Selasa, Ogos 04, 2009

Akhirnya Juice Bertunang

Rindu Juice ngan blog kesayangan Juice.
Tanggal 18 Julai 2009 Juice bertunang, akhirnya terikat jugak Juice ngan Bee.

Juice baru jer siap makeup, tak biasa tengok diri sendiri coz Juice tak pernah makeup selalu natural beauty jer. Wani pakaikan keronsang kat bahu, wani lah yang makeup kan Juice.

Berseri - seri je Juice kan, tapi dalam hati berdebar sangat2. kat ruang tamu padat ngan tetamu, lagilah jantung berdegup kencang.

Juice just jemput sdara terdekat jer, yang ramai datang sdara mara Bee. Abah Juice cam happy sangat2 kan, tersenyum jer abah sepanjang masa. Anak kesayangan bertunang mestilah happy.

Juice terkejut bila cousin juice cakap tok kadi dah sampai, aik macam nak nikah pulak. Rupanya tok kadi tu mewakili keluarga Bee. Bee suka wat surprise tau, ke tak sabar nak kawin??
Nanti kalau Juice kawin maybe dia yang jadi tok kadi...

Happy jer cousin2 Juice ni, masing2 sibuk nak bertunang jgk coz macam best jer. Mok Ton kena bersedialah anak2 dara dia yang ramai ni nak kawin sekaligus. Kalau kawin sekali jimat sikit belanja heheh...

Pasangan bahagia Umie dan Ayie, tak lama lagi akan bertunang jugak. Banyak dugaan diorang lalui sepanjang bercinta. Harap2 pasni takda orang ganggu hubungan Umie dan Ayie lagi. Mok Ton sangat merestui hubungan diorang, yelah restu ibu sangat penting dalam hubungan.

Rombongan family Bee dah sampai, wah meriah tul diorang ni. Time ni Juice intai diorang kot tingkap bilik, erm jantung bagai nak luruh. Manalah tak nervous hampir 10 family yang datang mewakili Bee.

Saat yang paling bermakna dalam hidup Juice tatkala ma Bee sarungkan cincin ke jari manis Juice. Ma tersenyum meleret- leret, yelah nak dapat menantu sulung lah katakan.

Majlis sarung cincin dah selesai, tiba masa menjamu selera tetamu. Kami jamu tetamu ngan nasi ayam yang sangat yummy. Dulu mak Juice buka restoran, pas dia sakit terus tutup. Nasi ayam mak mmg famous dulu hinggakan ada yang meniru resepi mak.

Mak Ngah dan Mok Ton sibuk melayan tetamu tapi sempat berposing maut..

Kenangan kami bergambar sekeluarga, Bee cam malu2 nak bergambar. Bee memang tak suka bergambar tau. Pasni Bee akan manjadi part of family so mesti sesuaikan diri. Harap2 Juice akan kekal hingga ke jinjang pelamin. Doakan kebahagiaan Juice tau...


7 ulasan:

Shira berkata...

Rara akan selalu mendoakan kebahagiaan Kak Juice . Harap-harap tak ada lagi lah semua benda tak elok berlaku . Abang Bee pun kena jaga Kak Juice tau , sebagai kakak yang Rara sayang sangat . Jangan bagi orang lain rampas Abg Bee tau :)

Semoga kebahagiaan Kak Juice bulan 4 tahun depan dapat Rara kongsikan & dapat hug Kak Juice pada hari bahagia tu nanti ! :P

ezanykun berkata...

tahniah.. cpt2 la kawen lepas ni ek.. hehe..

Tanpa Nama berkata...

buruknya. cam maknyah.

JFC berkata...

alhamdulilah....sekurangnya juice sempurna sifat dan akal. sebagai manusia yg diberikan akal juice tak akan sesekali mneghina ciptaan Allah S.W.T...

awak tue sempurna sangat ke??
makeup hanya hiasan dunia dan luaran, kalau hati dah busuk secara lahiriah pun dah boleh nampak kebusukan itu...

majlis juice tetap gilang gemilang walaupun cam ape awk ckp??? cam maknyah ek?? erm maknyah tak buat majlis tunang tau, maknyah suka main2 sembunyi majlis dia cam sesetengah org tue...

Shira berkata...

hahahhaha betul kata kak juice . ada orang tu kahwin senyap - senyap lepastu tahu2 dah pregnant wkakakkakakakkakakak

Nadya. berkata...

wah, tahniah dah jadi tunangan orang.. :)

JFC berkata...

thanks nad...juice plan kawin bulan 10 tahun depan, lambat lagi tau.