Berputiknya cinta yang paling membahagiakan dalam hidup Juice bermula tahun 2008. Juice mengenali blog bermula tahun 2008. Akhirnya Juice dapat keja bermula tahun 2008.
Sebenarnya banyak lagi tapi cam lari dari tajuk plak kan. Hari ni Juice nak citer pasal jalan2 cari makan kat Thailand.
Dalam hidup Juice ni first time Juice jupe makanan pelik ( paling utama cendawan lucah tersebut). Apa yang pelik? kat thailand ni diorang breakfast ke lunch ke dinner ke mesti makan menda yang sama iaitu nasi berlauk. Lauk diorang sama cam menu kedai2 tomyam, contohnya sup daging yang agak masam, daging masak merah, ulam timun dan sambal belacan, paprik dan sudah tentu tomyam.
Ok ada satu makanan ni agak pelik, nasi kerabu dimakan dengan mihun berwarna oren. Nasi berwarna biru ada sambal kelapa ada budu tapi diorang akan makan dengan cara mengaul semua tu bersama mihun warna oren. Rasa memang agak pelik, setiap kali makan mesti tak penah habis makan pun sekadar ambik hati je.
Inilah breakfast, lunch dan dinner Juice sepanjang berada di Thailand. Juice melawat masa raya haji so semua lauk mesti daging, naik bosan pun ada tapi tak baik kan bosan dengan rezeki.
Bila berada di Pattani macam2 pilihan ada. Yang paling Juice suka adalah makanan yang dicucuk dengan lidi ni, kalau kat malaysia menda ni dipanggil steambot dan ia direbus tapi di Thailand menda ni dibakar atau dipanggang. Juice paling suka sosej yang berwarna coklat cerah tu coz kat dalam sosej tu ada nasi masam, walaupun agak masam tapi rasanya sangat sedap. Juice pernah kirim kat budak2 Thailand belikan sosej tu, ia tak sedap digoreng tapi dipanggang dalam oven.
Yang paling menarik minat Juice ialah bebola ikan berbentuk kucing ni, Ellyda mesti makan dengan banyak coz its fun to eat. Juice plak suka makan tauhu panggang, wah tauhu sangat lembut dan tak puas di makan. Rasa nak makan lagi jom kita ke Thailand sekarang.
Sebelah petang Juice ajak kak ja makan di tempat yang pernah Juice pergi tahun lepas, Juice tak sure nama tempat tu cuma yang Juice tahu kat belakang ada sebut Sodek. Kat sini tempat favourite Juice coz kedai makan kat sini di tengah tasik, berlantaikan buluh dan duduk bersila. Paling famous kat sini ialah ayam bakar thai style, sistem mengodal makanan jugak agak unik coz pelayan akan beri kita menu dan pelanggan perlu menulis sendiri apa yang nak dimakan. Yang tengah tulis order tu sepupu hubby kak ja, dah menu semua dalam bahasa thailand so mesti bawa dia sebagai pengalihbahasa.
Petang tu kami order kerabu sotong bersama suhun, rasa kerabu ni masam dan pahit ntah apa diorang taruk. Ayam panggang, kailan ikan masin untuk ellyda ( tak masin pun rasanya agak manis), ikan siakap 3 rasa dan kerabu mangga. Satu lagi yang pelik kat thailand diorang tak ada air seperti teh, kopi, milo atau nescafe, yang ada cuma air mineral atau air bergas seperti air mirinda dan coke. Sangat tak best makan nasi sambil minum air gas coz perut rasa semacam.
Yey kami semua sudah kekenyangan, masa untuk membeli belah plak. Pas makan2 kami ke Big C, mall yang agak famous kat Pattani, mall ni cam Giant kat Kuantan jer cuma besar sikit. Kat Malaysia ada Giant kat Thailand ada Big C, knapa ek semua nama mall bercirikan besar?
Nanti Juice citer apa Juice beli kat Big C