Selasa, April 05, 2011

Im Not Pregnant !

Lately Juice rasa down semacam jer, maybe ada kaitan ngan tajuk entry. End of this month genaplah 6bulan Juice kawen...
Sana sini dah mula bertanya bila nak pregnant? lebih2 lagi family Hubby.

Juice berfikiran positif, Juice terima dan redha maybe masih belum rezeki. Kadang2 bila orang sekeliling mula bertanya Juice rasa tertekan. Kalau Juice boleh terima mengapa tidak mereka? Ikut perancangan Juice nak pindah dulu dan hidup sendiri baru selesa bila ada anak nanti, yelah nak pindah pun gunakan duit jugak kan. Duit simpanan pun dh habis untuk majlis kawen aritu so kena kumpul semula. At least Juice bersyukur rumah sudah ada cuma masukkan api air dan renovate sikit dah boleh pindah.

Honestly Juice masih lagi dalam mood honeymoon, still nak manja2 berdua. Bila dah ada anak jadual harian akan berubah 100%, begitu jugak masa ngan hubby.
So please give me some time...

Juice dan hubby nak sangat anak, cuma Juice tak nak paksa diri dan terlalu mencuba. Bila ada rezeki ada lah nanti.
Just please dont make me stress...

Satu hal lagi, pas kawen nih Juice jarang sangat ke rumah mak mertua. Bukan tak jenguk dia tapi hubby punyalah sibuk ngan aktiviti memancing. Kadang2 rasa nak marah jugak, asyik tinggal kita sorang2 kat rumah. Hubby tak tahu Juice sunyi bila ditinggalkan. Juice tak berapa suka ke rumah mertua kalau tak ada hubby sebab tak tahu nak buat apa.
Im not good with people so please understand me...

Tapi Juice tengok mak mertua macam tak faham, macam nak menyalahkan Juice.
Juice akui memang Juice tak pandai ambik hati orang tua sebab Juice bukan jenis kaki bodek. Kadang2 sedih jugak, bila fikirkan bab mertua nih. Tak memahami situasi kita.
Macam orang lain maybe selalu tido umah mertua, tapi Juice tak penah pun tido sana sebab hubby tak penah ajak, katanya adik2 ramai tak ada ruang nak tido. Ditambah lagi Juice bukan jenis suka tido rumah orang, sebab tak penah diajar bertandang rumah orang dan tido di sana.
But still all blame on me...

Apatah lagi diri ini masih belum pregnant...

Banyak menda yang membuatkan Juice stress, Juice mudah menjadi seorang yang pemarah sebab Juice tak ada tempat nak mengadu.

Bila menda2 remeh camni berlaku Juice mula rimas nak bermasyarakat, lebih senang bersendiri di rumah dan buat hal sendiri.

So many things to tell but i will keep it for myself...
Jusslida please be strong...


1 ulasan:

Pramudita Puspita berkata...

hi thx for the comment! let's be friend!! =)
please follow, and i'll follow back =)