Sabtu, Mac 12, 2011

Im Lucky



Entry kali ini Juice nak bercerita tentang bertuahnya seorang wanita apabila memiliki suami yang baik. Mungkinkah Juice salah seorang daripadanya

Juice bukanlah seorang yang peramah dan mudah berkawan. Ada yang kata Juice sombong, mak mertua Juice sendiri pernah beritahu hubb
y Juice yang kawan dia mengadu Juice ni sombong dengan dia. Hakikatnya Juice tak tahu pun dia tu kawan mak mertua Juice. Tak pandailah nak bermanis muka...

Juice juga pernah melalui episod duka yang masih menjadi titik hitam dalam hati Juice. Terlalu berat apabila titik hitam itu disebabkan oleh saudara sendiri. Yang telah mengubah hidup Juice 100%. Juice menjadi seorang pendendam dan membuang saudara
mara jauh2. Oleh kerana itu juga Juice menjadi seorang yang tidak suka bersosial, Juice tidak percaya dengan sesiapa pun, bagi Juice semua orang hanya tahu mengambil kesempatan dan menipu kita.

Tetapi itu dulu l
ah

Sekarang Juice sudah berubah dan menjadi lebih baik, semuanya jasa hubby kesayangan. Dia mengajar Juice yang semua orang tidak sama, mungkin nasib Juice kurang baik dulu sebab berjumpa dengan orang sebegitu. Hubby ajar Juice berkawan, luangkan masa teman dia main futsal, tengok bola kat stadium, tengok liga kuantan kat padang mpk, teman dia shopping, teman dia ambik angin tepi pantai dan paling penting ikut dia memancing. Pendek kata hubby Juice tak mahu Juice terperap dalam bilik mengadap playstation dan laptop sepanjang masa.

Hubby
sangat mengambil berat, cakap aje Juice nak apa akan ditunaikan jika mampu. Juice ni suka makan, cakap lah nak makan apa bila hubby keluar sure akan bawa balik apa yang Juice nak. Sangat ringan tulang, suka tolong juice kemas2 kat dapur, buangkan sampah, kadang2 abah suruh potong rumput sure hubby terus buat tanpa banyak dalih. Paling best hubby suka buat surprise.

Hubby bukan jenis yang suka tunjuk sayang dia depan orang, bagi hubby sayang2 tu privasi. Terhad untuk kami berdua sahaja, tak suka nak menunjuk2 apa yang kita ada pada orang.

Hubby
sangat melindungi, bila Juice kemana2 terasa sangat selamat bila dia ada disisi. Kalau tempat tu sesak semacam sure dia pegang tangan erat2. Begitu juga bila ada orang asing yang mendekati Juice, cepat2 dia datang dekat supaya orang itu lari ke lain.

Hidup lebih bermakna bila ada orang yang akan menjaga kita hingga ke hujung nyawa. Oleh itu Juice sangat bersyukur dan menghargai apa y
ang Juice perolehi hari ini.

Juice tak perlukan harta atau duit yang banyak cukuplah sekadar belum sampai tahap kebulur haha, Juice cuma perlukan kasih sayang sebanyak yang mungkin. Yes kadang
2 cinta pun perlukan duit, tapi tak semua perempuan boleh bahagia jika hubby tak ada di sisi dan kasih sayang menyepi.

So kepada semua isteri2 di luar sana, hargailah hubby anda. Even kita hidup sederhana tapi jika hidup penuh kasih sayang kitalah orang yang terkaya di dunia dan akhirat.



2 ulasan:

julietANNA berkata...

anna rasa macam nak kawen sekarang jugak kak juice, harapkan umur baru 20 je HAHAHA :P

JFC berkata...

muda lagi tu..enjoy dulu...nanti bile dh agak2 rase cam sunyi & bosan duk sorang2 br pk sal kawin...