Rabu, Oktober 14, 2009

Seronoknya Kijal Terengganu

Hello Sunshine 5

This entry juice nak bercerita pasal trip Juice ke Kijal Terengganu. Kijal nih actually kampung halaman abah Bee. Famili Bee pelawa Juice beraya di Kijal, wah Juice excited sangat nak ikut. Nih bukan first time Juice ikut, dah banyak kali cuma yg berbeza kali nih Juice ikut beraya. Nak merasa suasana beraya di kampung orang plak.

Actually Juice sudah jatuh hati ngan Kijal. Juice suka sangat ngan pantai Kijal yg bersih dan air laut yg jernih. Sesiapa yg sukakan kedamaian mesti suka ngan keindahan pantai Batu Penunjuk di Kijal.

Perasan tak batu nih macam ibu jari? inilah tarikan yg sentiasa menarik kedatangan pengunjung setiap hari. Asalkan Juice ke Kijal, tak penah tempat nih sunyi sepi coz pengunjung sentiasa ada. Yg Juice suka, batu kat sini sangat besar.
Sejauh mata memandang. Ngan pantai yg memutih, wah tenangnya hidup kat sini.

Family Bee baik sangat ngan Juice, sekarang Juice sudah menjadi part of family. Selama nih hidup Juice just ngan family. Sejak kenal ngan Bee, hidup Juice makin meriah. Juice mula pandai bergaul mesra ngan orang lain. Juice jarang bersosial ngan orang luar coz Juice tak suka ngan society melayu yg suka mengambil kesempatan. Tapi sebenarnya tidak tau, anggapan Juice salah.
Adik2 Bee semakin mesra ngan Juice, penat jugak layan karenah diorang. Juice nih pendiam, kdg2 susah nak cari point utk berborak ngan diorang tapi alhamdullilah diorang still terima Juice dan menghormati Juice.
Tengah syok jalan2 di celah2 batu yg besar, Juice terjumpa ngan batu yg menyerupai tulang ikan. Batu nih uniklah, nampak je cantik sebenarnya batu nih sangat tajam coz ada batu karang menyelaputi batu nih. Takut nak duduk nanti tercucuk ehem2...Fuhhh..penat tau panjat batu2 nih. Dahlah tajam, tinggi plak tu, habis hilang keayuan Juice berbaju kurung. Tapi Juice kuatkan semangat, walaupun dah tercungap dada nih yg penting semangat tu ada.

Kami sedondon hari tu, malu jugak bila diusik konon2 sehati berdansa.Yelah tengah bercinta memang romantik, erm agak2nya pas kawin still romantik tak??

Time nih Bee dah bosan tunggu adik2 dia bergambar dan main air. pas bertunang Juice perasan Bee semakin berisi, erm sama sihat ngan Juice. Tak apa yg penting kami sama2 sihat dalaman dan luaran, apa kata orang Juice tak peduli. Juice hepi ngan diri Juice sekarang, buat apa nak sedih ngan kekurangan diri yg penting kita have fun dalam hidup nih...

Dah senja baru kami bertolak balik ke Kuantan. Suasana sangat damai dan romantik, Juice dan bee manikmati permandangan matahari terbenam yg seolah mengiringi kami pulang.

Saat2 indah bersama yg tersayang menjadi kenangan yg kekal abadi. Hargailah kebahagiaan yg ada sekarang, jika tidak mungkin susah untuk kita menikmatinya lagi.
Juice bersyukur diberi peluang untuk menikmati saat2 ini... Alahamdullilah syukur
21

2 ulasan:

rizwan's sweetheart berkata...

Juice... percutian yang fun.. alhamdulillah bertemu kuarga bakal mertua depada kalangan mereka yang baik2... syukuri selalu nikmat tuhan... add me if sudi... fda dah add juice dalam blog list fda... suka baca kisah bahagia orang

Juice berkata...

harap fda seronok singgah blog juice, even jarang update...juice dh add fda..