Selasa, Mac 24, 2009

Working Station

Hello Sunshine 37

Dah lama Juice tangguhkan entry ini. Kalau diikutkan tak pernah terfikir pun nak wat entry pasal tempat kerja Juice, tapi atas permintaan adik kecayangan Juice si RaraCandyFloss 6 so juice tunaikan permintaan beliau.

Here we go lets find out 28


Inilah working station Juice setiap hari. Kat sinilah Juice selalu borak2 ngan kawan2 blog Juice dan kat sini jugaklah Juice update entry blog Juice. tempat kerja Juice simple je coz dalam ofis cuma ada Juice sorang je hikhik...sangat bebas.
Kadang2 kalau bos Juice ada barulah meriah sikit ofis ni ngan k
awan2 bos Juice. kalau dia tak ada memang sunyilah.

Ini pandangan dari depan, besar gedabak meja Juice kan. Working station Juice ni berada di sudut ruang tamu tau, setiap hari sambil wat kerja Juice akan menghadap balkoni. Setiap hari Juice intai buah mempelam yang semakin ranum, pokok tu betul2 berada depan balkoni. kadang2 kalau boring sangat Juice akan lepak depan balkoni tu sambil tengok orang lalu lalang. bestkan kerja Juice, dahlah kerja sorang2 je boleh plak lepak2 ambik angin. tapi yang pasti kerja memang banyak.


Ini plak kerja Juice setiap hari, kemaskini resit2 beli barang dan klipkan mengikut tarikh. Besarkan kalkulator Juice, sengaja beli yang besar coz senang nak tekan. Juice sentiada gunakan kalkulator so mestilah yang selesa digunakan. pas klipkan semua resit Juice masukkan jumlah yang ada dalam akaun harian. Kadang2 pening jugak tengok nombor banyak sangat, kalau dah pening Juice ber blog walking lah cari kawan ramai2. Yang penting botol air pink Juice mesti sentiasa ada.

Ini menu yang Juice gunakan semasa terima tempahan. Juice tak suka ambik tempahan tau coz juice tak suka layan kerenah pelanggan yang cerewet. Kalau dapat yang baik memang senang wat kerja, semuanya mesti berjalan ngan lancar. Tapikan kalau pelanggan cerewet sangat mesti ada saja masalah. Apa yang dirancang selalu tak jadi. Kalau korang kebetulan datang ke Kuantan singgahlah kat restoran Santai ni. Hah korang nak Juice belanja??? ermm diskaun boleh kot tapi mengikut harga pasaran lah hikhik...


Ok sampai kat sini saja, inilah tempat kerja Juice setiap hari bermula dari kul 3 petang hinggalah kul 8 malam. Sekarang ofis Juice sangat sunyi, kan dah hampir maghrib ni so hari semakin gelap kat ofis pun cuma Juice je yang ada. erm bilalah juice nak merasa ada ofis mate.

Have a nice superb day to all juicy blogger
14

10 ulasan:

Shira berkata...

kakjuice, nama restoran kakjuice tu restoran santai ey ? masa rara kat kl hari tu ada jugak pergi lepak kat Santai Cafe , kat cheras . pemilik restoran tu, noraniza idris :P hihi. mesti mahal kan tempat kakjuice ni ? :D kakjuiceeee. thankyou sebab penuhkan impian.

satu impian menjadi realiti. haaha. nak kerja kat tempat kakjuice boleh tak? =P

JFC berkata...

Tempat akak kerja ni Restoran dan cafe Santai, akak penah dgr pasal santai cafe tu erm x sangka kebetulan nama sama kan. tapi restoran akak keje ni dah lama ada.
Menu kat sini byk menu pure thai, so pelik2 sikitlah.
harga boleh tahan gak mahal n satu lagi menu western best tau paling akak suka fettucini carbonara.

thanks pada rara coz bagi idea kat akak wat entry ni.
slalu akak anggap kat mana akak keje x penting pun.

cayang rara selalu...

Tanpa Nama berkata...

kakjuuuuice :) heeee

akak pakai camera apa ey ? jenama and model apa ?

JFC berkata...

akak pakai camera brand kodak 8.2 megapixels, akak bid kat lelong.com.
actually cik choki kita yg tolong akak bid kan.
Rara tengah cari camera kan, cubalah tanya cik choki masih ada lagi x camera kodak tu. Harga pun murah jer ikut luck kita dapat bid brape.

Shira berkata...

hikhik . tak jadi kak . rara dah jumpa balik camera pink rara . masa pindah hari tu , lupa letak kat mana . hihi :P tengok lah entri baru rara . cantik tak pic tu ? hihi =D

Shira berkata...

hikhik . tak jadi kak . rara dah jumpa balik camera pink rara . masa pindah hari tu , lupa letak kat mana . hihi :P tengok lah entri baru rara . cantik tak pic tu ? hihi =D

sickchild berkata...

juiceee!
aritu singgah kuantan tatau nak makan katne tau.
haih.
tau aritu singgah restoran santai.
haihhhhh.

JFC berkata...

hai eny...
ala knape x bagitau ada singgah kuantan, kalau x leh kite jumpe tau.

Adam berkata...

tengok blog nie . rasa macam berada kat stor gule2 kapas kaler pink .. ngahahaha~:P

julietANNA berkata...

gila best kak juice kerja cmni.
kerja ape ye?
office tu dkt rumah eyh?