Isnin, Disember 22, 2008

Juice Back From Thailand

Im back… wahhh rindu sangat2 ngan blog juice nie. Erm lame jugak juice tak online, juice baru pas jenguk blog kawan2 juice boleh tahan jugak ek macam2 dah berlaku sepanjang ketiadaan juice.

Talking about
Thailand…well semuanya sama jer cam tahun lepas yang berbeza cuma askar dan polis tidak seramai dulu. Masa first time Juice sampai kat Thailand memang ngeri sangat coz ramai sangat askar siap berkereta kebal meronda kawasan kampung. Setiap kali ada sekatan jalanraya oleh askar Juice akan ber speaking London ngan diorang bagi mengelakkan diorang banyak sangat soalan, honestly kebanyakan askar diorang tak pandai langsung cakap bahasa omputih.

Hari pertama juice singgah di rumah kakak abang ipar juice, diorang panggil kawasan darat. Actually tempat nie sanngat kekampungan dan diorang memang sangat pelik tengok juice coz juice drive mase tue, rupenya sangat pelik bagi diorang orang pompuan bawa kereta m:

Juice bertolak dari kuantan jam 1 pagi, sengaja drive malam bagi mengelakkan kesesakan masa sampai kat sempadan. So kira2 jam 8 pagi Juice tiba di Pengkalan Kubor, pintu gerbang bon voyage nie menuju ke kawasan feri yang bawak kereta dan barang2 orang berniaga sahaja. Sebelum masuk kawasan nie Juice perlu serahkan surat kebenaran membawa kereta ke luar negara dari pihak bank. Kereta yang juice drive perlu jalani pemeriksaan bagi memastikan juice tak membawa masuk barang2 terkawal.



Feri kat sini ada dua buah, satu milik JKR dan satu lagi milik kerajaan Thailand, yang juice naik nie milik kerajaan Thailand. Erm masa nie juice tak sempat naik feri coz dah penuh, tengok kandah sarat ngan kereta ala feri kecik jer memang ar camtu. Bangunan yang banyak2 tu adalah Tak Bai.


Wahh juice sangat ngeri, masa masuk ke dalam feri nie ada dua buah lori menanti di belakang. Boleh tahan jugak berdebar hati juice bile tengok sebelah lori besar masuk. Juice pun mula fikir yang bukan2, juice fikir kalau ar feri nie tenggelam camner juice nak selamatkan diri dah ar tak pandai berenang.



Selepas bertarung ngan perasaan akhirnya juice sampai jugak di Thailand. Board besar welcome to Thailand menyambut ketibaan juice. Sampai saja kat Tak Bai juice dah mula sangat penat, 7 jam juice drive sorang 2 memang rasa nak pengsan. Sampai kat sana kena plak cop passport, juice rasa nak jerit kuat2 jer bila tengok ramai sangat manusia berpusu2 nak cop passport. Ngan penuh kesabaran juice beratur hampir 2 jam, sengal tul ar kastam Thailand nie buka kaunter satu jer.

Untuk sampai di rumah kakak abang ipar juice, kena plak drive hampir 3 jam. Mata juice sangat mengantuk dan badan sangat penat, juice set mental juice berada di tempat orang so mesti kuatkan semangat. Jalanraya kat sana sangat lurus, belok2 pun ada sikit jer. Juice sangat tak suka jalan camnie coz cepat ngantuk. Sejauh mata memandang, abang ipar suruh juice ikut signboard menuju ke Pattani.

Juice akan ceritakan pengalaman juice secara berperingkat, nie baru hari pertama. Juice akan update entry untuk hari berikutnya.

2 ulasan:

J u l i a 。.゜✿ berkata...

lagiii lagiiiiiiiiiiiiii...

nak tengok shopping apa kat sana. =D

Juice berkata...

ala x sempat nak shopping sangat coz kejar mase, lagipun sye drive so gambar oun snap yg mane sempat jer.
kak ja plak buta kamera, kalau snap pic mesti senget benget.