Ahad, Mac 01, 2009

New Life

Hello Sunshine37

Juice sangat rindu nak ber blog walking seperti dulu, sekarang Juice agak bz. Bz ngan new life, bz ngan keje and family.

Juice sangat hairan lah, kenape ek bila kita nak berubah mesti ada saja anasir kurang baik melemahkan semangat kita
22

Sejak Juice bertudung ada saje komen2 yang kurang sedap didengar. Ada yang kata kalau nak bertudung tu belilah tudung yang elok sikit. Kalau setakat pakai tudung biasa2 jer nanti nampak cam makcik. Betul ke pakai tudung ni nampak cam makcik m: Sangat cetek pemikiran mereka ni. Takkan nak berubah pun kena pakai tudung harga ratus2, ala pakai tudung 20 ringgit pun dah nampak cantik tau yang penting hati ikhlas untuk berubah. Dan paling penting biar kita nampak cam makcik asalkan kita nampak cantik di mata orang yang sayangkan kita.

Ada jugak yang cakap kenapa pakai tudung sekarang, tunggulah pas dah kawin. Sementara belum kawin ni enjoy lah dulu. Bagi Juice lebih elok Juice berubah sekarang coz sekurangnya bila dah kawin esok tak lah terkial2 baru nak belajar pakai tudung, nanti apa kata mak mertua kan.

Lagipun segan jugak coz sedara mara Faizal semua bertudung, dengan usia yang makin meningkat nie Juice terasa jugak segan ngan orang lain. Yela budak2 pun tahu pakai tudung kan, tapi yang penting soal bertudung nie tak boleh dipaksa. Mengikut hati masing2, maybe Juice dibukakan hati untuk berubah sekarang. Juice tak nak nanti bila dah kawin Juice susah nak berubah, bila dah ada keluarga baru Juice tak nak nanti Juice terasa terasing.

Kla kita tutup isu bertudung ni, sekarang Juice happy ngan Jusslida yang baru
m:



2 ulasan:

ღ~n0n0i~ღ berkata...

Alhamdulillah kalau dah bertudung..
tp biarlah sebab Allah s.w.t ye..
lain org lain pandangannya..
Bagi noi, memang manis sgt wanita bertudung ni..
bila dah bertudung tu, jaga le plak adab pergaulan.. =)

Semoga sentiasa ke arah kebaikan ye juice

Juice berkata...

thanks noi...
sekarang juice ikhlas bertudung kerana Allah SWT.
juice anggap Allah bukankan hati juice melalui nasihat bf..
insyaallah segala yang buruk juice cuba jauhi...