Isnin, September 24, 2012

Crafter


Blog Juice ni bukan setakat berhabuk tapi dah jadi rumah hantu...
Lamakan tidak meng update blog, sejak anak Juice meninggal pada bulan Mac 2012 terus Juice menyepi. Kalau online pun setakat ber facebook aje...

Melalui detik2 yg amat memilukan bukan sesuatu yang mudah.
stress, murung bersilih ganti.
Paling ketara bila Juice tengok baby atau family yang ada anak2 kecik, terus tersentap hati ni dan terus hilang mood.
Maybe sebab Juice masih terkejut dengan apa yang terjadi so kehidupan Juice mula berubah.
Hati jugak mula berubah...mudah berasa hati dan kadangkala tak boleh terima sebarang kritikan atau kata2 yang bercirikan sindiran.
Key lah stop pasal entry cedih2...sekarang Juice semakin pulih kot dan cuba isi masa dengan sesuatu.


Sekarang hobi baru Juice ada kena mengena dengan kerja seni, something yang tak pernah Juice selera nak buat tapi rupa2nya ada jugak bakat yang terpendam.

Juice sekarang berminat nak jadi Crafter...
Dah ramai sangat ceburi bidang Felt Craft sekarang ni, cuma Juice baru ada rasa minat dan maybe nak try wat bisnes dengan felt craft ni.

Niat di hati cam nak buka kiosk atau kedai kecik2.
Baru sebulan dua ceburi bidang felt dah ada hati nak buka kedai.
Tak ape semangat tu yang penting...



Dalam bilik Juice dah sediakan ruang untuk buat item2 yang comel.
Bantal purple yang cute tu adalah sample aje.
Dalam kepala ni ada macam2 idea tapi tengah tunggu yanacraft restock felt.
Juice mulai kenal kak yana ni secara tak sengaja mase tengah godek mr. Google.
Time tu tengah cari dealer yang jual brooch pin murah2 sebab bulan Ramadhan yang lepas Juice cuba wat bisnes keronsang kecik2 guna Flower Fabric.
Ala baru mula nak berniagakan, so balik modal jugaklah walau item tak habis jual.

Pas Juice dah beli felt nanti baru nak buat item2 yang Juice rasa tak ramai orang kuantan buat.
For da beginning Juice akan buat sample dan baru Juice fikirkan cara utntuk pasarkan.
Kalau boleh Juice nak sasarkan jualan secara pukal.
Untuk sebarang occasion seperti majlis perkahwinan, annual dinner, farewell party untuk budak2 sekolah atau kolej.

well wish me luck key..
Juice nak hidupkan kembali blog kesayangan Juice ni.
Bukan sebagai blogger biasa tapi sebagai Felt Crafter...
Chaiyok!!!

Tiada ulasan: