Khamis, September 27, 2012

Pinky Pinky Pillow

Semalam Juice agak sibuk ke sana ke mari shopping craft supply.
First Juice ke Kamdar, borong fabric untuk buat pillow sebab ada somebody yang sudi tempah pillow dari Juice. Cabaran paling besar untuk buat pillow ini adalah membuat lakaran Doraemon. Pandailah sangat Juice ni melukis kan.

Niat di hati nak cari fabric yang plain tanpa motif, tengah membelek Juice terambil sehelai fabric yang ada printed Hello Kitty.
Wahhh berbunga terus hati ni pastu cakap kat hubby, 'ayang nak buat bantal untuk ayang lah guna kain ni'.
Pastu hubby cakap ok ambik jela kain tu.

Sebagai permulaan Juice cuma ambil 2 warna saja, bila permintaan dah ada baru restock warna baru.



Tadaaaa....my new pillow.
Fabric sangat lembut.
Bertambah cun bila dah jadi pillow. 
Fabric ini hanya untuk kegunaan peribadi sahaja sebab ada 1 meter aje tapi kalau ada sesiapa yang nak juga kena up sikitlah harga.

Malamnya Juice ke Payles beli stationary.
Berjam2 Juice kat Payles, dah lama sangat tak ke sana. Item wajib yang Juice beli semestinya notebook yang comel. Juice ada banyak note book, yanng tak pernah guna pun ada tapi Juice suka simpan notebook comel2.


 Selepas ke Payles Juice ke Batu 12, ke rumah Yana Craft ambil felt supply yang Juice order. Sian kat k.Yana, baru je sampai rumah dah kena layan Juice pilih warna felt. Bila tengok felt yang banyak Juice jadi blur...alamak nak pilih warna apa ni? Rambang mata dibuatnya. Rasa cam pening jap tengok warna.
Banyak juga Juice beli, 2keping felt 1/4meter dan 44keping saiz 22x25.



Selain felt Juice beli button.Juice suka button kat k.yana sebab button yang k.yana jual sangat comel dan yang penting murah. Juice lebih suka beli mix botton yang k.yana tawarkan. Satu paket ada 83pcs dan 72pcs, senang tak payah beli satu2.

So malam tadi Juice cuba menggubah hand bouquet. Alhamdullilah menjadi juga, just ada  lagi few finishing touch.

Keylah..Juice nak siapkan pillow yang anak sedara nak. Malam tadi dia excited gila tengok fabric hello kitty  dan sibuk2 nak juga. Sian plak kan tapi dalam hati ni rasa cam kedekut je nak bagi hehehe...

Have A Good day!!!

Tiada ulasan: