolate phone nipis, elegan, seksi dan what more can I say?
Just look at it makes me fall in love already...

Why I Like It Longer?

Kerana Juice pasti akan menjadi perhatian orang sekeliling dengan hanya memilikinya.
Kenapa perlu simpan phone begini dalam handbag atau poket seluar?
Juice akan pastikan LG Chocolate sentiasa di genggaman.
Makes me proud just to hold it...


Sabtu, Januari 16, 2010

Juice Fashion sense

Entry Juice kali ni agak pelik sebab Juice nak bercerita tentang fashion artis hollywood kegemaran Juice. Tak penah kan Juice wat entry pasal fashion, arini mood semacam nak mengkritik .

RIHANNA
Juice sangat meminati Rihanna, she talented and beautiful. Juice minat sangat ngan lagu Take A Bow dan Te Amor, lunak suaranya.
Baju ni dipakai semasa Rihanna ke American Music Award. Rihanna ni seksi kan, dress beliau unik dan funky. Bahagian atas yang berbentuk kelompak bunga amat menonjolkan aura diva beliau. Ngan padanan hitam putih Rihanna nampak klasik, yang paling Juice suka bahagian depan dress seolah bunga ros sedang mekar dan yang paling penting mestilah seksi namun tak terlampau. Rihanna sangat cantik dalam dress ini.

BEYONCE
What can I say about her? Isteri kesayangan Jay Z ni sangat cantik. Body Beyonce sentiasa maintain, tetapi korang tahu tak dia mengamalkan diet yang kurang sihat tau. Untuk makan malam dia cuma makan tiga hiris tomato dan minum air mineral setiap hari tak sentuh langsung air yang manis. Duit banyak tapi takut makan isshh rugilah minah ni.
Dengan body yang cantik dress hitam keemasan ini nampak terletak di tubuh Beyonce. Gabungan warna yang dipilih berpadanan ngan warna kulitnya ditambah ngan make up yang nipis Beyonce terus menjadi tumpuan di red carpet. Perasan tak B
eyonce selalu pakai dress yang ketat kadang2 nampak macam tak cukup nafas, dress yang ketat camni dah menjadi trademark Beyonce. Fashion dress yang digayakan cam dah biasa kita tengok namun fabrik dan corak kain menyelamatkan penampilan beliau. You go girl!!

LADY GAGA aka MUMIA GAGA
Opss sorry kepada peminat Lady Gaga tapi itu lah kenyataan. Please lah minah ni, apa menda yang ko pakai ni? Ni fashion ke? Tak dinafikan lagu Lady Gaga memang best Juice pun suka layan tapi kalau bab fashion minah ni fail. Dahlah seluar kecik tu style besar macam makcik2 zaman dulu pakai ada plak bandage macam baru lepas accident. Sakit mata Juice tengok tau.
Orang popular dan banyak duit macam beliau tak akan lah tak mampu beli baju cantik mata memandang.

Juice tahu Lady Gaga selalu berpakaian pelik mungkin sebab tu dia mudah dikenali. Kalau kat hollywood minah ni maybe digelar fashion crime. Ape pandapat korang ngan minah yang sorang ni???

JENNIFER ANISTON
Janda Brat Pitt ni cantik jugak kan, yang penting rambut tu. Kat hollywood Jennifer menjadi hair trendsetter, semua nak rambut cam dia setiap hari tak ada istilah bad hair day. Juice tak minat sangat ngan dia, dulu Juice layan citer Friends so kira kenallah ngan dia ni.
Tak dinafikan rambut Jennifer memang cantik dan ber volume. Sesuai ngan dress yang digayakan. Dress kemban labuh ni simple jer just ada labuci2 tapi nampak comel ditubuh Jennifer. Jennifer juga langsung tak memakai sebarang aksesori cam rantai atau gelang maybe ada kot subang terlindung sebalik rambut tu. Dress ini bercorak memanjang ke bawah membuatkan beliau lebih langsing. Wanita kecil molek cam Jennifer sesuailah pakai dress camni sebab menampakkan sedikit susuk tubuh beliau disebalik dress. Amazing...

