Selasa, Mac 03, 2009

Hati Mahu Cuti

Hello Sunshine 5

Hari ini Juice nak cuti tapi keadaan tak megizinkan. Juice kena wat slip gaji dulu baru senang hati mahu cuti. Juice semakin bosanlah wat kerja yang sama, kalau ikutkan hati nak cuti lama2.

Juice sekarang sudah ada teman tido, opss jangan salah faham key. Teman tido yang Juice maksudkan ialah cousin Juice, nama dia Shafieka. Budak ni sangat banyak cakap, Juice nak tido pun tak senang duk melayan dia berborak. Setiap malam tak pernah habis topik, bila Juice sepak barulah tahu nak tido. Tapi tak apa sekurangnya Juice ada kawan taklah sunyi sangat.




Shafieka ni kalau gelak memang kuat, leh bergegar bilik Juice. Pernah sekali tu kan Juice, kak ja dan Shafieka makan roti canai. Mase kat kedai tu dia duk layan kerenah ellyda sambil gelak cam nak runtuh bangunan, ada sorang customer tu terus wat pusing kepala 360 darjah
12 ish kalau pakcik tu ada sakit jantung memang boleh masuk ICU tau. Kat rumah dia suka sakat mak Juice, dulu mak sunyi coz anak2 semua dah besar so takder sape nak layan dia borak. Sekarang ni si budak mulut banyak nilah duk layan mak.




Abah Juice pun suka jugak ngan gelagat minah nie. Yang macam hero hindustan tu abah Juice, erm sekarang abah sangat rajin mengusahakan tanaman pokok kurma. Abah kata nak jual pokok kurma untuk dijadikan landskap. Mane tahu ada bandar baru yang nak naik boleh lah beli anak pokok kurma abah. Abah target anak pokok kurma ni dijualkan kepada mana2 majlis pembandaran. Selain tu abah ada jugak usahakan tanam anak pokok anggur. Anak pokok anggur abah dah besar so boleh dijual di pasar tani. harap2 abah berjaya ngan projek anak pokok dia.

Juice nak sambung wat kerja
17
have a nice day to all juicy blogger m:

2 ulasan:

_tuLanG.iKaN.kEwL_ berkata...

u look nice wearing the tudung.
seriously. :D

Juice berkata...

thanks, dah tiba mase untuk berubah. juice skelah bace blog awak.