Jumaat, Julai 01, 2011

Baby Juice



Assalamualaikum semua...

Juice dan hubby sekarang dalam keadaan yang sangat gembira dan teruja menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami...
Dah 8 bulan kami kahwin dan akhirnya terhasil juga benih cinta kami...

Pada mulanya Juice dah semacam give up, mana taknya dah 6 kali buat pregnant test hasilnya selalu negatif. Tak termasuk 3 kali Juice buat ujian di klinik. Mana tak risau, period dah 2 bulan tak datang, hari2 muntah sampai tegang urat perut. Hari2 letih sampai rumah pun tak terurus, bila buat ujian semuanya negatif.


Akhirnya Juice buat keputusan untuk test lagi, alhamdulilah keputusannya positif walaupun garisan tu agak kabur. Esoknya Juice ke klinik Al-Amin yang berdekatan dengan Masjid Besar Kuantan. Doktor kata kena scan untuk pastikan usia kandungan, tapi bila scan doktor cakap kantung masih kecil dan tak nampak lagi so doktor set time semula dan suruh datang ke klinik 5hb ogos nanti...

Sebelum ni Juice dah tempah baju raya, harap2 perut tak besar lagi masa hari raya yela kan takut baju tak muat...

Lama Juice tak berborak di sini, terasa cam nak macam dulu2. Ramai kenal kawan cyber melalui blog. Tapi sekarang susah sikit nak update, maybe sebab kesihatan yang tak menentu. Padahal masa Juice banyak dihabiskan di rumah, maybe sebab itu kot Juice tak ada idea nak update...

Juice selalu terfikir cam mana kalau Juice dapat baby kembar?? Gen kembar memang ada dalam family hubby. Ayah kandung hubby adalah kembar, bila dia berkahwin lain dia dapat 2 pasang kembar. So ada kemungkinan tak Juice akan dapat baby kembar juga? Kalau dah ditakdirkan Juice terima dengan penuh kesyukuran, cuma rasa cam sedikit takut bila fikirkan cabaran menjaga baby kembar. Yela kite ni sorang nak handle 2 baby dalam satu masa yang sama, dahla baby sulung. Juice serahkan semuanya pada takdir...

Juice harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar sepertimana ibu2 mengandung yang lain. Harap2 tiada komplikasi atau masalah dengan kandungan. Yang penting Juice akan sedaya upaya menjaga kandungan agar sentiasa sihat dan lahir dengan sempurna.

Doakan semuanya selamat ye...
Tak lama lagi Juicysweetyfun akan dapat Juicysweetybaby!!!


Tiada ulasan: