Khamis, April 09, 2009

Memukat

Hye all m:

Juice nak bercerita pengalaman Juice ikut Bee memukat ikan di Pantai Anak Air, Kuantan. Actually ini kali pertama Juice ikut orang memukat, sekarang ni musim orang memukat coz air pasang di sebelah petang.

Mula2 Ayah Anjang Bee yang beria ajak memukat, Bee pun on aje coz memukat ni sangat seronok tau. Lebih2 lagi bila tengok hasil tangkapan banyak. Erm ada ke sape2 yang tak tahu memukat tu apa22 Memukat ni sama cam menjala kot, cuma bezanya menjala kita tebarkan jala tapi memukat ni kita masuk ke dalam air sekali ngan pukat dan kita tarik naik ke atas pesisir pantai.

Bee dan Ayah Anjang tengah gulung pukat. Pukat ini sangat panjang tau, ia dikepit ngan dua batang kayu panjang. Setiap batang kayu mesti ada 2 orang yang pegang. Oleh sebab Bee sangat gagah dan perkasa m: ( hikhik) dia cuma handle sorang2 jer kayu tu, other side lagi Ayah Anjang dan adik Bee yang handle.

Bee dan Ayah Anjang baru je nak masuk ke dalam laut, nanti pukat tu akan dileraikan guna kedua2 belah kayu tadi. Diorang meredah arus ombak pantai sampailah satu badan tenggelam, Juice takut jugak tengok Bee cam nak lemas jer tapi nasib baik Bee pakar dalam bab2 berenang ni.

Inilah hasil tangkapan yang pertama, ada anak ikan pari tau. Pastu ada banyak anak2 ikan, semua Bee suruh Juice kutip coz Bee cakap tujuan memukat ni nak tangkap anak ikan buat ikan masin. So kalau dapat ikan besar kira rezekilah. Mula2 Juice takut nak kutip ikan coz masih bergerak tapi lama2 makin berani dan sangat fun.

Paling best Bee dapat udang, Juice excitad tengok udang yang banyak tau. Dalam gambar ada 2 ekor je kan, coz adik2 Bee baru jer nak kutip Juice dah snap gambar. Bila dah leka sangat lupa plak nak snap gambar udang yang banyak tu.

Bee dan Ayah Anjang turun ke laut buat kali kedua, sementara tunggu diorang Juice sempat lagi main air pantai ngan adik2 Bee. Aktiviti camni sangat seronok tau, selain dapat ikan Juice jugak dapat eratkan lagi hubungan ngan family Bee. Family Juice tak penah pun buat aktiviti memukat ni coz sibuk sangat cari duit9. sejak kapel ngan Bee barulah Juice berpeluang merasa pengalaman camni.

Juice dah nak balik ni, nak rest kat rumah sambil layan PSP.

7 ulasan:

shasha berkata...

mak aih...adventure sungguh ek...

Juice berkata...

time camnilah nak join cari pengalaman, bila lagikan. its fun to do tau...

_tuLanG.iKaN.kEwL_ berkata...

waaa dah lama tak main2 air laut..padahal rumah dekat je dgn pantai.. hahaha...

Juice berkata...

rumah juice dekat jer ngan laut tapi x penah pun join orang memukat...
sangat untung tau rumah dekat ngan pantai...

take care cayam...

ღ~n0n0i~ღ berkata...

wah,cam best je juice.
juice syg~
lamanye noi tak singgah cni. Rindu sangat,actually.
Maklumlah, bizi sgt.. =(
doakan je noi kat cni k ^^
take care dear..

HANA berkata...

pantai anak air tu kat mana ju? dkt ngan tc ke?

Juice berkata...

lebih kurang gitukah, x dekat sangat maybe dalam 15 minit kot.