Sabtu, Januari 16, 2010

Juice Fashion sense

Entry Juice kali ni agak pelik sebab Juice nak bercerita tentang fashion artis hollywood kegemaran Juice. Tak penah kan Juice wat entry pasal fashion, arini mood semacam nak mengkritik .

RIHANNA
Juice sangat meminati Rihanna, she talented and beautiful. Juice minat sangat ngan lagu Take A Bow dan Te Amor, lunak suaranya.
Baju ni dipakai semasa Rihanna ke American Music Award. Rihanna ni seksi kan, dress beliau unik dan funky. Bahagian atas yang berbentuk kelompak bunga amat menonjolkan aura diva beliau. Ngan padanan hitam putih Rihanna nampak klasik, yang paling Juice suka bahagian depan dress seolah bunga ros sedang mekar dan yang paling penting mestilah seksi namun tak terlampau. Rihanna sangat cantik dalam dress ini.

BEYONCE
What can I say about her? Isteri kesayangan Jay Z ni sangat cantik. Body Beyonce sentiasa maintain, tetapi korang tahu tak dia mengamalkan diet yang kurang sihat tau. Untuk makan malam dia cuma makan tiga hiris tomato dan minum air mineral setiap hari tak sentuh langsung air yang manis. Duit banyak tapi takut makan isshh rugilah minah ni.
Dengan body yang cantik dress hitam keemasan ini nampak terletak di tubuh Beyonce. Gabungan warna yang dipilih berpadanan ngan warna kulitnya ditambah ngan make up yang nipis Beyonce terus menjadi tumpuan di red carpet. Perasan tak B
eyonce selalu pakai dress yang ketat kadang2 nampak macam tak cukup nafas, dress yang ketat camni dah menjadi trademark Beyonce. Fashion dress yang digayakan cam dah biasa kita tengok namun fabrik dan corak kain menyelamatkan penampilan beliau. You go girl!!

LADY GAGA aka MUMIA GAGA
Opss sorry kepada peminat Lady Gaga tapi itu lah kenyataan. Please lah minah ni, apa menda yang ko pakai ni? Ni fashion ke? Tak dinafikan lagu Lady Gaga memang best Juice pun suka layan tapi kalau bab fashion minah ni fail. Dahlah seluar kecik tu style besar macam makcik2 zaman dulu pakai ada plak bandage macam baru lepas accident. Sakit mata Juice tengok tau.
Orang popular dan banyak duit macam beliau tak akan lah tak mampu beli baju cantik mata memandang.

Juice tahu Lady Gaga selalu berpakaian pelik mungkin sebab tu dia mudah dikenali. Kalau kat hollywood minah ni maybe digelar fashion crime. Ape pandapat korang ngan minah yang sorang ni???

JENNIFER ANISTON
Janda Brat Pitt ni cantik jugak kan, yang penting rambut tu. Kat hollywood Jennifer menjadi hair trendsetter, semua nak rambut cam dia setiap hari tak ada istilah bad hair day. Juice tak minat sangat ngan dia, dulu Juice layan citer Friends so kira kenallah ngan dia ni.
Tak dinafikan rambut Jennifer memang cantik dan ber volume. Sesuai ngan dress yang digayakan. Dress kemban labuh ni simple jer just ada labuci2 tapi nampak comel ditubuh Jennifer. Jennifer juga langsung tak memakai sebarang aksesori cam rantai atau gelang maybe ada kot subang terlindung sebalik rambut tu. Dress ini bercorak memanjang ke bawah membuatkan beliau lebih langsing. Wanita kecil molek cam Jennifer sesuailah pakai dress camni sebab menampakkan sedikit susuk tubuh beliau disebalik dress. Amazing...

SHAKIRA
Tergoda tengok Shakira bergelek macam ulat bulu, Juice admire ngan kecantikan tubuh Shakira, cantik secara semulajadi.
Juice jarang tengok Shakira memakai dress, selalu ber coli dan adalah sikit kain labuh tapi berbelah tepi, seksi. Kali ni Shakira mencuba dress pendek paras paha. Kenapa ek nampak janggal jer di mata Juice? Dahla warna kuning macam air jagung, corak plak dah out of date. Mungkin Shakira cantik so apa yang dia pakai nampak cantik je, namun Shakira tak menggunakan kelebihan yang dia dalam ber fashion. Dress camni membuatkan dia nampak tua ditambah ngan kasut yang kelihatan agak besar. Maybe shakira nak muncul ngan kelainan tapi bagi Juice dress begini membuatkan aura diva beliau pudar dan kurang menonjol. Maybe Shakira cuba menarik perhatian, yelah warna kuning terang dari jauh dah boleh nampak dia. Kalau di atas pentas Juice memang respect, sangat happening dan meriah ngan gelek2 patah pinggang beliau.

So apa pendapat korang ngan artis2 hollywood ni? Ada yang aneh kan, duit banyak tapi sayangnak beli baju cantik. Ada jugak yang mempunyai citarasa tinggi.

Jangan lupa berikan pendapat korang plak tentang mereka ni.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hye cik juice... sudah ada kerja baru? sejak bila jadik pengkritik fesyen ni? pengaruh jojo fashion show game ke? :p


rindu sama kamu!!!

JFC berkata...

sekali skala nak ubah view, ni pengaruh dari channel E news kat a astro...

nanti nak komen fashion artis malaysia plak...hikhik nak kutuk kaw2 ( niat tak baik betul )

profnotetree berkata...

hoho.. sebbaik kita tau pasal fashion2 nih... tapi feshion skang mmg pelik2..

JFC berkata...

fesyen mat salih pelik sikit, advance sangat...ada jgk yg ntah ape2..