Rabu, Disember 31, 2008

Makan - Makan Di Thailand

Tahun 2008 bakal meninggalkan kita, agaknya tahun 2008 yang penuh dengan kenangan terindah. Apa ek kenangan paling bermakna bagi Juice pada tahun 2008 ni?

Berputiknya cinta yang paling membahagiakan dalam hidup Juice bermula tahun 2008. Juice mengenali blog bermula tahun 2008. Akhirnya Juice dapat keja bermula tahun 2008.

Sebenarnya banyak lagi tapi cam lari dari tajuk plak kan. Hari ni Juice nak citer pasal jalan2 cari makan kat Thailand.

Dalam hidup Juice ni first time Juice jupe makanan pelik ( paling utama cendawan l
ucah tersebut). Apa yang pelik? kat thailand ni diorang breakfast ke lunch ke dinner ke mesti makan menda yang sama iaitu nasi berlauk. Lauk diorang sama cam menu kedai2 tomyam, contohnya sup daging yang agak masam, daging masak merah, ulam timun dan sambal belacan, paprik dan sudah tentu tomyam.

Ok ada satu makanan ni agak pelik, nasi kerabu dimakan dengan mihun berwarna oren. Nasi berwarna biru ada sambal kelapa ada budu tapi diorang akan makan dengan cara mengaul semua tu bersama mihun warna oren. Rasa memang agak pelik, setiap kali makan mesti tak penah habis makan pun sekadar ambik hati je.


Inilah breakfast, lunch dan dinner Juice sepanjang berada di Thailand. Juice melawat masa raya haji so semua lauk mesti daging, naik bosan pun ada tapi tak baik kan bosan dengan rezeki.


Bila berada di Pattani macam2 pilihan ada. Yang paling Juice suka adalah makanan yang dicucuk dengan lidi ni, kalau kat malaysia menda ni dipanggil steambot dan ia direbus tapi di Thailand menda ni dibakar atau dipanggang. Juice paling suka sosej yang berwarna coklat cerah tu coz kat dalam sosej tu ada nasi masam, walaupun agak masam tapi rasanya sangat sedap. Juice pernah kirim kat budak2 Thailand belikan sosej tu, ia tak sedap digoreng tapi dipanggang dalam oven.


Yang paling menarik minat Juice ialah bebola ikan berbentuk kucing ni, Ellyda mesti makan dengan banyak coz its fun to eat. Juice plak suka makan tauhu panggang, wah tauhu sangat lembut dan tak puas di makan. Rasa nak makan lagi jom kita ke Thailand sekarang.


Sebelah petang Juice ajak kak ja makan di tempat yang pernah Juice pergi tahun lepas, Juice tak sure nama tempat tu cuma yang Juice tahu kat belakang ada sebut Sodek. Kat sini tempat favourite Juice coz kedai makan kat sini di tengah tasik, berlantaikan buluh dan duduk bersila. Paling famous kat sini ialah ayam bakar thai style, sistem mengodal makanan jugak agak unik coz pelayan akan beri kita menu dan pelanggan perlu menulis sendiri apa yang nak dimakan. Yang tengah tulis order tu sepupu hubby kak ja, dah menu semua dalam bahasa thailand so mesti bawa dia sebagai pengalihbahasa.

Petang tu kami order kerabu sotong bersama suhun, rasa kerabu ni masam dan pahit ntah apa diorang taruk. Ayam panggang, kailan ikan masin untuk ellyda ( tak masin pun rasanya agak manis), ikan siakap 3 rasa dan kerabu mangga. Satu lagi yang peli
k kat thailand diorang tak ada air seperti teh, kopi, milo atau nescafe, yang ada cuma air mineral atau air bergas seperti air mirinda dan coke. Sangat tak best makan nasi sambil minum air gas coz perut rasa semacam.


Yey kami semua sudah kekenyangan, masa untuk membeli belah plak. Pas makan2 kami ke Big C, mall yang agak famous kat Pattani, mall ni cam Giant kat Kuantan jer cuma besar sikit. Kat Malaysia ada Giant kat Thailand ada Big C, knapa ek semua nama mall bercirikan besar?

Nanti Juice citer apa Juice beli kat Big C
m:

Sabtu, Disember 27, 2008

Memoir Of Thai

Hello sunshine...

Hari ini cuaca kat kuantan berubah-ubah secara comel, mula2
hujan turun dengan lebat pastu awan hitam dah kembali ringan dan mula beredar perlahan-lahan. Matahari pun dah tak terlindung lagi, sekarang cuaca sangat panas terik.

Juice nak citer pasal gi thailand aritu, tak habis lagi tau. Actually bila melawat thailand Juice sangat suka dengan hiasan town diorang coz banyak sangat gambar raja thailand. Yang paling Juice suka gambar raja thailand sedang pegang kamera, Juice dapat tahu raja thailand sangat suka10 mengambil gambar, tapi sayang sangat Juice dah tak jumpa dengan gambar tu tau.

Sila tengok kat duit thailand yang bernilai 1000bath @ rm100 nie, raja thailand hold da camera. Raja thailand sangat passionate dengan fotografi kan.

Wahh juice sangat suka dengan buah salak, nie pokok salak baka dari indonesia. Buah salak sedang berbuah dengan lebat, buah salak nie sangat manis dan tak kelat tau. Yang paling best diorang tanam pokok nie depan umah so bila rasa nak makan petik je.



Lepas dah puas makan buah salak, kakak ipar kak ja ajak kitaorang merentas hutan menuju ke bendang padi plak. Juice berasa sangat tenang bila berada di bendang, dengan padi yang sedang menghijau dan dikelilingi bukit yang indah. Tapi tengah syok layan perasaan tiba2 juice diserang nyamuk yang sangat besar dan banyak ( ceh potong stim tul )
Kak ja sibuk suh snap gambar dia, juice layan jela pregnant woman nie nanti merajuk plak.



Pas dah puas sejukkan mata dan hati Juice ajak kak ja balik coz sangat tak tahan dengan serangan nyamuk. So otw balik kena rentas hutan lagi, actually masa otw balik tu kan si pregnant woman nie memang takleh duk diam. Habis semua pokok kat tepi hutan tu dia belek, ntah apa yang menarik juice pun tak tahu. Tiba2 dia jerit panggil juice patah balik, ceh rupanyer dia terjumpa satu pokok yang berbentuk sangat lucah. Menda nie cendawan tau, cendawan yang sangat rare coz menurut kata kakak ipar kak ja hanya orang yang bernasib baik jer akan terjumpa cendawan nie. Kiranya rezeki budak dalam perut kak ja. Tapi juice memang takleh tahan tengok rupa cendawan nie, betul ke boleh makan? Malam tu cendawan nie jadi dinner juice, ermm actually sedap jugak. Maybe once in a lifetime jer juice berpeluang makan cendawan nie coz ntah bila ada rezeki boleh makan lagi.

Keesokan harinya juice bertolak ke bandar Pattani, nak pergi ke Tanjung Pauh plak. Kat situ tempat abang ipar juice membesar. Kalau kat kuantan nie Tanjung Pauh boleh disamakan macam Tanjung Api, kawasan penempatan nelayan. Dan kebanyakan tokei2 tomyam yang ada kat malaysia nie berasal dari Tanjung Pauh ar.

Patung gajah yang sangat besar nie actually pintu gerbang sebuah tokong buddha. Setiap kali datang ke Thailand juice mesti lalu depan tokong so juice tak lepaskan peluang snap gambar si gajah nie.

Untuk entry berikutnya juice nak citer pasal makan2 plak...

have a nice day dear...

Isnin, Disember 22, 2008

Juice Back From Thailand

Im back… wahhh rindu sangat2 ngan blog juice nie. Erm lame jugak juice tak online, juice baru pas jenguk blog kawan2 juice boleh tahan jugak ek macam2 dah berlaku sepanjang ketiadaan juice.

Talking about
Thailand…well semuanya sama jer cam tahun lepas yang berbeza cuma askar dan polis tidak seramai dulu. Masa first time Juice sampai kat Thailand memang ngeri sangat coz ramai sangat askar siap berkereta kebal meronda kawasan kampung. Setiap kali ada sekatan jalanraya oleh askar Juice akan ber speaking London ngan diorang bagi mengelakkan diorang banyak sangat soalan, honestly kebanyakan askar diorang tak pandai langsung cakap bahasa omputih.

Hari pertama juice singgah di rumah kakak abang ipar juice, diorang panggil kawasan darat. Actually tempat nie sanngat kekampungan dan diorang memang sangat pelik tengok juice coz juice drive mase tue, rupenya sangat pelik bagi diorang orang pompuan bawa kereta m:

Juice bertolak dari kuantan jam 1 pagi, sengaja drive malam bagi mengelakkan kesesakan masa sampai kat sempadan. So kira2 jam 8 pagi Juice tiba di Pengkalan Kubor, pintu gerbang bon voyage nie menuju ke kawasan feri yang bawak kereta dan barang2 orang berniaga sahaja. Sebelum masuk kawasan nie Juice perlu serahkan surat kebenaran membawa kereta ke luar negara dari pihak bank. Kereta yang juice drive perlu jalani pemeriksaan bagi memastikan juice tak membawa masuk barang2 terkawal.



Feri kat sini ada dua buah, satu milik JKR dan satu lagi milik kerajaan Thailand, yang juice naik nie milik kerajaan Thailand. Erm masa nie juice tak sempat naik feri coz dah penuh, tengok kandah sarat ngan kereta ala feri kecik jer memang ar camtu. Bangunan yang banyak2 tu adalah Tak Bai.


Wahh juice sangat ngeri, masa masuk ke dalam feri nie ada dua buah lori menanti di belakang. Boleh tahan jugak berdebar hati juice bile tengok sebelah lori besar masuk. Juice pun mula fikir yang bukan2, juice fikir kalau ar feri nie tenggelam camner juice nak selamatkan diri dah ar tak pandai berenang.



Selepas bertarung ngan perasaan akhirnya juice sampai jugak di Thailand. Board besar welcome to Thailand menyambut ketibaan juice. Sampai saja kat Tak Bai juice dah mula sangat penat, 7 jam juice drive sorang 2 memang rasa nak pengsan. Sampai kat sana kena plak cop passport, juice rasa nak jerit kuat2 jer bila tengok ramai sangat manusia berpusu2 nak cop passport. Ngan penuh kesabaran juice beratur hampir 2 jam, sengal tul ar kastam Thailand nie buka kaunter satu jer.

Untuk sampai di rumah kakak abang ipar juice, kena plak drive hampir 3 jam. Mata juice sangat mengantuk dan badan sangat penat, juice set mental juice berada di tempat orang so mesti kuatkan semangat. Jalanraya kat sana sangat lurus, belok2 pun ada sikit jer. Juice sangat tak suka jalan camnie coz cepat ngantuk. Sejauh mata memandang, abang ipar suruh juice ikut signboard menuju ke Pattani.

Juice akan ceritakan pengalaman juice secara berperingkat, nie baru hari pertama. Juice akan update entry untuk hari berikutnya.

Khamis, Disember 04, 2008

Selamat Aidiladha

Mulai esok Juice akan bercuti, so maybe arini hari terakhir Juice ber online. Sempena Aidiladha yang bakal tiba, Juice akan menyambutnya di negara orang m:


Juice akan bercuti dan sambut Aidiladha di selatan Thailand. Actually tahun lepas Juice sambut Aidiladha kat Thailand jugak, so tahun nie beraya di sana lagi. Beraya kat sane tak sama ngan sini coz aidiladha diorang sangat meriah. Bile time berkorban satu kampung datang tengok ramai2.

Biasa pas beraya Juice akan jalan2
m: kat Pattani dan Yala. Honestly, bandar kat Pattani dan yala masih kurang maju. Kalau nak dibandingkan ngan Kuantan memang jauh panggang dari api. Tapi seronok jugak tengok2 budaya tempat orang, walaupun serumpun tapi budaya dan bahasa tak sama.

Nanti balik dari Thailand Juice akan update entry tentang perjalanan Juice Ke Thailand.

Juice ucapkan Selamat Aidiladha kepada semua kwn2 blogger Juice, terutama kepada Rara, Nonoi, Reena, Alya, Hana dak cekelat, Izzati, Dira Ichigo dan Kak Ju...

Sepanjang Juice xder nie jangan ar segan2 nak singgah ek, insyaallah Juice akan balik ke Kuantan pada 16hb.

Have a nice day to all my dear friend
10

Selasa, Disember 02, 2008

Love my lappy

Sekarang kat kuantan musim hujan, Juice suke sangat hujung tahun camnie coz cuaca sentiasa sejuk 17 dan nyaman. Tak tahu knape Juice suke ngan angin yang sejukm:, kadang bile hujan Juice mesti buka tingkap bilik walaupun dah tengah malam buta. Juice jenis yang tak tahan panas, 24 jam mesti berkipas even baru lepas mandi Juice mesti berdiri depan kipas. Time sejuk camnie pun Juice berkipas gak.

Akhirnya kamera kesayangan Juice dah balik ke pangkuan, dah lama Juice nak wat entry pasal cute stuff for my lappy tapi coz kamera xder niat
itu ditangguhkan seketika.


Cute tak wallpaper lappy Juice22 wallpaper nie bercirikan kalendar, juice jupe kat site jepun tapi tak ingat ar ape name site tu. Tak tahu knape Juice semacam ada perasaan suke kat hello kitty, Juice tak ar minat sangat cuma suke tengok jer. Mungkin dah dah terpengaruh ngan blogger lain kot, semua minat sangat ngan hello kitty nie so Juice pun sibuk2 ar nak minat gak.



Tengok tue Juice dah terpengaruh ngan hebatnya, hello kitty mouse pad berbentuk tapak kaki. Mula2 pelik jer Juice tengok mouse pad nie tapi bile kali kedua tengok cam cute plak, kali ketiga tengok Juice terus beli, kali keempat tengok terus kembang hidung 23 perasaan ku ini teramat ar pelik.

Honestly Juice tertarik ngan hello kitty coz terpengaruh, da truth is Juice amat minat ngan strawberry shortcakes dan sudah tentu anime. Kat Kuantan tak banyak ada stuff strawberry shortcakes, so niat untuk mengumpul koleksi that stuff terpaksa dilupakan seketika. So kepada blogger yang tahu kat mana terjual stuff strawberry shortcakes jgn lupe bagitau Juice ek...

Juicy always sweet
14

Sabtu, November 29, 2008

Tired Day

Lalalalala 28
Juice sangat bz , xder mase nk update. Arini Juice bangun seawal jam 9 pagi ( erm dh lame x bangun pagi2 ). Oleh kerana Juice keje petang so amalan bangun pagi dh hilang dari jadual. Knape ek bangun awal
2 Pagi tadi abang Juice minta tolong jadi driver dier, abg ik sekarang sudah ada katering oleh sbb ada tempahan untuk majlis kawin banyak sangat barang kene angkut. Kete abg ik dah sarat ngan barang so Juice pinjamkan kete kancil Juice untuk sumbat barang2 yang lain. Memang sarat gile kete Juice sampai nk speed pun x best coz muatan berat.

Sangat kesian tengok abg ik tadi, nampak penat sangat sediakan tempahan. Xper abg ik kan cari rezeki memang ar memenatkan.

Juice rasa malas nk update entry coz kamera sudah xder...oopss bukan hilang tapi adik Juice pinjam. Baru tadi adik Juice sms
m: dier menang pingat EMAS 4 mewakili UITM Shah Alam. Adik Juice sangat minat main badminton dan sangat pandai bermain. Mungkin satu hari nanti leh wakil Malaysia plak kan.

Entry kali nie xder gambar, amat membosankan. Sekarang Juice kat ofis, Juice sangat letih tengok bil dan resit yang banyak, Juice seorang akauntan yang keletihan arini...

