Sabtu, Ogos 16, 2008

Misteri Di Sekolah LamaKu


Misteri tidak terlerai di SMK Tanjung Lumpur


MENJERIT, meracau, mengamuk, suara menjadi kasar dan garau secara tiba-tiba, menjadi bingung atau mendakwa berada di alam yang lain antara kriteria yang biasa digambarkan oleh kebanyakan mangsa histeria.
Sesetengah pihak menganggapnya sebagai kejadian misteri yang mempunyai hubung kait dengan peranan mahkluk halus seperti bunian, jin mahupun syaitan; tetapi tidak kurang menganggapnya hanya satu fenomena akibat tekanan perasaan.
Namun, apa jua pandangan dilemparkan pelbagai pihak, kejadian misteri melibatkan histeria masih terus menghantui lebih 800 pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang hingga kini.
Berhadapan dengan kes histeria di SMK Tanjung Lumpur, terdapat kriteria baru dikesan berlaku ke atas mangsa apabila pelajar atau guru yang diserang histeria akan mengalami sakit sendi hingga menyebabkan mereka terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti seorang nenek tua yang sudah uzur

Juice ambil keratan akhbar ni dari Utusan Malaysia Ahad yg lepas. SMK Tanjung Lumpur sekolah lama Juice, dari form 1 hingga form 5. Byk pengalaman pahit n manis Juice kat sekolah ni.

3 bulan yg lalu Juice ada dengar khabar angin psl kes histeria ni. Tiap malam jumaat mesti ada aktiviti solat hajat. Penah gak bomoh2 terkenal kat sekitar Kuantan cube membantu tapi kes histeria ni masih ttp berlaku. Penah satu hari tu Juice saje jalan2 tgk sekolah lama, mase tu baru kul 2 ptg. Terkezut tahap gaban dibuatnye bile Juice terdengar student pompuan terjerit2 kat dalam surau. Student tu jerit kuat giler, agaknye bile dh sedar sure bdk tu sakit tekak yg teramat sgt.

Kes histeria ni dh lama berlaku, since Juice still blaja lg. Cume x r sekerap skrg ni. X dinafikan kawasan sekolah ni keras sikit. Dulu mmg jarang sgt pihak sekolah buat akiviti perkhemahan kat kawasan sekolah sbb takut student diganggu. Tapi sejak kawasan hutan kat tepi sekolah dibangunkan gangguan semakin menjadi2. Dulu kawasan sekolah ni dikelilingi hutan n byk sgt beruk

( slalu lari marathon coz kene kejar beruk)...

Anyway Juice berharap SMK Tanjung Lumpur bebas dari sebarang gangguan secepat yg mungkin. Yela sian kat student2 yg nak exam PMR n SPM. Disbbkan perkara mistik ni x psl2 pelajaran diorang merosot...

Semoga semua student n cekgu2 kat SMK Tanjung Lumpur mendoakan keamanan n kesejahteraan sekolah bersama2...

To all SMK Tanjung Lumpur student, blaja rajin2 n jgn tido dlm kelas heheh..Photobucket



4 ulasan:

IZZ HAZWANI. berkata...

memang menakutkan tau bvile kena kacau. jage diri . harap2 sekolah tu pulih. tak pun,pinjam je la ustaz seklah Wani ke..heheh..bayar 30 ringgit jew.haha.acah k?

manusia skrg suka buat itu ini ..suka ganggu tempat tinggal makhluk lain.mana diorang tak marah,an?

happyichigo♥ berkata...

juice sekolah tu yeeeer...seram nye..kesian diorang yek? harap2 semuanya cpt2 lah pulih!

JFC berkata...

hai izzati
mmg menakutkan tau, bygkan r hari2 bdk duk histeria. sian tau kat diorg.

hai ichigo
dulu mase juice form 2 slalu bdk kelas histeria tapi x r hari2 cam skrg.

yashygsempoi berkata...

ngaaaaaaa~~
seyam~~ bile bace~
adoiyai~
camne la nak study... ='(