Rabu, Julai 20, 2011

Preggy Woman


Sejak berbadan dua ni Juice selalu kurang sihat.
Badan sekarang cepat letih dan kerap rasa mengantuk.
Paling teruk Juice jadi malas, tak ada mood nak masak, mengemas, basuh baju, jemur baju...
nasib baik kadang2 hubby yang tolong buatkan kerja rumah, love u babe.

Dulu Juice selalu terfikir kenapa lah pompuan mengandung ni suka sangat muntah, makan sikit muntah minum sikit muntah dah rasa macam leceh sangat.
Ha sekarang dah kena kat batang hidung sendiri, minum air masak pun boleh loya tekak. Kadang2 tu kalau tido salah posisi boleh juga rasa bergelora perut ni dan mula lah bwek bwek tengah malam.
Harap2 tak lama rasa mabuk ni, banyak kerja jadi tertangguh. Rumah mak mertua pun dah lama tak pergi, kalau singgah pun sekejap jek.

Paling kelakar bila Juice naik moto dengan hubby, kepala Juice cepat pening pastu Juice bwek bwek atas moto. Malu juga bila orang bawa moto kat sebelah tengok2 jek. Namun semua tu pengalaman yang berharga, Juice terima dan tidak akan sekali merungut.

Moga semuanya selamat, harap dengan kehadiran baby ni menguatkan lagi cinta kami berdua.

Tiada ulasan: