Rabu, Mac 11, 2009

Lets Fishing

Hello Sunshine 5

Hai semua, sekarang baru Juice ada masa ber update entry. Juice nak bercerita aktiviti Juice kelmarin. Juice dan family Bee ber planing pergi memancing, Juice pun ambiklah cuti, nanti berasa hati plak bakal abah mertua kan.

Ikut perancangan Juice nak ajak memancing di Kg Penor, kat hujung pantai ada muara tau. So mengikut maklumat orang ramai kat situ banyak ikan siakap putih dan pari. Tapi memandangkan hari semakin meninggi, rancangan tu tak menjadi.

Puas kami meronda2 cari port memancing, mula2 ke taman MPK kat belakang ofis besar MPK, sekali mai aih ramainya orang. Yang memancing ada, yang dating ada, yang bersuka ria membuat bising pun ada. Pastu kami patah balik ke Tanjung Api plak. Niat nak mancing kat pantai taman Gelora, mak aih ramai jugak orang. Juice dah fedup cari port, last2 Juice dan Bee wat keputusan nak mancing kat pantai Tanjung Lumpur jer. kat situ ramai jugak tapi diabaikan jer coz dah letih cari port ni.

Suriani tengah posing ngan joran, dia tak mancing pun just posing jer lebih. Suriani baru form 4, dia memang suka bergambar dan kadang2 ske wat aksi pelik2. Dia ni gile2 sikit tapi kalau dah badmod memang bergegar rumah.

Sementara tunggu dapat ikan, Juice dan adik2 Bee wat menda2 pelik dulu. Yang penting joran tak lepas dari tangan Juice. Tu ha adik2 Bee wat aksi tutup anggota muka, Juice pilih tutup hidung tapi sebenarnya tengah tahan gelak.

Tengah syok bergurau senda tiba2 joran Juice terasa berat, agak2nya ada ikan kot. Juice pun apa lagi terus tarik joran lah, boleh tahan jugak penat mancing ni. tapi sangat bebaloi coz Juice dapat ikan ibu gelama, tak lah besar sangat tapi still dalam kategori ikan yang besar coz saiz ikan gelama paling besar camtu jer. Juice tak lepaskan peluang berposing ngan ikan yang Juice dapat, Bee tabik spring kat Juice coz bejaya naikkan ikan yang agak best.

Juice pandai tangkap jer tapi takut nak wat kuar mata kail, si jantung hati lah jadi mangsanya. Dia jugak yang tolong casting kan coz Juice tak pandai. Juice suruh dia casting jauh2 baru leh dapat ikan besar. Dalam plastik hijau tu dah ada 2 ekor ikan tau, sekor lagi ikan duri yang tu Bee yang dapat.

Pas dapat ikan gelama Juice cuba sekali lagi, mana tahu ada rezeki lagi. Hari semakin lewat, air pun dah surut so Juice suh Bee casting wat kali terakhir. Suriani temankan Juice berborak sementara tunggu dapat ikan lagi, agaknya syok sangat berborak sampai Juice dah xder mood nak mancing lagi so Juice just pegang jer joran tu.

Agak lewat gak kami balik, maybe kat2 kul 12 tengah malam. Malam ni nak mancing lagi tau, memancing ni dah jadi aktiviti Juice di malam hari. Walaupun penat tapi sangat menyeronokkan lebih2 lagi bila kita dapat tangkap ikan, sekarang Juice faham kenapa kat Malaysia ni ramai kaki pancing. rupanya kepuasan bila dapat ikan tu memang seronok m:

Happy Wednesday everyone
25

4 ulasan:

sickchild berkata...

woahhh.
gila best mancing dapat ikannnn.
nak gakkkk.
dulu aku mancing salu dapat tin tak pun rase cak kene tarik ikan pastu tgk umpan da kene sapu tapi habuk pun tadakkk.
haihhh.

shasha berkata...

huhuhu...kita tak suka memancing..jenis tak sabar nih...ahaksss..

JFC berkata...

eeennnyyyyy...
mula2 dapat sampah jer tau, pas tunggu dengan penuh kesabaran barulah merasa dapat ikan.
malam semalam gi mancing gak, habuk pun tarak...

JFC berkata...

shasha...
mancing ni kena byk sabar tau, juice pun jenis x sabar gak coz pantang nampak joran bergerak terus nak tarik joran tau..
huhuhu bila kena marah ngan bf barulah reti bersabar cikit...