Isnin, Februari 28, 2011

Reunion x POLISAS Batch 01/04

Hello semua
Juice sangat teruja untuk bercerita di sini. Sabtu baru2 ini kawan Juice iaitu Iesz mengadakan reunion student ex POLISAS cos Diploma Kejuruteraan Awam. Wah sangat teruja berjumpa dengan kawan2 lama.


Kalau nak tahu kami ni dari dulu sampai sekarang memang kecoh dan bising hahaha. Selalu datang kuliah dengan happy mode, kalau ada pun sorang dua jela yang emo terlebih. Dulu ada juga lecturer yang kurang senang dengan kebisingan kami, nampak cam k
ami ni galak hahaha. Biarlah kami tak kisah pun.

Tapi sekarang walaupun masing2 sudah berusia (umur dirahsiakan) namun perangai gila2 still menjadi2. Yang penting kami maintain muda. Macam2 ragam malam tu, ada yang tengah pregnant, tengah layan anak2, layan hubby masing2. Kecuali hubby Juice, dia menghadiri
majlis tahlil malam tu so tidak dapat turut serta. Layan gosip dan topik paling hangat lebih tertumpu pada kawan2 yang belum kahwin. Yang bestnya Juice bergalak macam still bujang jek, nasib baik hubby tak ikut.

Sementara tunggu ayam bbq masak, kawan Juice ni tanya. Macam mana lah nanti kalau buat reunion bila dah tua nanti. Juice buat aksi bongkok, kawan Juice pegang pinggan konon2 tegak lagi, ada yang tutup mulut konon2 dah tak ada gigi...haha sangat tak baikkan.

Walaupun ramai lagi yang tak datang malam tu still happening dan meriah. Tapi Juice rindu dengan kawan2 lain macam bestfriend Juice, Zahrul, Bulat dan Hanim. Diorang tak dapat datang sebab masalah kerja yang berlambak last minute.

Lastly untuk menghargai kawan2 yang datang dari jauh Juice telah menapak ke ECM untuk mencari souvenir sebagai kenangan. Erm entah nak beli apa, kalau ikutkan Juice sukakan cutesy stuff tapi diorang ni kan dah beranak pinak so mestila berciri matang sikit. Ish susahlah nak cari, senang kawan Juice belikan bear mug ni, pastu beli paperbag yang supercute dan isi dengan jajan dan coklat.

Hope this friendship will last forever. Walau jauh hubungan tetap akrab. Sekarang Juice tengah tersenyum2 kenangkan zaman study kat POLISAS dulu. Ish nakal, gurau sepanjang masa, gelak sampai berair mata dan paling seronok bila ada kuliah di bengkel hidro atau makmal tanah, kami bersembang sepanjang jalan riuh macam tak ada orang kat Poli tu.

kalau cerita kat sini memang tak habislah...
So pada blogger yang masih study hargailah saat terindah ini...
Bila tiba masa untuk bercerita pada anak2 kita nanti sure senyuman sampai ke telinga...

Selasa, Februari 15, 2011

Hadiah Dari Suami


Juice ta
hu di Malaysia sambutan Valentine Day dah diharamkan, so bila dapat hadiah harini terasa lain macam. Juice berfikiran positif dan anggap kita boleh juga sambut menda lain kan selain hari kekasih.

Juice dikejutkan dengan surprise gift oleh hubby tercinta.

I Love You

Time tu Juice tengah ber online, tibe2 hubby letak fake flower with teddy bear atas meja. Wah sangat terkejut sebab tak sangka, then rasa was2 mula timbul. but Juice berfikiran positif dan anggap pemberian hadiah ini sebagai simbol menyambut Maulidur Rasul dan sempena bulan ke4 perkahwinan Juice. Tak salah kan

Sudah lama rasanya Juice tak dapat hadiah dari hubby, erm tahun lepas masa birthday Juice hubby beri music globe

Terus terang Juice katakan hubby bukanlah seorang yang sangat romantik, tetapi dia mempunyai cara romantiknya yang tersendiri. Maybe kalau orang lain yang tak biasa akan rasakan hubby ni macam garang. Paling Juice suka dia suka buat kejutan, tak kiralah dalam apa situasi sekalipun. Kadang2 nak kemana2 pun tak beritahu, sedar2 dah sampai tempat yang best. Satu lagi kalau bab beli barang, pantang Juice cakap cantik. Bila Juice ke kedai lain mesti dia suruh tunggu sekejap. Bila hubby datang balik di tangan mesti ada barang yang Juice cakap cantik tadi, itu salah satu kejutan cara hubby tersayang Juice ni. Full of surprise.


Inilah bunga palsu yang Juice maksudkan, tak tahu nak guna istilah apa. Bouquet of teddy bear sound funny lah. Walau dapat yang fake, Juice happy sangat. Kalau beri yang real flower sure tak tahan lama, bila dah layu yang tinggal cuma plastik saja. Yang fake camni tahan lama boleh simpan sampai2 bila2.
Masa Juice pegang hadiah
itu Juice dah boleh agak apa. Sudah tentu yang menjadi kesukaan Juice dari zaman budak2 sampai sekarang. Each month mesti wajib ada yang besar punya, sebab tu Juice makin montel.


Senang nak agakkan bila goncang hadiah tu dah kuar bunyi tin, so Juice tahu isi dalamnya sure coklat kegemaran Juice. Plastik pun belum buka lagi, tak tahu kenapa rasa sayang sangat nak makan. Maybe sebab hubby beri dengan cara yang istimewa rasa cam nak simpan jek buat kenangan. Tetapi tak mungkin, kenangan cuma tin saja.

Okey Juice sangat happy hari ini, nak tido dan peluk hubby
sepanjang malam sensor.
have a very nice night dear...


Isnin, Februari 14, 2011

Lelaki Robot

Pernah tak terdetik di hati kita kadang2 lelaki ni macam robot. i mean bukan tak ada perasaan, kehidupan seperti robot.
Sebagai contoh, jadual harian hubbyJuice.

Setiap hari bangun seawal 6 pagi, after that go to work.
Balik dari kerja pal
ing awal 3 ptg, paling lewat 8 malam ( rajin overtime).
Itu jadu
al setiap hari tanpa cuti.

Jadual untuk semala
m.
Cuti sebab Hubby
terlibat dalam tournament futsal.
Bangun 6.30 pg, 7pg bertolak ke dewan dekat area Kg Tiram.
Bermula dari jam 10pg selepas ta
klimat dan senaman ringkas barulah perlawanan bermula.
Okey perlawanan bermul
a tanpa henti hingga rehat jam 2ptg dan bersambung jam 2.30ptg.
Bermain tanpa henti lagi sehing
ga layak ke pusingan separuh akhir.
Jam 4ptg baru sampai ke rumah dan berehat.

Apa motif Juice bagi jadual pelbagai ni?
Juice cuma nak tahu, Hubby
Juice ni tak penat ke?
Kerja sepanjang Februari
ni hanya cuti pada Tahun Baru Cina dan after that non stop, balik lewat sampai kul 8 malam.
Okey kerja dia memang memenatkan, dari cara dia bercerita dan luahkan Juice dapat rasa dia m
emang sangat penat.

So akhirnya semalam dapat cuti, tapi b
erpenat lelah tanpa rehat.
Sekarang ni Juice tengok dia tengah tidur dengan lena.
Oh
penat rupanya...
Lelaki ni dh macam robot jek, tak tahu erti penat. tak reti duduk diam2 kat rumah.

Juice kalau boleh lebih suka spend ti
me kat rumah dengan Hubby. Tapi Hubby Juice jenis suka berkawan, bila kawan2 ajak ke mana2 susah untuk dia menolak. Pakcik2pun bleh jadi kawan baik dia. Hubby Juice jenis suka ikut kehendak orang tua atau dalam loghat terengganu "ikut erel".Kadang2 Juice pelik kesian bila hubby Juice kepenatan, lenguh2 sana sini. Yelah penat kerja tak hilang lagi kan.

Persoalannya
lelaki ni macam robot kan, penat macam mana pun masih juga tak mahu rehat. Urat sendi semua dah lenguh, bengkak sana bengkak sini tapi still aktif ke sana ke mari. Alahai lelaki...

Kadang2 kita yang perempuan ni jer lebih, tuan badan relax jer. Sebab tu Juice anggap lelaki ni robot
.