Ahad, Januari 11, 2009

Jom Sihatkan Badan

Mari kita sihatkan badan. Selalunya Juice nie suka sangat makan tapi malas bersenam sebab tu badan pun chubby jer. Kawan2 Juice selalu cakap kalau kita terlampau obses nak kurus kita akan kehilangan salah satu nikmat hidup iaitu MAKAN m:

Honestly Juice tak pernah malu ngan rupa fizikal Juice coz semua itu adalah kurniaan tuhan. Erm kebanyakan pompuan luar sana semua nak kurus bukan kerana kesihatan sangat tapi lebih kepada nak mamikat lelaki...betul tak? kalau Juice salah sila bagitau Juice.

Masa zaman sekolah dulu kawan2 Juice yang perasan cantik selalu membangga diri konon2 diorang kurus ramai peminat. Walaupun ramai peminat tapi sangat malas nak belajar dan jadi sangat bodoh, pastu ada hati nak ngorat budak2 lelaki yang cerdik pandai.

Actually entry kali nie Juice nak citer pasal gi joging ngan Bee. Bee ada selection untuk pemain bola so kena ar sentiasa fit.

Bee ajak Juice gi joging kat Taman Gelora, port joging paling famous kat Kuantan. Bee ajak Juice joging tapi Juice sangat pemalas. So terpaksalah Bee la
ri sorang2.


Juice yang pemalas nie cuma duduk dan ambik gambar jer. Dahlah ramai yang lalu lalang kat tempat Juice duduk tu, erm memang agak malu sebenarnya lepak2 jer. Actually ramai jugak pompuan yang chuby2 datang joging kat sini, tapi Juice tak ambik port Juice teruskan misi mencuci mata sambil bertepuk tangan bagi Bee samangat. Merah padam muka Bee bila Juice tepuk tangan setiap kali dia lalu depan Juice m:


Sangat kesian tengok Bee berlari sorang2. Susah jugak ek jadi budak bola nie, badan kena selalu fit dan stamina perlu sentiasa ada. Juice selalu ikut Bee main futsal kan, Juice sangat takut tengok diorang bermain coz sangat ganas dan menyakitkan. Bee plak penjaga gol memang ngeri bila tengok Bee dirembat. Kalau stamina takder nak tangkap bola pun tak larat tau sebab tu Bee sangat rajin berjoging.


Lepas Bee dah penat joging, dia ajak Juice teman dia jalan2 kat sekitar Taman Gelora. Kalau jalan2 takper Juice boleh terima tapi kalau berlari memang Juice lari balik ke rumah m: Hampir 10 minit berjalan2 Bee tarik tangan Juice ajak gi tempat pijak batu. Adoi nilah yang paling Juice takut, Juice nie jenis tak tahan sakit so kena apa2 sikit jerit jer yang lebih. Bee plak ajak pijak batu2 kecil nie, Bee cakap kalau kaki kita sakit masa pijak batu nie mesti dalam badan kita banyak penyakit. Juice pun follow Bee dari belakang, adoi memang sakit gila 8 tapak kaki Juice. Juice tarik2 tangan Bee ajak balik, tak nak pijak lagi tapi Bee paksa jugak.



Batu nie sangat ajaib tau, masa mula2 pijak kaki terasa cam kena cucuk ngan jarum. Tapi pas 15 minit Juice rasa seronok plak coz tiba2 tapak kaki Juice seakan diurut. Badan jadi segar dan makin lama Juice jadi makin selesa. Maybe sebab pengaliran darah lancar badan pun terasa sangat segar. Lain kali kalau Bee datang lagi ke Taman Gelora, Juice nak pijak batu2 kat sini dan biarkan Bee joging sorang2.

6 ulasan:

Shira berkata...

eheheheh
rara tkut nak pijak batu tuuuu
tp kak juice kata best pulak.
nnt nak mencuba lh hikhik :P

psssttt bestnya berdating
rindu lah kat syafi :((((

♥ Teacher Nonoi ♥ berkata...

n0i penah gak jalan kat batu2 tu,tapi bila pijak je sakit la.trus tanak pijak dah HAHA
pas pijak tu tapak kaki rasa gatal2..
maybe sbb tak sihat kot =,="

JFC berkata...

rara dear...
mula2 memang sakit tau tapi dah lama sikit best jugak..

JFC berkata...

noi dear
klau pijak batu yang runcing memang sakit sangat coz tajam , tapi cuba pijak batu yang rata sikit memang best tau.

Unknown berkata...

haha... bagus btol tau juice nih... org laen ssh pyh exercise.... dia dok relax2 amek pic... hehe

♥ Teacher Nonoi ♥ berkata...

ada ke batu yg rata sikit?
nape n0i rasa cam suma batu2 tajam je -,-"
tiba2 n0i teringin nak lepak kat ECM la,juice.. berbanding ngn kat cni, brg2 kat kuantan lg murah.