Rabu, Julai 20, 2011

Preggy Woman


Sejak berbadan dua ni Juice selalu kurang sihat.
Badan sekarang cepat letih dan kerap rasa mengantuk.
Paling teruk Juice jadi malas, tak ada mood nak masak, mengemas, basuh baju, jemur baju...
nasib baik kadang2 hubby yang tolong buatkan kerja rumah, love u babe.

Dulu Juice selalu terfikir kenapa lah pompuan mengandung ni suka sangat muntah, makan sikit muntah minum sikit muntah dah rasa macam leceh sangat.
Ha sekarang dah kena kat batang hidung sendiri, minum air masak pun boleh loya tekak. Kadang2 tu kalau tido salah posisi boleh juga rasa bergelora perut ni dan mula lah bwek bwek tengah malam.
Harap2 tak lama rasa mabuk ni, banyak kerja jadi tertangguh. Rumah mak mertua pun dah lama tak pergi, kalau singgah pun sekejap jek.

Paling kelakar bila Juice naik moto dengan hubby, kepala Juice cepat pening pastu Juice bwek bwek atas moto. Malu juga bila orang bawa moto kat sebelah tengok2 jek. Namun semua tu pengalaman yang berharga, Juice terima dan tidak akan sekali merungut.

Moga semuanya selamat, harap dengan kehadiran baby ni menguatkan lagi cinta kami berdua.

Ahad, Julai 10, 2011

Parasit

Pernah tak dalam famili korang sometimes ada yang macam busuk hati dan suka ambik kesempatan atas kebaikan kita?

Maybe kita ni terlalu susah nak tolak permntaan hingga kadang2 melukakan hati sendiri. Dan bila kita dah jumpa satu alasan untuk keluar dari situasi tu sure cepat2 kita ambik dan blah...

Apa maksudnya???

Hampir 3 tahun Juice menjadi babysitter anak kakak Juice, bila dah jadi babysitter nih banyak menda yang kita tak boleh nak buat. I mean tak ada kebebasan, untuk diri sendiri. Dalam hati ni Juice memang nak sangat bekerja dan ada kerjaya tapi sebab rasa kasihan dan rasa hormat Juice lupakan niat tu, so Juice dah bazirkan 3 tahun zaman enjoy Juice. Tapi semakin banyak kita berkorban pernah tak orang tu nampak dan lihat dengan mata hati. Still kita disalahkan...konon malas keje tapi siapa yang sibuk merayu plez jangan ar keje sape nak jaga anak aku...

Kakak juice pernah ucapkan pada Juice

"mu xyah kahwin ar, mu jaga anak aku!"

Dan Juice yang memang kadang2 memberontak dan cuba mencari alasan untuk keluar dari belenggu ini.
Mungkin doa Juice termakbul dan tuhan temukan Juice dengan Hubby.
Dengan adanya dia Juice dapat kekuatan untuk melawan kehendak kakak Juice yang selalu anggap Juice macam maid ( hanya kerana dia bekerja dan ada duit dia ingat dia besar dari semua org )

Juice tak nafikan semenjak couple dengan hubby Juice dah stop jaga anak dia dan mula ber dating. Juice tahu dia perasan Juice dah berubah dan tak dengar cakap dia seperti dulu lagi. Juice memang dah lama nak jauhkan diri dari dia, cuma dia rasa Juice dah berubah.

Siapa boleh tahan bila kita ni dianggap cam robot dan Juice kadang2 rasa macam second husband kakak Juice. Sure lah maksud Juice laki dia duduk goyang kaki tengok orang lain tunaikan tanggungjawab dia...

Dengan alasan tak pandai driving, bila nak ke mana2 Juice yang kena hantarkan.

Bila kakak Juice nak ke mall, tak pernah laki dia yang hantar. Itu satu hal, bila time beli barang kakak Juice sibuk lah usha2 pelbagai tapi Juice standing kat luar kedai sambil jaga troli dan anak dia. juice tengok kalau orang lain laki masing2 yang buat camtu. Paling xleh terima time shopping raya. Memang laki dia ikut sekali tapi suruh juice jaga anak dia dan dia pergi beli barang sorang2. Yela kakak boleh ar membeli sakan, yang Juice duk dukung anak ni boleh beli ape??

Bab kakak mengandung anak kedua...

Juice orang paling sibuk...
bersekang mata dengan sepupu duduk berdua kat luar bilik bersalin dari 10 malam hingga 3pagi. Laki dia ada mane??? membuta kat rumah...

Dari daftar masuk wad, sampai kuar hospital semua Juice yang uruskan dengan abang. Laki dia watpe?? jalan2 senang lenang kat restoran sup kampung...plus tebuni pun abang Juice yang basuh dan tanam.

Pas kuar hospital plak...baby dia kena plak sakit kuning..Juice ngan hubby yang susah payah keliling kampung cari susu kambing..laki dia watpe??? lepak2 dengan member keje, kadang2 je balik tengok anak...

Itu belum termasuk hantar kakak gi klinik, gi hospital gi beli tu gi beli nih..laki dia watpe??? ish kan ada orang gaji, duk senang lenang lah...

Mase bersalin anak ketiga Juice gaduh dengan dia..Ya Allah amannya dunia Juice, bebas macam burung dah terlepas. Tapi adik bongsu Juice plak jadi mangsa uruskan hal beranak dia, tebuni adik yang basuh dan tanam. Laki dia watpe??? erm Allah jer yang tahu ada hati perut ke tak.

For god sake!! kenapa kakak Juice still sayang kat laki camtu? setakat bagi nafkah batin apa lagi tanggungjawab yang dia tunaikan??? hal2 buruk pasal laki dia berlambak2 Juice tahu tapi juice malas nak cite sebab tahu perangai laki dia yang suka menyorok belakang bini, paling2 kuat bila mengadu kakak Juice yang mengamuk sakan macam orang meroyan, laki dia gelak2 je kat belakang bukan dia tahu. yang bagitau Juice pun bukan orang lain juga tapi yang rapat dengan kakak Juice cuma dia tak berani nak bagitau ke kakak sebab laki dia dah sound jangan masuk campur urusan dia.

Satu hal lagi bila Juice dah tak keje kat kedai makan abah Juice...makin menjadi2 perangai koya nak jadi tokei laki kakak Juice. Memang lah modal guna duit dia, tapi kakak tak penah bayar sewa tanah abah Juice. Kalau nak tolak tambah kira berhutang belas2 ribu dengan abah. Abah nak kahwin lain pun tak ada duit ks kakak Juice kuat sangat control duit. Ish akhirat esok tanggung ar ko makan duit orang tua.

Pasal laki dia..kan dah jadi tokei so berenti kerja ar duk rumah goyang kaki..kakak Juice yang teruk uruskan kedai.

Pesanan untuk JALI (malang kakak aku dapat laki cam dia)

Mase kat dunia boleh ar ko bangga dengan harta orang harta keluarga aku. Akhirat esok ko tanggung dosa sebab ko banyak berdosa dengan arwah mak aku dan abah aku. Kalu ko betul2 jantan cuba ko bawak kakak aku duduk sendiri dan berdiri atas tapak kaki sendiri bukan atas tapak kaki keluarga aku. Sedornya tanpa keluarga aku ko duk merempat kat thailand. Ko bukan orang senang pun kat sana, mak2 sedara ko yang senang bukan ko. Kalu ko jantan ko cuba cari kerja kat kedai lain ada ke nak bagi gaji macam yang abah aku bagi??? aku nak tengok...

Kalau lah kakak aku tahu betapa busuknya mulut ko, suka mengata orang ( mulut lembik ) mesti kakok aku terkejut. Ko ingat budak2 Santai suka sangat ke ko?? belakang tengok ko cebik mulut tahu tak. Budak2 sup kampung, gelas besar dan dekat2 situ ramai tak suke ke ko sebab ko berlagok. Orang lain jadi tokei dari kedai kecik sampai jadi besar tu baru betul2 tokei...hey orang duk gelokkan ko kat belakang.

