Sabtu, Disember 27, 2008

Memoir Of Thai

Hello sunshine...

Hari ini cuaca kat kuantan berubah-ubah secara comel, mula2
hujan turun dengan lebat pastu awan hitam dah kembali ringan dan mula beredar perlahan-lahan. Matahari pun dah tak terlindung lagi, sekarang cuaca sangat panas terik.

Juice nak citer pasal gi thailand aritu, tak habis lagi tau. Actually bila melawat thailand Juice sangat suka dengan hiasan town diorang coz banyak sangat gambar raja thailand. Yang paling Juice suka gambar raja thailand sedang pegang kamera, Juice dapat tahu raja thailand sangat suka10 mengambil gambar, tapi sayang sangat Juice dah tak jumpa dengan gambar tu tau.

Sila tengok kat duit thailand yang bernilai 1000bath @ rm100 nie, raja thailand hold da camera. Raja thailand sangat passionate dengan fotografi kan.

Wahh juice sangat suka dengan buah salak, nie pokok salak baka dari indonesia. Buah salak sedang berbuah dengan lebat, buah salak nie sangat manis dan tak kelat tau. Yang paling best diorang tanam pokok nie depan umah so bila rasa nak makan petik je.



Lepas dah puas makan buah salak, kakak ipar kak ja ajak kitaorang merentas hutan menuju ke bendang padi plak. Juice berasa sangat tenang bila berada di bendang, dengan padi yang sedang menghijau dan dikelilingi bukit yang indah. Tapi tengah syok layan perasaan tiba2 juice diserang nyamuk yang sangat besar dan banyak ( ceh potong stim tul )
Kak ja sibuk suh snap gambar dia, juice layan jela pregnant woman nie nanti merajuk plak.



Pas dah puas sejukkan mata dan hati Juice ajak kak ja balik coz sangat tak tahan dengan serangan nyamuk. So otw balik kena rentas hutan lagi, actually masa otw balik tu kan si pregnant woman nie memang takleh duk diam. Habis semua pokok kat tepi hutan tu dia belek, ntah apa yang menarik juice pun tak tahu. Tiba2 dia jerit panggil juice patah balik, ceh rupanyer dia terjumpa satu pokok yang berbentuk sangat lucah. Menda nie cendawan tau, cendawan yang sangat rare coz menurut kata kakak ipar kak ja hanya orang yang bernasib baik jer akan terjumpa cendawan nie. Kiranya rezeki budak dalam perut kak ja. Tapi juice memang takleh tahan tengok rupa cendawan nie, betul ke boleh makan? Malam tu cendawan nie jadi dinner juice, ermm actually sedap jugak. Maybe once in a lifetime jer juice berpeluang makan cendawan nie coz ntah bila ada rezeki boleh makan lagi.

Keesokan harinya juice bertolak ke bandar Pattani, nak pergi ke Tanjung Pauh plak. Kat situ tempat abang ipar juice membesar. Kalau kat kuantan nie Tanjung Pauh boleh disamakan macam Tanjung Api, kawasan penempatan nelayan. Dan kebanyakan tokei2 tomyam yang ada kat malaysia nie berasal dari Tanjung Pauh ar.

Patung gajah yang sangat besar nie actually pintu gerbang sebuah tokong buddha. Setiap kali datang ke Thailand juice mesti lalu depan tokong so juice tak lepaskan peluang snap gambar si gajah nie.

Untuk entry berikutnya juice nak citer pasal makan2 plak...

have a nice day dear...

6 ulasan:

J u l i a 。.゜✿ berkata...

eh ehhh... kak jaja dah berapa bulan eyh ? waaaa nanti kirim salam kat kak jaja. lama tak jumpa n berborak ! =D

lidaaaaaaaaaaaaa...terbeliak mata kakju mentengok mushrooms tu ok. memang err agak lucah. hikhik.

pintu gajah tuu... bestnya kalau kakju dapat amik gamba blythe kakju kat situ. eiii suka sangat. one day nak pegi thailand jugak lah. len kali lida n kak jaja nak gi sana, kakju nak ikut boleh ? =D

Juice berkata...

hai kak ju...
aci tak bagi nama mushroom tu cendawan lucah coz diorang kat sane tak tahu pun nama cendawan tu...

kak ja pregnant 4 bulan dah, perut die mcm esok nak beranak...

tahun depan bile kak ja dah bersalin die planning nak balik lagi, boleh agaknyer tapi kat situ kampung ar kak ju tak best sangat pun.

kim salam kat mr itoshi...

oh Ynn berkata...

sgt mentakutkan lh cendawan tu *tasanggup mentengok :P

haii kak juice

Juice berkata...

oh ynn...
itu baru tengok dh x sangup belum makan lagi, bile dh potong kecil2 kelucahan x terserlah sangat.

thanks 4 visit me

reena berkata...

gulp!! tak sanggup tgk ngupe mknn tuh..... *maluuuuuu*

eworque berkata...

unik betul bentuk cendawan tu. besar lak tu haha