Ahad, Jun 06, 2010

Apa citer Juice???

Lame giler tak update entri, rasa dah tak reti nak bercerita kat sini. Kalau diikutkan setiap minggu Juice online tapi just layan facebook langsung tak ambil port pasal blog.

Hari ini terasa rindu plak nak aktif semula.Juice sangat bosan sekarang ni sebab kedai Juice terpaksa ditutup, erm kena serbu dengan pihak kesihatan. Lantai di belakang kedai agak berlumut sikit, ala kedai lama biasala. Pihak kesihatan suruh simen baru dan cat kedai supaya kelihatan baru. Aduh leceh betullah, sekarang ni musim cuti sekolah agak rugilah bila kedai ditutup tetapi tak apa Juice fikir takder rezekilah tu...



Selain bosan Juice jugak agak berserabut dan berdebar2. Yelah hari bahagia bakal menjelma ( ayat drama kuar dah). Lagi 4 bulan Juice akan berkahwin ngan my lovely Bee. Masalahnya Juice belum buat preparation pun lagi, yang ada just 4 kotak bunga telur sebagai permulaan. Sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana. Baju kahwin belum beli lagi, ingat nak shopping kat masjid india je, taknaklah sewa sebab Juice nak simpan baju kahwin as my sentimental value. Apa lagi? erm canderamata, pelamin, jurufoto dan semualah...ish macam banyak je keje nanti. Lagi memeningkan kepala Juice risau kalau2 semua tu terpaksa Juice uruskan sendiri. Memang ada sedara mara tapi tak rapat cam orang lain. Dahlah lupakan jela...

Sekarang ni mak Juice ada kat hospital, mak Juice kan ada macam2 penyakit. Latest news kaki mak yang sebelah lagi terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa mak. Even abah berkeras tak kasi tapi doktor beri pilihan pada abah sama ada sayangkan kaki mak atau nyawa mak. Juice hanya mampu berdoa agar mak sentiasa selamat.


Oleh kerana dah lama tak bersenang lenang camni, Juice pergi memancing semalam ngan bakal mak mertua dan Bee kat explanade kuantan. Punyalah rmai orang kat situ terutamanya mat rempit. nak memancing pun semacam bingit telinga. Sebab tu tak dapat ikan, ikan pun tension dengar bunyi bising sangat. Yang syoknya mat rempit tu excident hehehe kelakar tul bila mat rempit tu lari tinggal moto dia..malu siot jatuh moto yelah mula2 tunjuk hebat kat orang last2 jatuh depan orang ramai...kahkahkah

Mase ni Bee tension tali pancing dia putus, mancing kat area kapal karam dekpon mahu tak putus. Kalau nak tahu kat tepi benteng dulu ada sebuah kapal besar tau, sempat jgk jadi restoran tapi kapal tu dah karam.

Bee betul2 degil tau, dah suruh berenti merokok. Aritu Bee muntah2 dan sakit dada masa tengah kerja kat gebeng. Bos dia hantar balik ofis terus. Risau jugak Juice, terus bawak gi klinik. Doktor cakap dalam badan Bee banyak angin dan kuat sangat merokok sebab tu sakit dada. Juice sendiri dah tak tahu camner nak nasihat heavy smoker macam Bee nih...

Saje jek nak selitkan budak2 ni, dah besar anak buah Juice. Bila tengok diorang ni membesar depan mata, membuatkan Juice teringin nak ada anak sendiri. Juice rasa sunyi dan bosan duk seorang diri. adakah itu tanda Juice dah mula bersedia untuk ada komitmen? mungkin jugak..

Apa2 pun doakan juice bahagia ngan Bee, harap kebahagiaan yang Juice rasakan sekarang ni kekal dan Juice yakin ngan sepenuh hati yang Bee betul2 jodoh Juice dan lelaki yang terbaik untuk jaga Juice. Bukan senang nak jumpa soulmate, tapi juice yakin bee lah soulmate Juice...