Jumaat, Disember 25, 2009

Sedap Tapi Menyihatkan

Juice nak bercerita tentang makanan yng menyihatkan. Selalaunya bila bercakap pasal healthy food mesti orang fikir buah - buahan dan sayuran. Sebenarnya dalam makanan harian kita terselit makanan yang meyihatkan tau.

Bubur


Bubur dan oatmeal mempunyai kandungan semulajadi kerana ianya kaya dengan serat, vitamin B6 dan membantu menyerap toksin dalam badan. Bila Juice diajak keluar makan lewat malam oleh kakak Juice atau Bee, Juice akan pesan bubur ayam atau nasi air. Ianya tidak terlalu berat tetapi mengenyangkan. Juice kerap keluar lewat malam, sebab tu susah untuk Juice berdiet. Oleh itu dengan pemilihan makanan yang betul secara tak langsung Juice dapat kurangkan pengambilan makanan yang berminyak.

Pasta


Khasiat pasta bergantung kepada sos yang dicampurkan di dalamnya. Campuran tomato adalah yang terbaik. Sedap dinikmati dengan sos tomato bersayur dan campurkan herba. Bila Juice ke Pizza Hut menu utama yang Juice pesan tentulah spagetti bolognise, kalau ada spageti carbonara pun okey jugak. Nampak tak berkhasiat tetapi sebenarnya ianya menyihatkan kerana bahan berasaskan tomato di dalamnya.

Piza

Pesan pizza yang dibuat daripada gandum sepenuhnya atau pizza berkulit nipis berbanding daripada pizza dibuat daripada roti putih. juga elakkan pizza yang dipenuhi keju, tapi Juice suka keju. Tanpa keju pizza tak sedap, so kalau nak berdiet sangat tak perlulah pesan extra cheese. Pilih pizza yang sarat dengan topping seperti tomato, keju rendah lemak, cendawan dan bauh zaitun. Siapa kate pizza menggemukkan? Pizza pun makanan sihat tau.

Pencuci Mulut

Aiskrim dan sesetengah jenis kek mempunyai kilojoule kosong atau gula tanpa khasiat. Oleh itu Juice sarankan pilihlah jenis yang rendah lemak dan taburkan buah kismis, beri atau strawberry di atasnya. Beberapa petak coklat gelap antioksida dengan kacang juga baik di makan bersama aiskrim atau kek. Kacang kaya dengan protein. Juice suka makan aiskrim vanila dicampurkan dengan badam atau hazelnut. Wah heaven....

Itu antara makanan yang dianggap musuh oleh sesetangah wanita. Kononnya berlemak dan tidak sihat. Tetapi jika kita bijak mengolah makanan begini menjadi makanan sihat tentu tak ada masalah bagi wanita yang sedang berdiet menikmatinya.

Tidak dinafikan Juice suka makan sebab tu Juice comel, kadang2 makan tak lah banyak tapi badan still naik itu dinamakan metabolisme rendah. Itu tak bermakna Juice mesti sekat pemakanan Juice, yang penting hati happy dan ada yang sayangkan kita tanpa melihat luaran.

4 ulasan:

cik EPAL berkata...

pencuci mulut tu bestt :)

Juice berkata...

strawberry flavor mmg best...
apple flavor best jugak.

jan berkata...

sdapnye mkanan yg terhias d blog mu :D

Juice berkata...

jan dearie...

bukan sebarang makanan tau, tapi yg sehat...