Jumaat, Januari 29, 2010

Kuasa Warna Pelangi

Kali ini Juice nak berkongsi tentang keunikan disebalik WARNA.

Sesetengah orang percaya warna boleh memainkan peranan besar dalam menyemarakkan aura diri kita. Juice cadangkan kite kenakan rona tertentu dan bangkitkan keanggunan diri.

MERAH

Daya hidup, keberanian dan keyakinan. Gunakan bila berdepan hari yang sukar atau rasa kurang bertenaga. Warna merah juga melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong semakin cepatnya denyutan nadi. Warna merah juga mempengaruhi produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

JINGGA
Kegembiraan, keyakinan dan panjang akal. Mood untuk berkerja pasti lebih ceria disamping menambah selera untuk kehidupan. Warna jingga sememangnya stimulasi emosi yang hebat.

KUNING
Kebijaksaan, kejelasan dan kerhormatan. Minda lebih jelas dan merangsang minat. Kuasa rona kuning ada kaitan dengan kemampuan untuk memahami. Ia juga melambangkan sifat spontan dan tolenrasi.

HIJAU
Keseimbangan, cinta dan kawalan diri. Membantu merelakskan otot, saraf dan pemikiran.Rona pepohon ini memberi sambungan pada cinta abadi.

BIRU
Pengetahuan, kesihatan dan daya membuat keputusan. Ia membantu kita relaks kerana memberi kesan kepada sistem saraf. Sesuai kepada sesiapa yang imsomnia.

INDIGO
Gerak hati, mistik dan pemahaman. Tenaga rona indigo menyambungkan kita kepada kawasan paras sedar. Boleh jadi peransang daya imaginasi.

UNGU
Kecantikan, kreativiti dan inspirasi. Pembersih minda dan perasaan selain penyambung kekuatan dalaman. Ia juga tingkatkan daya kreativiti dan kesenian.


Apakah warna anda? Pada Juice selain warna pink Juice juga sukan warna purple. Warna lembut dan sedap mata memandang. Disebalik warna kegemaran kita pasti terselit makna yang tersendiri, mungkin hadir dalam hidup kita tanpa disedari.

Kepada visitor blog Juice, pilih warna dan kita kongsikan bersama.

2 ulasan:

fawwaz zayya berkata...

i like blue.. (",)

Juice berkata...

blue cools for men...i like red...