Isnin, November 24, 2008

Missing

Dah 2 hari Bee xder, rindunyer. Tiap2 hari duk berkepit ngan Bee, bile dier xder Juice rase cam missing something jer. Ermm..x lama lagi maybe Bee keje luar Kuantan, camner ek nak hidup tanpa dier kat sisi? Even family ada tapi x sama ngan Bee. Kalau dier xder maybe hari2 pas balik keje Juice akan duk umah jer jage Ellyda.

Sejak couple ngan Bee Juice banyak habiskan mase ngan dier dan jarang ada kat umah, biasenyer Juice akan teman Bee main futsal kat dewan futsal Kg Tiram dan kdg2 kat dewan sebelah padang polo kat indera mahkota.

Dah 2 hari Juice duk umah jer, memang sunyi sangat2.
Kala
u dah hari2 berkepit memang terase kehilangan bile berjauhan.


Bile rindu Juice ske tengok pic nie...
Bee dan ellyda mase mule2 nak mesra. Suke sangat tengok senyuman Bee, harap2 Bee balik cepat2.

Juice jiwang ar plak arini...

Selasa, November 18, 2008

Busy Life

Juice sgt sibuk sekarang nie, tempahan sentiasa ada. Kebanyakan customer dari kalangan cikgu2 dan pensyarah. Diorang sibuk buat jamuan akhir tahun untuk student.

Juice lebih banyak menguruskan tempahan dari kerja2 pejabat. Kadang2 bosan jgk melayan karenah customer yang pelbagai, kalau dapat yang baik untung ar coz semua hal berjalan ngan lancar. Kalau dapat yang banyak songeh memang bengkak ar hati nie.

Cam baru2 nie terjadi sesuatu yang amat menyakitkan hati Juice. Ada sorang customer nie buat tempahan malalui phone call, pas dah bincang menu Juice mintak dia datang bayar deposit. Tapi banyak plak alasannye, duk jauh ar padahal duk kat balok jer. So Juice pun cakap kire juice caye ar kat dia akan datang. Bile tibe time yang dijanjikan dia plak x datang, Juice memang dah gelabah gile, dah ar mase tue Juice dah balik keje dan siap jalan2 kat terminal makmur lagi. Juice dapat sms dari staff bgtau minah nie x datang lagi, Juice pun terus cari public phone dan call dia. Dengan selamba boleh minah nie cakap tempahan tue utk ESOK...rase2nye telinga Juice nie x pekak lagi @ otak Juice nie x ar bangang sangat sampai ayat arini dan esok Juice x dapat bezakan.

Ktorng duk gaduh2 sampai sen dah habis. Pastu minah nie leh anta sms cakap sori die tersilap sebut hari...wat kacau tul minah nie, dah ar makanan dah siap meja dah setting. Tapi mungkin nasib menyebelahi Juice kebetulan malam tue ada customer luar datang ramai2 dan staff cadangkan ambik menu tempahan minah sengal nie. So kira makanan yang ditempah tue boleh dijual, kalau x memang Juice ar kene ganti. Kalau diikutkan inilah kali pertama Juice ambik tempahan customer x datang, xper pengalaman tue.

Moral of da story, jangan percaya sangat ngan orang walaupun dia merayu bagai nak rak kena berkeras ambik jgk duit deposit kalau x kebaikan hati kite tue x semestinyer dibalas kebaikan jgk...

Jumaat, November 14, 2008

Mari Menonton Anime

Juice dilanda kebosanan di tempat keje. Tengah bulan camnie keje makin sikit, kalau ada booking baru r Juice bz dan tak bosan cam sekarang nie. So kalau dah bosan Juice mesti buat sesuatu, hhhmm ape kate kite tengok anime...


Sekarang Juice sedang menonton anime Emma A Victorian Romance. Anime nie sangat lah romantik dan sedih. Dulu Juice tengok anime nie kat astro melalui saluran animax, tapi tak sempat tengok sampai habis. So Juice telah men download anime nie secara sakan. Lappy Juice dah penuh ngan mcm2 anime.

Episod kat atas nie adalah kisah bagaimana Emma d
an Jones pertama kali bertemu. Jones malu2 pandang si Emma tapi minah nie cool jer.


Scene nie plak bile Emma bukak pintu tibe2 terkena kepala Jones, cam tak logik kan tibe2 leh terhantuk padahal bukak pintu slow jer. Tapi nama pun anime sikit2 tak logik xper.


Inilah Emma mase kanak2, dari kecik Emma jadi maid. Mak dan ayah dier dah xder so ada sorang makcik nie ambik Emma jadi maid umah dier. Makcik nie plak cikgu untuk anak2 kelas atasan termasuk r Jones.

Juice paling ske tengok scene nie coz ada wajah Emma tanpa ikatan sanggul dan cermin mata. Looks very natural dan comel, selalu tengok dier cam org tua jer tapi bile camni baru terserlah kecomelan Emma.

Sekarang Juice tengah download episod seterusnye...to all juicy out there i recomended to watch this fabulous anime...

Rabu, November 05, 2008

Eye Pad

Sekarang tgh hujan kat Kuantan...
Juice dilanda kebosanan yg teramat, duk sorang2 kat ofis mmg menyakitkan jiwa. Nasib baik ada tenet, leh r jgk online.

Arini Juice nak citer pasal eye pad...sejak dari sekolah lagi Juice memang tido lewat, bila time school holiday hari2 tido kul 4 @ 5 pg. Aktiviti Juice di
malam hari ialah main game, dulu main ps1 je tapi bile abah beli ps2 erm lagi r menjadi2 sikap tido lewat nih. Pas sekolah Juice lalui kehidupan yg sama cume bkn bz main game tapi bz buat assignment, dulu Juice study kat polisas kuantan.

So apa kene mengena ngan eye pad? bile selalu amalkan tido lewat tentu r ada eye bag, iaitu lingkaran hitam bawah mata. Bile dah feminin baru r datang kesedaran pentingnya jaga kesihatan mata n muka.


So untuk hilangkan eye bag tu Juice amalkan memakai cucumber eye pad brand Elianto. Satu lagi perangai x best Juice ialah malas nak amalkan tapi nak cantik. Sekarang dah rajin sikit coz Bee dah complain...

Ini r rupa cucumber eye pad Juice, cam real cucumber kan? Bila letak kat atas mata memang best coz rasa sejuk n nyaman jer. Selalu Juice pakai sebelum tido, tapi pas pakai eye pad nih mata jadi segar plak...wwwaaaa tido lewat lagi...cam xder makne jek pakai menda alah nih...Anyway, bagi sesiapa yang ada eye bag tu Juice syorkan pakai cucumber eye pad dari Elianto. Sangat menyegarkan n kalau diamalkan boleh kurangkan eye bag tau...

Thats all for today...


Ahad, November 02, 2008

Cute Mini Skirt 4 Sell

Hai...entry Juice kali nih berbeza ckit, coz Juice ada something 4 sell.
Juice plan nk selling cloth n girly stuff online. So sebagai permulaan Juice nk sell this mini skirts, hope u all like it...



price : RM 28

free shipping

p/s : sesiapa yg berminat sila hubungi Juice di icon contact me...

Sabtu, November 01, 2008

Laptop

Wah arini juice tersangat hepi, 1st coz arini Juice dh mule bekerja kat restoren santai (hep hep hoorey)...dh x manganggur lg, walaupn abah ada tanam anggur tp xnk r celen dier.
2nd coz Juice dah beli LAPTOP...yey yey pasni Juice nk online sampai pengsan hikhik.

Bantal bucuk Juice interprem jgk...
Kalau ikutkan hati Juice teringin sgt nk Vaio Sony kaler
pink tapi harganya teramat r mahal, dr beli laptop tue baik kumpul duit wat kawin (hehek x sabo2 nk kawin)...
Laptop nie model Acer Aspire, harga pun leh tahan agak berbaloi coz ciri2 yg ada setanding ngan laptop yg mahal.


Yg paling Juice ske, cover laptop nie. Sgt licin dan berwarna blue black, kelihatan padat dan kemas. Pasni Juice bercadang nk online ngan celcom broadband, kat umah Juice xder fixed line maklumlah umah atas tanah sendiri erm tiang telefon pun xder. So harap2 celcom broadband setanding streamyx...

kla Juice nk gi jalan2 kat bawah...see u all