Jumaat, Januari 01, 2010

2010 d' Kuantan

Dalam tak sedar kita sudah melangkah ke tahun baru. Rasa cam pantas jer masa berlalu. Apa kenangan yang korang cipta pada tahun 2009? Bagi Juice kenangan yang paling indah ialah bila Juice mengikat tali pertunangan ngan Bee. Kalau dipanjangkan jodoh Juice berhasrat untuk berkahwin pada hujung tahun 2010, insyaallah.

Pada 2009 Juice tidak begitu aktif berblogging. Pada tahun 2010 Juice berharap Juice dapat meluangkan masa untuk berblogging dan Juice nak blog Juice setaraf ngan blog2 yang dh terkenal. Sekarang Juice tengah fikirkan untuk mengubah template blog juicysweetyfun ini ke arah yang lebih matang tapi tetap berunsur anime dan manga. Nama jek blog anime tapi Juice jarang tulis entry mengenainya kan. Selepas ini Juice akan kongsi anime kegemaran Juice.

Sambutan tahun baru di Kuantan taklah meriah dengan konsert tapi meriah dengan cara tersendiri. Tahun ini countdown new year diadakan di padang mpk masjid besar kuantan. Taklah hapenning coz tak banyak aktiviti untuk orang awam.

Yang paling Juice suka ada pertandingan audio system kereta tempatan. Da audio show sangat meriah dan mendapat sambutan, orang kuantan ramai2 serbu. Tapi kepada pakcik2 harap jgn joinlah kalau ada audio show, takut nanti berbulan madu di IJN plak. Whoooo bergegar jantung beb, rasa nak tercabut tudung Juice, kereta kancil jek tapi sound system dah macam dalam swing ( Juice tak penah masuk tau, dengar kot luar jek).

Rasa2 Juice kereta kancil nih yang menang, nampak cam biasa2 je kan tapi dier punya sound terangkat habis. Juice sendiri duk jer dengar lagu disco kat tepi kereta tu, even jantung dah gegar2 tapi dalam kepala Juice terfikir nak wat sound system camni. Juice suka dengar lagu kuat2...

Kat sebelah kereta kancil ini ada sebuah kereta gen 2 kaler kuning. Yang nih lagi gempak coz anak2 owner kereta tu wat show shuffle diiringi lagu2 ala2 disco. Boleh tahan budak kecik nih, ayah dia mcm dh latih budak2 ni coz nampak selamba jer. orang ramai mula kerumun bila dua beradik ni menari, baru ada tarikan.

Ini di antara sound system kegemaran Juice. Cantik dan gempak, siap ada trofi lagi maknanya sound system dier penah menang kat mana2 pertandingan. Lukisan kat tepi2 bonet tu agak 18sx tapi tak terlalu ketara. orang lebih tertumpu pada speaker daripada gambar. Yang penting patung2 pada speaker tu membuatkan sound system dier nampak comel.

Yang ini plak kereta myvi kaler merah ber theme kan mickey mouse. Juice tercari2 jugak kot2 ada kereta theme hello kitty, tapi tak adalah. Tahun depan Juice join audio show theme hk. Ok tak? Sure gempak...
Lampu2 pada sound system merah, ceria dan berkelip2, sesuai ngan theme mickey mouse. Kat tengah2 tu ada mcm tv tau. Selalu orang taruk tv kat dashboard atau kat penghadang matahari tu, tapi untuk audio show diorang taruk kat bonet tau. Kalau dah letak sound system camni nampak gayanya tak bolehlah balik kampung. Satu bonet penuh ngan speaker, alahai tak bolehlah sumbat durian banyak2.

Kat Kuala Lumpur orang duk sibuk buat konsert, berkumpul, tengok bunga api dan nyanyi ramai2. Tapi kat kuantan ada audio show yang happening. Duk kuantan lagi syok...

Semoga tahun 2010 akan mewarnai hidup kita semua. Tak payahlah nak berazam cam zaman sekolah dulu, bukan semua tercapai pun. Yang penting kita corak sejarah baru dan bina tamadun kita sendiri tanpa diganggu oleh azam yang kadang2 kita pun tak pasti boleh capai ke tak.

SELAMAT TAHUN BARU!!!!

8 ulasan:

DaHLia berkata...

Kuantan memang beshhhhh!!!!!

Juice berkata...

yup kuantan rocks...

░♥si lampu neon♥░ berkata...

ko minat oto show ke?

Juice berkata...

tak minat sangat, tapi tertarik ngan sound yg power. kebetulan je ke show ni.

jan berkata...

makaih! speaker!

Juice berkata...

cool speaker...

alang berkata...

Suka dengar lagu kuat2? Huh sama la kita. Rasa mcm tak puas klau naik kete member, member bukak slow sgt. ;)

Juice berkata...

nak dengar lagu kuat2 kena bawak kereta sorang2, kalau ada orang lain susah plak nak borak2...

tapi bosanlah kalau lagu slow jek, cam tak semangat jek kan...