Rabu, Disember 16, 2009

Hati Berbunga Di Taman Rama-Rama


Akhirnya juice berpeluang update entry. Sebelum hari raya Aidiladha juice telah pulang je kampung juice di Pulau Pinang. Balik kampung dalam keadaan yang sedih dan agak murung coz pak sedara juice telah meninggal dunia. Suami pada adik abah juice, cu som telah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Walaupun agak sedih juice ditenangkan oleh Bee, abah juice ajak Bee ikut sebagai peneman.


Alang dah ada di Pulau Pinang kami jalan2 ke Balik Pulau. Juice memang alah kalau ke Balik Pulau, jalan dahlah di lereng bukit berpusing2 plak tu dah macam jalan ke Genting Highlands plak. inilah permandang di lereng bukit Balik Pulau, sangat cantiklah. Even Juice dah pening2 lalat, juice kagum sangat dengan keindahan alam ciptaan tuhan.


Kesian kat kami kan, abah tinggalkan kami jauh tau. Penat nak turun, berpeluh jugak. Dahla jalan turun bukit, kereta plak sangat laju berderau jantung tau.

Yey yey abah juice sangat baik hati, kerana memberi peluang Juice dan Bee berbulan madu lebih awal, hikhik tak malu gatal nak bulan madu cepat2 kawin pun tak lagi. Abah Juice bagi peluang kepada kami bersiar-siar di Taman Rama - Rama berdekatan dengan Batu Feringhi. Wah ni kali pertama Juice ke taman rama2 Sangat teruja dan dah macam budak2 Juice terlompat sana sini, pening Bee dibuatnya. Rama2 besar sedang kecik semua ada, yang best sangat rama2 nih jinak dan suka bertenggek di atas bahu tau.


Rama2 yang sekor ni memang besar dan cantik, berpeluh Bee kejar. Bila dah dapat terus snap picture, tak sampai 5 saat terus lari. Tak sempat Juice nak snap picture banyak2.

Yang ini sangat menabjubkan, dia jinak tau. Bee pegang lama2 dia still tak lari, apa lagi Bee pun snap bagai nak rak. Berpinar mata Juice ngan flashlight tau.Biarlah asalkan dia tak lari...wah teruja...teruja!!!

Tak sangka plak rama2 suka pisang, agaknya pisang ni manis macam madu kot. Kat mana ada pisang kat situlah banyak rama2.


Bee suka ikan, sebab tu Bee suka memancing. Bee suka tengok ikan besar2, kalau ke zoo memang excited Bee. Kat taman rama2 nih ada sebuah kolam yang diisi dengan pelbahai jenis ikan2 bersaiz besar. Yang bestnya Bee kenal semua spesisi ikan yang ada, Juice just tengok jer tak ambik port pun ikan apa dah macam pemandu pelancong plak bee.


Rama2 kecik jinak jugak, tapi tak nampaklah bila bergambar. kena cepat2 snap kalau tak dia lari dah kena kejar semula.selain rama2, kat taman nih ada jugak binantang lain such as kura2, itik mandarin yang montok lagi cute, ulat gonggok yang sangat besar, kala jengking, ular warna-warni, ada serangga pelik2 dan pameran rama2. Tak rugi tau datang bawak 2anak2 ke sini, bayaran masuk just RM10 per dewasa kanak2 juice tak ingatlah.

Jika jodoh dipanjangkan Juice teringin nak ke taman ini lagi, honeymoon sambil menikmati keindahan alam. bagi Juice tu dah kira romantik dan bermakna.

4 ulasan:

Shell In A Nutshell berkata...

alalalala romantik sungguh..sweet couple..semoga berkekalan :)

JFC berkata...

harap2 begitulah, sama2 doakan.

Cujie berkata...

hehe terima kasih sbb sudi baca entry tu... anyway selamat bertunang.. bila ni nak naik pelamin. suzi belum pernah lagi ke taman rama-rama kt penang tu.. nampak seronok eh..

JFC berkata...

thanks...
ikut planning maybe bulan 10 tahun depan, rasa2 tarikh 10/10/2010 sesuai x?
kalau suzi ke penang, suzi trylah ke taman rama2. seronok tau, mcm2 serangga ada. budak2 mesti suka n plus rama2 jinak.