Isnin, Februari 28, 2011

Reunion x POLISAS Batch 01/04

Hello semua
Juice sangat teruja untuk bercerita di sini. Sabtu baru2 ini kawan Juice iaitu Iesz mengadakan reunion student ex POLISAS cos Diploma Kejuruteraan Awam. Wah sangat teruja berjumpa dengan kawan2 lama.


Kalau nak tahu kami ni dari dulu sampai sekarang memang kecoh dan bising hahaha. Selalu datang kuliah dengan happy mode, kalau ada pun sorang dua jela yang emo terlebih. Dulu ada juga lecturer yang kurang senang dengan kebisingan kami, nampak cam k
ami ni galak hahaha. Biarlah kami tak kisah pun.

Tapi sekarang walaupun masing2 sudah berusia (umur dirahsiakan) namun perangai gila2 still menjadi2. Yang penting kami maintain muda. Macam2 ragam malam tu, ada yang tengah pregnant, tengah layan anak2, layan hubby masing2. Kecuali hubby Juice, dia menghadiri
majlis tahlil malam tu so tidak dapat turut serta. Layan gosip dan topik paling hangat lebih tertumpu pada kawan2 yang belum kahwin. Yang bestnya Juice bergalak macam still bujang jek, nasib baik hubby tak ikut.

Sementara tunggu ayam bbq masak, kawan Juice ni tanya. Macam mana lah nanti kalau buat reunion bila dah tua nanti. Juice buat aksi bongkok, kawan Juice pegang pinggan konon2 tegak lagi, ada yang tutup mulut konon2 dah tak ada gigi...haha sangat tak baikkan.

Walaupun ramai lagi yang tak datang malam tu still happening dan meriah. Tapi Juice rindu dengan kawan2 lain macam bestfriend Juice, Zahrul, Bulat dan Hanim. Diorang tak dapat datang sebab masalah kerja yang berlambak last minute.

Lastly untuk menghargai kawan2 yang datang dari jauh Juice telah menapak ke ECM untuk mencari souvenir sebagai kenangan. Erm entah nak beli apa, kalau ikutkan Juice sukakan cutesy stuff tapi diorang ni kan dah beranak pinak so mestila berciri matang sikit. Ish susahlah nak cari, senang kawan Juice belikan bear mug ni, pastu beli paperbag yang supercute dan isi dengan jajan dan coklat.

Hope this friendship will last forever. Walau jauh hubungan tetap akrab. Sekarang Juice tengah tersenyum2 kenangkan zaman study kat POLISAS dulu. Ish nakal, gurau sepanjang masa, gelak sampai berair mata dan paling seronok bila ada kuliah di bengkel hidro atau makmal tanah, kami bersembang sepanjang jalan riuh macam tak ada orang kat Poli tu.

kalau cerita kat sini memang tak habislah...
So pada blogger yang masih study hargailah saat terindah ini...
Bila tiba masa untuk bercerita pada anak2 kita nanti sure senyuman sampai ke telinga...

1 ulasan:

Pramudita Puspita berkata...

Hi, lovely! mind to visit and follow me?
I've follow you back then =)

http://pramuditapuspitatemi.blogspot.com/