SHAKIRA
Tergoda tengok Shakira bergelek macam ulat bulu, Juice admire ngan kecantikan tubuh Shakira, cantik secara semulajadi.
Juice jarang tengok Shakira memakai dress, selalu ber coli dan adalah sikit kain labuh tapi berbelah tepi, seksi. Kali ni Shakira mencuba dress pendek paras paha. Kenapa ek nampak janggal jer di mata Juice? Dahla warna kuning macam air jagung, corak plak dah out of date. Mungkin Shakira cantik so apa yang dia pakai nampak cantik je, namun Shakira tak menggunakan kelebihan yang dia dalam ber fashion. Dress camni membuatkan dia nampak tua ditambah ngan kasut yang kelihatan agak besar. Maybe shakira nak muncul ngan kelainan tapi bagi Juice dress begini membuatkan aura diva beliau pudar dan kurang menonjol. Maybe Shakira cuba menarik perhatian, yelah warna kuning terang dari jauh dah boleh nampak dia. Kalau di atas pentas Juice memang respect, sangat happening dan meriah ngan gelek2 patah pinggang beliau.

So apa pendapat korang ngan artis2 hollywood ni? Ada yang aneh kan, duit banyak tapi sayangnak beli baju cantik. Ada jugak yang mempunyai citarasa tinggi.

Jangan lupa berikan pendapat korang plak tentang mereka ni.

Rabu, Januari 13, 2010

Suka Bola \( ^_ ^ )/

Lappy Juice dah masuk wad pembedahan...lappy juice dihantar baiki lah. Screen lappy sudah pecah dan retak seribu, semua gara2 adik Juice yang sangat careless. Anyway dia dah setuju nak support perbelanjaan repair lappy, kira oklah tu kan just tunggu je.

Juice nak berkongsi pengalaman Juice menonton perlawanan bola sepak sabtu lepas. Agak seronok coz pasukan Pahang menang, erm Pahang sangat jarang menang tau.

Selalunya Juice tak perlu beli tiket tau sebab kawan Bee player Pahang. Ada 3 orang plak tu, Bee just call Alex, Gaban dan Join. Bee paling baik ngan Gaban tapi sayang dia sekarang dah jadi player Perak. Gaban lah yang selalu baik hati membagi Juice dan Bee tiket percuma. Tak apelah apa salahnya beli tiket kan harga pun bukanlah mahal sangat.

Yang ni Join, keeper Pahang yang baru dulu dia main untuk Shahzan Muda. Si Join ni selalu ikut Bee main badminton, sangat humble dan tak sombong even dia palayer Pahang.

Ramai tau yang datang menonton perlawanan pembukaan untuk Pahang nih. Kena beratur panjang tau nak beli tiket.

Tahun lepas Juice tak dapat lupa semasa perlawanan Pahang vs kelantan. Penonton sangat ramai dan agak menakutkan sebab terlalu ramai penyokong Kelantan. Juice akui pasukan Kelantan bagus maybe sebab ada bekas pemain pahang Indraputra Mayudin. Yang Juice kesalkan adalah mulut2 penyokong Kelantan yang tak ada insurans. suka2 hati ke kutuk2 pasukan pahang depan penyokong Pahang termasuklah Juice. Kami just berdiam diri sebab orang kelantan terlalu ramai.


Kitakan satu Malaysia, tak perlulah ada sifat kenegerian hingga boleh mendatangkan rasa menyampah...

Abang2 polis pun kusyuk jer tengok game, honestly dari juice perlawanan pada malam tu agak best dan tak membosankan. Just Juice nak kritik mutu pengadilan yang agak berat sebelah, Juice perasan pengadil sangat berat kepada pemain Perak dan player Pahang dihujani kad kuning tau. Join pun dapat kad sebab dia lambat sikit sepak bola Whadda?... sebab tu lah gol pertama perak hasil dari tendangan penalti.

Syabas Juice ucapkan kepada player Pahang tahun ni, please makes orang Pahang proud. Harap 5 pemain baru dapat menaikkan Pahang seperti dulu.

Gud luck GUYS

Khamis, Januari 07, 2010

My Second Blog (^_^)

Time to update my entry.

Bukak je blog nih mesti boring sebab entry tak di update. Actually Juice sibuk mengedit blog kedua Juice. Alhamdllilah akhirnya siap jugak, just kena rajin update lah baru blog aktif.
Blog kedua Juice lebih ke arah perkembangan Anime dan Manga jepun yang sangat Juice adore. Juice berpendapat dah tiba masa Juice asingkan antara blog peribadi dan anime. Bila difikirkan blog akan menjadi serabut dan heavy kalau dicampuradukkan.

Disamping itu Juice berhajat untuk menghasilkan pendapatan melalui berblogging. Juice perhatikan ramai blogger yang aktif berjaya mendapat pendapatan sampingan melalui blog mereka melalui NUFFNANG.

