Sabtu, Mac 06, 2010

Hampir Terbakar!!!!

Minggu ini Juice sangat sibuk. Juice dah mula bekerja dan kerja ini sangat memenatkan. Anyway entry kali ini Juice nak kongsikan pengalaman yang hampir dahsyat. Belum dahsyat lagi tapi hampir...

2 hari yang lepas rumah Juice hampir terbakar. Api tercetus denga
n sengaja, kawasan yang terbakar plak betul2 dihadapan bilik Juice. Mahu tak cuak, kalau api merebak confirm bilik Juice dulu yang kena. Paling risau camne nak selamatkan koleksi hello kitty Juice yang banyak tu dan paling menakutkan Juice sedang tido semasa kebakaran berlaku.

Juice terdengar kakak Juice menjerit, dah lah tengah tido kepala pun mamai jek. Bila buka pintu tengok ada api kat tepi almari. Tanpa fikir panjang Juice terus ambil selimut dan cuba padamkan api, erm habis selimut kesayangan Juice terbakar.

Sofa kat luar habis dijilat api, sofa tu bercirikan plastik sebab tu bila kena api dia terus cair sampai berlubang. almari juga terbakar dan yang palling teruk dinding. Dinding menjadi hitam legam dan sangat buruk.

Bila tengok camni memanglah tak teruk sangat, tapi masa tu api dah menjulang sampai ke siling tau. Kami betul2 panik, tapi nasib baik abah Juice bertindak pantas. Kat rumah Juice ada pemadam api, abah Juice jenis yang agak caution sebab tu dia stand by pemadam api untuk kecemasan. kalaulah tak ada menda tu memang terbakarlah rumah Juice.

Nak tahu siapa punya angkara semua ini????


Inilah makhluk kecil yang cuba membakar rumah sendiri...

Salah mummy dia jugak sebab belikan Ellyda lighter besar gedabak, apelah belikan budak besar ni lighter sebagai mainan. nasib baik Ellyda bertindak bijak, masa api makin besar Ellyda kejutkan mummy dia yang tengah tido jugak yelah kami baru je balik dari pasar dan masing2 tengah berehat.

So pengajaran pada semua, tolonglah jangan biarkan budak2 main lighter. Kakak Juice nyesal gile belikan menda alah tu. Yang peliknya lighter besar camtu dijual di kedai mainan tau. Ish berhati2lah...

Juice nak sambung rehat, kul 5 nak masuk kerja.

Babai all....



4 ulasan:

kulop ludin berkata...

wa...
bahaya kalau pasal2 api nie....
nasib baik semua selamat...

teman pon nak beli satu gak pemadam api...

kekadang bebenda camnie kita selalu abaikan....

thanks for sharing...

rizwan's sweetheart berkata...

mak aihhh juice... tak agak2 kakak juice belikan lighter kat anak dia soh wat toy... camne dia leh terpk nak jdkn benda alah tu meinan

ermmm... kecik2 jadik kawan, bila dah besar jadik lawan... betollah cakap orant tua tu... depada nak wat meinan, terus jadik pemusnah harta benda...

syukurlah juice dan kuarga selamat. pasni ati2 yerk... :)) hehehhe... sempat lagi pk pasal hello kitty dia...

mish u lalink!!

Juice berkata...

uncle kulop...

penting ada pemadam api tau yela malang tak berbau kan so mesti sentiasa berhati2...kalaulah xder pemadam api aritu ntah katner juice nak duduk..menda remeh temeh camni akan menjadi menda penting tau..

Juice berkata...

fda cayang...

hishh bz sgt ke?? lame tul fda x update entry blog fda....

haahkan ntah camne kakak juice blh beli lighter tu, dahlah senang nk guna just klik kuar api...

mulalah gelabah gila bila kena marah ngan abah juice...skang baru nak hati2...

nasib baik xder ape2..pasni kena beringatlah...hello kitty tu penting sebab kebanyakannya hadiah dari tunang juice..berharga tau...