Rabu, November 14, 2012

Bantal Lagi

Assalamualaikum...

Juice nek bercerita tentang tempahan bantal untuk minggu ini.
Alhamdullilah empunya bantal sangat berpuas hati dan suka dengan hasil tangan Juice. 
Kawan Juice masa seklah dulu tempah bantal untuk dijadikan hadiah harijadi anak buah dia.
So Juice gunakan tema kek, bukan sebiji kek tapi sepotong kek ngan lilin aje.

 
Simple but sweet... 
ini first time Juice buat bantal tulisan depan dan belakang.
Nak selitkan happy birthday kat cover depan tak muat plak sebab nama empunya mak ooii panjang bebenor.
kakak Juce ada cakap, harga yang Juice letak murah sangat.
Tapi Juice bagi harga member2 je ni, yang lain2 ikut saizlah...

yang oren ni plak tempahan dari mak sedara.
Katanya nak letak atas kerusi so dia request bantal yang panjang dengan sederhana lebar.
Untuk mengelakkan bantal nampak kosong, Juice buat rumah tu besar sikit siap ada taman bunga.

Harap2 yang menempah sukalah dengan bantal yang sweet ni.
Rasa nak buat untuk diri sendirilah, nak letak kat kepala katil...
Sweet Bed..


Salam Awal Muharram...
 

Selasa, November 06, 2012

Sebelum Cuti Sekolah

Nak borak pasal apa ye?
Haaa pasal mata ni tak cukup tido...
Seminggu dua ni Juice sibuk menjahit felt keychain dan hp strap dan juga sebiji bantal.
Alhamdullilah rezeki sebelum penutup sekolah.
Sepupu hubby sudi menjual item2 Juice kat sekolah dia, bolah tahan juga tempahan yang diterima.
Sekarang ni pun Juice sedang siapkan beberapa lagi item dan dua biji bantal.




 Cute mouse ini item yang paling hot, walaupun nak jahit mouse ni mengambil masa yang lama dan agak leceh tapi bila dah siap Juice sangat happy sebab comel kan. 


Sekarang kan angry bird warna pink tengah hot, so ada sesorang nak tempah bantal bertemakan angry bird. Juice cuba gunakan angry bird pink dan hasilnya agak memuaskan dan yang penting sangat comel.



Yang ini plak pencil box yang pertama Juice cuba hasilkan, agak simple tapi nice. Juice harap si fatin ni sukalah...

Juice sangat suka ngan cupcakes ni, mak sedara hubby yang tempah katanya nak buat hiasan atas meja. Berjam2 Juice nak siapkan sebiji kek ni, walaupun harga yang diminta cam agak tak berbaloi tapi tak apalah kira harga sedara mara.

Honestly, bila Juice siap packing hp strap ni Juice rasa happy dan puas hati.
Juice si penerima item2 ni happy juga sebagaimana yang Juice rasakan.

Actually juice mengantuk ni, sebab tu taip entry dengan laju dan ringkas aje.
Pada yang nak tengok hasil kraftangan Juice boleh lah ke page rasmi Juice

Gudnite sweety...


 

Rabu, Oktober 03, 2012

Theme Pillow

Dalam minggu ni ada dua orang request pillow yang ada theme.
Agak mencabar juga sebab Juice perlu cari material untuk memenuhi theme yang dikehendaki.

  
First sepupu hubby juice request pillow bertemakan Doraemon. Susah juga nak buat Doraemon ni, pening kepala dibuatnya. Tapi bila dah ditampal pada pillow, Alhamdullilah agak menjadi juga lah Doraemon nya...
Oleh sebab tuan punya nama suka makan aiskrim so Juice tambahkan aiskrin tu sebagai penyeri.



Yang kedua Juice buat pillow bertemakan skuter yang ditempah oleh sepupu Juice. At first dia tak ada pun minta apa2 theme cume Juice fikir elok letak tema motosikal sebab dia suka ngepong ngan pakwe dia hehehe...
Nak buat ex5 tapi tak pandailah so skuter ajelah.
 Simple but sweet. 

Pillow yang diorang request dah siap, Juice plak dah tak ada apa nak buat so Juice decide buat beberapa sample keychain dan hp strap.Budak2 sekolah sure suka keychain camni. 
Juice just buat sample jek dulu, bila ada yang nak Juice buatkan yang baru.





Malam semalam Juice dah siapkan hand bouquet berwarna merah. Cuma Juice belum mahir buat ribbon, so tengah belajarlah ni.
bila dah siap nampak cantik dan sure berseri bila dipegang pengantin nanti. 
Juice tengok orang lain buat lagi cantik, maybe sebab diorang ada material yang cantik2. Juice just buat simple jek yela bukan untuk dijual terus tapi sample je dulu. Dah ada orang nak baru juice buat yang baru mengikut warna yang di request kan nanti.

That's all for now, sekarang ni Juice nak buat tirai lah. Untuk bilik Juice, cantik juga kalau ada tirai felt.

Have a nice day...

Khamis, September 27, 2012

Pinky Pinky Pillow

Semalam Juice agak sibuk ke sana ke mari shopping craft supply.
First Juice ke Kamdar, borong fabric untuk buat pillow sebab ada somebody yang sudi tempah pillow dari Juice. Cabaran paling besar untuk buat pillow ini adalah membuat lakaran Doraemon. Pandailah sangat Juice ni melukis kan.

Niat di hati nak cari fabric yang plain tanpa motif, tengah membelek Juice terambil sehelai fabric yang ada printed Hello Kitty.
Wahhh berbunga terus hati ni pastu cakap kat hubby, 'ayang nak buat bantal untuk ayang lah guna kain ni'.
Pastu hubby cakap ok ambik jela kain tu.

Sebagai permulaan Juice cuma ambil 2 warna saja, bila permintaan dah ada baru restock warna baru.



Tadaaaa....my new pillow.
Fabric sangat lembut.
Bertambah cun bila dah jadi pillow. 
Fabric ini hanya untuk kegunaan peribadi sahaja sebab ada 1 meter aje tapi kalau ada sesiapa yang nak juga kena up sikitlah harga.

Malamnya Juice ke Payles beli stationary.
Berjam2 Juice kat Payles, dah lama sangat tak ke sana. Item wajib yang Juice beli semestinya notebook yang comel. Juice ada banyak note book, yanng tak pernah guna pun ada tapi Juice suka simpan notebook comel2.


 Selepas ke Payles Juice ke Batu 12, ke rumah Yana Craft ambil felt supply yang Juice order. Sian kat k.Yana, baru je sampai rumah dah kena layan Juice pilih warna felt. Bila tengok felt yang banyak Juice jadi blur...alamak nak pilih warna apa ni? Rambang mata dibuatnya. Rasa cam pening jap tengok warna.
Banyak juga Juice beli, 2keping felt 1/4meter dan 44keping saiz 22x25.



Selain felt Juice beli button.Juice suka button kat k.yana sebab button yang k.yana jual sangat comel dan yang penting murah. Juice lebih suka beli mix botton yang k.yana tawarkan. Satu paket ada 83pcs dan 72pcs, senang tak payah beli satu2.

So malam tadi Juice cuba menggubah hand bouquet. Alhamdullilah menjadi juga, just ada  lagi few finishing touch.

Keylah..Juice nak siapkan pillow yang anak sedara nak. Malam tadi dia excited gila tengok fabric hello kitty  dan sibuk2 nak juga. Sian plak kan tapi dalam hati ni rasa cam kedekut je nak bagi hehehe...

Have A Good day!!!

Selasa, September 25, 2012

Blooming Flower



Bunga untuk projek baru...
Dah hujung tahun camni ramai gadis2 luar sana nak bertunang lah nak kawih lah.
So Juice ambil kesempatan untuk promosi hasil buah tangan Juice.
Juice sasarkan pada orang dekat2 sini aje, cam orang peramu dan tanjung lumpur.
Kembangkan bisnes kat kampung dulu pastu baru bergerak ke bandar.

Lagipun juice tengah berusaha hasilkan sample2 dulu.
Bila ada yang berminat barulah Juice buat yang baru.