Kalau lah kakak aku tahu kenapa Ellyda tak penah sayang ke ko. sebab ko tunai tak tanggungjawab ko sebagai seorang ayah??? silap2 ijad patut jadi ayah Ellyda sebab Ijad lagi cakna ke anak2 ko.

Pada kakak aku yang buta hati...

Duit yang ada mu gi ar buat ibadah, sedekah ke masjid je wat haji ke baru terang sikit hati tu dan nampak muka laki mu yang sebenar...

Sampai mati aku ingat mu kata ke Faizal dan mu kena sedor Faizal lagi banyak berjasa pada mu pada anak2 mu dari JALI...mu fikir ar sendiri...dan selagi Jali jadi laki mu jangan harap aku nak baik dengan mu...aku tahu mu kate ke aku hidup susah xde duit tapi ingat tuhan tu ada dan kita bukan duduk atas sokmo lama2 bila kite terlampau sombong kita akan jatuh dan aku nak tengok masa mu jatuh Jali sambut tak mu.

akan tiba satu hari nanti mu hidup susah sesusahnya dan jangan harap aku akan tolong.

Dan aku sumpah Jali susah nak mati selagi dia tak mintok maaf dengan aku...mu tengok!!!

Selagi aku boleh sabar tengok mu buat abah aku macam kuli, xpe. bila dah melampaui batas jangan ingat aku nak duduk saje dan tengok...

Akan tiba pembalasan pada korang dan masa tu mu mintak maaf pun dah tak guna.


Jumaat, Julai 01, 2011

Baby Juice



Assalamualaikum semua...

Juice dan hubby sekarang dalam keadaan yang sangat gembira dan teruja menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami...
Dah 8 bulan kami kahwin dan akhirnya terhasil juga benih cinta kami...

Pada mulanya Juice dah semacam give up, mana taknya dah 6 kali buat pregnant test hasilnya selalu negatif. Tak termasuk 3 kali Juice buat ujian di klinik. Mana tak risau, period dah 2 bulan tak datang, hari2 muntah sampai tegang urat perut. Hari2 letih sampai rumah pun tak terurus, bila buat ujian semuanya negatif.


Akhirnya Juice buat keputusan untuk test lagi, alhamdulilah keputusannya positif walaupun garisan tu agak kabur. Esoknya Juice ke klinik Al-Amin yang berdekatan dengan Masjid Besar Kuantan. Doktor kata kena scan untuk pastikan usia kandungan, tapi bila scan doktor cakap kantung masih kecil dan tak nampak lagi so doktor set time semula dan suruh datang ke klinik 5hb ogos nanti...

Sebelum ni Juice dah tempah baju raya, harap2 perut tak besar lagi masa hari raya yela kan takut baju tak muat...

Lama Juice tak berborak di sini, terasa cam nak macam dulu2. Ramai kenal kawan cyber melalui blog. Tapi sekarang susah sikit nak update, maybe sebab kesihatan yang tak menentu. Padahal masa Juice banyak dihabiskan di rumah, maybe sebab itu kot Juice tak ada idea nak update...

Juice selalu terfikir cam mana kalau Juice dapat baby kembar?? Gen kembar memang ada dalam family hubby. Ayah kandung hubby adalah kembar, bila dia berkahwin lain dia dapat 2 pasang kembar. So ada kemungkinan tak Juice akan dapat baby kembar juga? Kalau dah ditakdirkan Juice terima dengan penuh kesyukuran, cuma rasa cam sedikit takut bila fikirkan cabaran menjaga baby kembar. Yela kite ni sorang nak handle 2 baby dalam satu masa yang sama, dahla baby sulung. Juice serahkan semuanya pada takdir...

Juice harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar sepertimana ibu2 mengandung yang lain. Harap2 tiada komplikasi atau masalah dengan kandungan. Yang penting Juice akan sedaya upaya menjaga kandungan agar sentiasa sihat dan lahir dengan sempurna.

Doakan semuanya selamat ye...
Tak lama lagi Juicysweetyfun akan dapat Juicysweetybaby!!!