Bukan itu saja Juice juga mahu lebih variasi, bukan sekadar menulis kisah peribadi tapi juga berkongsi hobi dan pendapat. Juice masih tercari2 penggemar Anime di kalangan blogger Malaysia. So diharapkan dengan adanya blog anime Juice, dapatlah Juice berkongsi hobi dengan mereka.

Selamat Datang Ke JUICYSWEETYANIME

Sila berikan sokongan dan enjoy dengan blog anime Juice

Jumaat, Januari 01, 2010

2010 d' Kuantan

Dalam tak sedar kita sudah melangkah ke tahun baru. Rasa cam pantas jer masa berlalu. Apa kenangan yang korang cipta pada tahun 2009? Bagi Juice kenangan yang paling indah ialah bila Juice mengikat tali pertunangan ngan Bee. Kalau dipanjangkan jodoh Juice berhasrat untuk berkahwin pada hujung tahun 2010, insyaallah.

Pada 2009 Juice tidak begitu aktif berblogging. Pada tahun 2010 Juice berharap Juice dapat meluangkan masa untuk berblogging dan Juice nak blog Juice setaraf ngan blog2 yang dh terkenal. Sekarang Juice tengah fikirkan untuk mengubah template blog juicysweetyfun ini ke arah yang lebih matang tapi tetap berunsur anime dan manga. Nama jek blog anime tapi Juice jarang tulis entry mengenainya kan. Selepas ini Juice akan kongsi anime kegemaran Juice.

Sambutan tahun baru di Kuantan taklah meriah dengan konsert tapi meriah dengan cara tersendiri. Tahun ini countdown new year diadakan di padang mpk masjid besar kuantan. Taklah hapenning coz tak banyak aktiviti untuk orang awam.

Yang paling Juice suka ada pertandingan audio system kereta tempatan. Da audio show sangat meriah dan mendapat sambutan, orang kuantan ramai2 serbu. Tapi kepada pakcik2 harap jgn joinlah kalau ada audio show, takut nanti berbulan madu di IJN plak. Whoooo bergegar jantung beb, rasa nak tercabut tudung Juice, kereta kancil jek tapi sound system dah macam dalam swing ( Juice tak penah masuk tau, dengar kot luar jek).

Rasa2 Juice kereta kancil nih yang menang, nampak cam biasa2 je kan tapi dier punya sound terangkat habis. Juice sendiri duk jer dengar lagu disco kat tepi kereta tu, even jantung dah gegar2 tapi dalam kepala Juice terfikir nak wat sound system camni. Juice suka dengar lagu kuat2...

Kat sebelah kereta kancil ini ada sebuah kereta gen 2 kaler kuning. Yang nih lagi gempak coz anak2 owner kereta tu wat show shuffle diiringi lagu2 ala2 disco. Boleh tahan budak kecik nih, ayah dia mcm dh latih budak2 ni coz nampak selamba jer. orang ramai mula kerumun bila dua beradik ni menari, baru ada tarikan.

Ini di antara sound system kegemaran Juice. Cantik dan gempak, siap ada trofi lagi maknanya sound system dier penah menang kat mana2 pertandingan. Lukisan kat tepi2 bonet tu agak 18sx tapi tak terlalu ketara. orang lebih tertumpu pada speaker daripada gambar. Yang penting patung2 pada speaker tu membuatkan sound system dier nampak comel.

Yang ini plak kereta myvi kaler merah ber theme kan mickey mouse. Juice tercari2 jugak kot2 ada kereta theme hello kitty, tapi tak adalah. Tahun depan Juice join audio show theme hk. Ok tak? Sure gempak...
Lampu2 pada sound system merah, ceria dan berkelip2, sesuai ngan theme mickey mouse. Kat tengah2 tu ada mcm tv tau. Selalu orang taruk tv kat dashboard atau kat penghadang matahari tu, tapi untuk audio show diorang taruk kat bonet tau. Kalau dah letak sound system camni nampak gayanya tak bolehlah balik kampung. Satu bonet penuh ngan speaker, alahai tak bolehlah sumbat durian banyak2.

Kat Kuala Lumpur orang duk sibuk buat konsert, berkumpul, tengok bunga api dan nyanyi ramai2. Tapi kat kuantan ada audio show yang happening. Duk kuantan lagi syok...

Semoga tahun 2010 akan mewarnai hidup kita semua. Tak payahlah nak berazam cam zaman sekolah dulu, bukan semua tercapai pun. Yang penting kita corak sejarah baru dan bina tamadun kita sendiri tanpa diganggu oleh azam yang kadang2 kita pun tak pasti boleh capai ke tak.

SELAMAT TAHUN BARU!!!!