Rabu, Januari 13, 2010

Suka Bola \( ^_ ^ )/

Lappy Juice dah masuk wad pembedahan...lappy juice dihantar baiki lah. Screen lappy sudah pecah dan retak seribu, semua gara2 adik Juice yang sangat careless. Anyway dia dah setuju nak support perbelanjaan repair lappy, kira oklah tu kan just tunggu je.

Juice nak berkongsi pengalaman Juice menonton perlawanan bola sepak sabtu lepas. Agak seronok coz pasukan Pahang menang, erm Pahang sangat jarang menang tau.

Selalunya Juice tak perlu beli tiket tau sebab kawan Bee player Pahang. Ada 3 orang plak tu, Bee just call Alex, Gaban dan Join. Bee paling baik ngan Gaban tapi sayang dia sekarang dah jadi player Perak. Gaban lah yang selalu baik hati membagi Juice dan Bee tiket percuma. Tak apelah apa salahnya beli tiket kan harga pun bukanlah mahal sangat.

Yang ni Join, keeper Pahang yang baru dulu dia main untuk Shahzan Muda. Si Join ni selalu ikut Bee main badminton, sangat humble dan tak sombong even dia palayer Pahang.

Ramai tau yang datang menonton perlawanan pembukaan untuk Pahang nih. Kena beratur panjang tau nak beli tiket.

Tahun lepas Juice tak dapat lupa semasa perlawanan Pahang vs kelantan. Penonton sangat ramai dan agak menakutkan sebab terlalu ramai penyokong Kelantan. Juice akui pasukan Kelantan bagus maybe sebab ada bekas pemain pahang Indraputra Mayudin. Yang Juice kesalkan adalah mulut2 penyokong Kelantan yang tak ada insurans. suka2 hati ke kutuk2 pasukan pahang depan penyokong Pahang termasuklah Juice. Kami just berdiam diri sebab orang kelantan terlalu ramai.


Kitakan satu Malaysia, tak perlulah ada sifat kenegerian hingga boleh mendatangkan rasa menyampah...

Abang2 polis pun kusyuk jer tengok game, honestly dari juice perlawanan pada malam tu agak best dan tak membosankan. Just Juice nak kritik mutu pengadilan yang agak berat sebelah, Juice perasan pengadil sangat berat kepada pemain Perak dan player Pahang dihujani kad kuning tau. Join pun dapat kad sebab dia lambat sikit sepak bola Whadda?... sebab tu lah gol pertama perak hasil dari tendangan penalti.

Syabas Juice ucapkan kepada player Pahang tahun ni, please makes orang Pahang proud. Harap 5 pemain baru dapat menaikkan Pahang seperti dulu.

Gud luck GUYS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahhh... juice... semangat bangat kamu sampai g stadium tgk bola

JFC berkata...

juice mmg suka bole, tak salah sokong team tempatan kn. Juice penah ke bukut jalil tau tengok pahang vs perlis, seronok sangat.

Aidi-Safuan berkata...

haha...penyokong kelantan memang camtuh. emo sangat. pastu bila kalah, tuduh pasukan kelantan amek rasuah plak. sabar jerla. :)

JFC berkata...

Btul tu aidi, Juice dah serik nak tengok kelantan main tau..panas telinga ni.

kalau kelantan leading boleh dengarlah kena kutuk secara live...
sabar jela...